Jempol: Rumah belum didiami namun sudah dilanda banjir. Itu masalah yang berlaku di Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) Felda Pasoh Dua, di sini.
Pengerusi Pertubuhan 1 Silaturahim Anak FELDA (1SAF), Mohammad Yahya Zakaria, berkata PGBF itu sudah siap dibina, namun dilanda banjir setiap kali hujan lebat.
Beliau berkata, keseluruhan 70 rumah PGBF di situ, berdepan masalah banjir dan sudah dua kali dilanda banjir pada bulan ini, selain turut dilanda banjir pada bulan lalu.
"Ini yang merunsingkan pembeli berikutan keseluruhan 70 kediaman PGBF yang baru siap dibina itu berdepan banjir setiap kali hujan lebat.
"Terbaru adalah malam tadi. Secara umumnya perumahan ini mengalami banjir setiap bulan, terutama apabila hujan lebat," katanya dalam satu kenyataan.
Mohammad Yahya yang juga generasi kedua Felda, berkata banjir yang berulang itu pasti merisaukan pembeli rumah yang sudah tidak sabar untuk mendiami kediaman itu.
Katanya, pemaju PGBF iaitu Felda sendiri mengetahui perumahan ini sangat berisiko mengalami banjir.
Menurutnya, walaupun beberapa tindakan sudah diambil seperti pembesaran longkang namun ia bagaikan tidak berkesan.
"Projek PGBF sebelum ini terbengkalai lama, namun akhirnya siap pada tahun 2024 dan majlis cabutan pemilihan pembeli juga sudah selesai dilakukan.
"Bagaimanapun penyerahan kunci terpaksa ditangguhkan sejak Oktober 2024 dan sehingga isu berisiko banjir ini tidak diselesaikan, pembeli tidak senang hati untuk menerima unit rumah yang memang diketahui akan banjir apabila hujan lebat," katanya.
Katanya, kedudukan tapak projek perumahan itu yang berada di bawah aras jalan utama menyebabkan kawasan terbabit memerlukan perparitan dan saluran air yang lebih berkesan.
Menurutnya, ini kerana air dari kawasan yang lebih tinggi akan menuju ke kawasan perumahan PGBF dan perparitan utama di belakang tapak perumahan pula dilihat tidak dapat menampung jumlah air melebihi keupayaan perparitan yang ada.
SHAH ALAM: Lebih 1,500 penduduk berhimpun secara aman bagi mendesak penyelesaian isu banjir di Taman Sri Muda, Kota Kemuning dan Batu 8 di sini, yang kerap melanda kawasan itu sejak bah besar 2021.
Mereka turut menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari supaya turun padang dan memberi penjelasan bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Jurucakap penduduk, K. Umagandhan berkata, desakan itu dilakukan kerana berasa kesal dengan masalah banjir yang masih berterusan sehingga kini.
Jelasnya, himpunan itu bertujuan menandatangani memorandum tuntutan kepada kerajaan negeri, kerajaan pusat dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Kami mahu penyelesaian tuntas bagi menghentikan segera isu banjir di kawasan Taman Sri Muda, Batu Kemuning dan Batu 8.
“Dalam bah terbaharu pada 11 April lalu, ramai penduduk terjejas dan kami mendesak bantuan kepada mangsa yang terjejas,” katanya ketika ditemui.
Tambah Umagandhan, penduduk menuntut satu sesi pertemuan segera diadakan bersama Amirudin dan semua pihak berwajib.
“Kami buntu masalah banjir belum selesai sehingga menyebabkan perlu menanggung kerugian kerana kerosakan harta benda.
“Kami mahu pihak berkuasa, Menteri Besar, turun padang. Beritahu kami perkara sebenar dan penjelasan rasmi,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, S. Preakas berkata, beliau sudah memberi penjelasan dan penerangan kepada penduduk berhubung isu berkenaan.
“Mereka mahu penyelesaian dan ia sedang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri seperti projek tebatan banjir. Pelbagai maklumat mengenai perkembangan penyelesaian banjir diberikan melalui akaun sosial media saya, namun ada segelintir penduduk tidak mahu ambil tahu mengenainya,” katanya. – UTUSAN
KOTA KINABALU: The Selagon Permanent Evacuation Centre (PPK) in Beaufort closed on Sunday (April 20) after flood waters receded in the district.
The Sabah State Disaster Management Committee secretariat announced that 155 victims from 54 families who took refuge at the PPK have been allowed to return to their homes and six affected villages have recovered from the flood.
Beaufort is a district in the interior of Sabah, located more than 100km southwest of Kota Kinabalu, with a mostly lowland and flat terrain, especially in the northern and central parts of the district near the coast. - Bernama
JOHOR BAHRU – Dua sekolah yang sebelum ini ditutup akibat banjir di negeri ini pada hujung bulan lalu, akan memulakan sesi pembelajaran secara fizikal bermula Isnin.
Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Tebrau dan SK Maju Jaya di Seelong.
Menurut beliau, selepas banjir surut, pihak berkuasa mendapati kedua-dua sekolah mengalami kerosakan teruk sehingga memaksa guru dan murid menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama lebih dua minggu.
“Sekarang banjir sudah pulih di kawasan Johor Bahru, manakala banjir kini berlaku pula di kawasan Segamat.
“Justeru, sekolah-sekolah yang sebelum ini terjejas akan kembali menjalankan pembelajaran secara bersemuka bermula esok,” katanya di Tanjung Surat, Bukit Pelali, di sini pada Ahad.
Pada 21 Mac lalu, tujuh sekolah di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pasir Gudang dilaporkan ditutup akibat terjejas banjir.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, 47 sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Kluang dan Pasir Gudang.
Banjir yang melanda negeri ini pada 19 Mac lalu disifatkan penduduk terjejas sebagai antara yang terburuk pernah berlaku selepas bencana banjir besar pada 2006, 19 tahun lalu.
Bencana itu melibatkan beberapa daerah di Johor termasuk Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat.
PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor mengarahkan Exco Infrastruktur Negeri Selangor, Datuk Ir. Izham Hashim untuk mengatasi semua isu yang menyebabkan proses pembinaan usaha tebatan banjir sama ada di peringkat Tempatan, Negeri ataupun Persekutuan belum dapat disegerakan sepenuhnya.
Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan berkata, Izham juga akan bertemu dengan penduduk yang terkesan.
Beliau berkata, penyelesaian jangka panjang harus dilaksanakan secepat mungkin melalui kerjasama semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan.
“Saya melihat sendiri kesan banjir kilat akibat kadar hujan yang turun dengan tinggi minggu ini dan memberikan impak terhadap penduduk terutamanya di kawasan seperti Taman Melawis di Klang dan Taman Sri Muda di Shah Alam.
“Pejabat saya turut dihubungi oleh penduduk yang menyatakan keresahan serta kerisauan mereka terhadap situasi yang berulang kerana komponen Rancangan Tebatan Banjir dirasai kurang disegerakan,” katanya di sini, hari ini.
Selain itu katanya, sebagai usaha permulaan, Setiausaha Politiknya, Saifuddin Shafi akan memanggil mesyuarat koordinasi segera melibatkan semua pihak termasuk kedua-dua Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Diraja Klang serta Jabatan Pengairan dan Saliran agar isu ini dapat ditangani segera.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, penduduk Taman Sri Muda menggesa Menteri Besar Selangor turun padang dan segera selesaikan masalah banjir yang sering melanda kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE
