KUALA TERENGGANU - Episod ombak besar yang melanda Terengganu sejak 11 Jan lepas berakhir dengan kesemua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) telah pulang ke kediaman masing-masing hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Januari, ditutup kira-kira jam 8 malam ini.
Menurut JPBNT, sebanyak 299 mangsa daripada 78 keluarga di daerah Kemaman dan Dungun terpaksa berlindung di tiga PPS, iaitu Dewan Serbaguna Kuala Kemaman, Balai Raya Kampung Geliga Pantai dan Balai Raya JPKK Bandar Paka susulan kejadian air pasang dan ombak besar yang melebihi ketinggian tiga meter.
Fenomena itu juga menyebabkan kediaman lima keluarga di daerah Kemaman dan 14 keluarga di daerah Dungun rosak teruk dan runtuh.
Di daerah Kuala Nerus pula, beberapa peniaga kerugian puluhan ribu ringgit apabila premis kedai rosak teruk dan runtuh ditelan ombak besar.
Masalah hakisan yang semakin kritikal terutama di kawasan Kampung Tanjung dan Mengabang Telipot juga menyebabkan jalan pantai terpaksa ditutup manakala peniaga pula terpaksa menghentikan perniagaan mereka atas faktor keselamatan. - Bernama
FLOODS HIT SABAH, SARAWAK
- Admin UKK
- Berita
HEAVY rain since Saturday night has led to flooding in residential areas in Sarawak, including Batu Kawa here. The situation was severe in Kampung Sinar Budi Baru and Taman Desa Wira.
A temporary evacuation centre was opened at Dewan Futsal in Kampung Sinar Budi Baru, said a spokesperson for the Sarawak Fire and Rescue Department.
Seven people from one family evacuated there, with the official count of evacuees still pending at press time.
“Several homes have been inundated, with water levels rising up to knee height.
“Ongoing rainfall may worsen the situation.
“Rescue teams are monitoring the area and residents are advised to evacuate if conditions continue to worsen,” said the spokesperson.
In Mukah, flash floods affected Kampung Skim Penempatan Kuala Lama, prompting the relocation of residents, including two elderly women, aged 87 and 83, who were moved to their children’s homes.
Three others, including a woman and two children, were also relocated.
In Saratok, flooding submerged roads and a bridge leading to SK Ulu Kabong, disrupting access between the town and villages.
A preschool classroom at the school was reportedly innundated.
In Lundu, access to Kampung Pasir Hulu was cut off by flash floods yesterday morning.
Although the water had receded, the village road remained severely damaged.
In Sarikei, 21 units at Rumah Panjang Anap in Jalan Bayong and Ulu Sarikei was affected by flooding.
In Sabah, Bernama reported that the number of flood victims remained at 1,054 people from 355 families up to Saturday morning.
The state Civil Defence Force said 993 flood victims from 338 families were placed at seven flood relief centres in Pitas, while 61 victims from 17 families were at three centres in Paitan.
“No rain was reported this morning in Pitas and Paitan,” it said.
Pitas Disaster Management Committee chairman Asdi@ Mohd Faizal Hussin said the weather in the district had improved and the 15 roads closed due to the floods had been opened.
“Only Jalan Kampung Kusilad is still affected by floods,” he said.
Bersih masjid selepas banjir
- Admin UKK
- Berita
“Akhirnya ada pihak sudi datang membantu membersihkan masjid di kampung kami yang dilanda banjir separas hampir tiga meter, terima kasih pihak DRB-HICOM ‘mewarnai’ semula Rumah Allah ini,” kata Imam Masjid Kampung Bongor, Mohd Zain Abdullah.
Mohd Zain berkata, masjid itu mengalami kerosakan teruk selepas bahagian dalam turut dimasuki air pada bah yang melanda hujung November lalu menyebabkan pelbagai barangan rosak seperti karpet, almari, rak, dan al-Quran.
Katanya, pihaknya berbesar hati menerima kunjungan kumpulan DRB-HICOM yang sudi turun padang membantu membersihkan masjid berkenaan selain menyampaikan sumbangan peralatan mencuci serta mengecat.
“Tambahan pula, penempa tan kami agak jauh di pendalaman, jadi jarang sekali menjadi tumpuan untuk dibantu walaupun masjid ini dijadikan tempat Solat Jumaat yang boleh memuatkan hampir 500 jemaah dalam satu masa.
“Sebelum ini, hanya penduduk kampung bergotong-royong membersihkan masjid selepas dinaiki air hampir seminggu, tetapi kali ini DRB-HICOM datang dengan siap membawa jentera bomba, jadi seluruh kawasan serta bahagian dalam menjadi lebih bersih.
“Selain itu, kedatangan pihak DRB-HICOM turut memberi kelegaan kepada penduduk yang pastinya dapat beribadah dan menunaikan solat Tarawih dengan lebih selesa memandangkan Ramadan juga bakal tiba tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas turut sama membersihkan Masjid Mukim Kampung Bongor di sini, semalam.
Penduduk, Yahya Hussin, 51, berkata program berbentuk gotong-royong itu amat dialu-alukan memandangkan penempatan terbabit teruk dilanda banjir
Jelasnya, penduduk kampung dapat membantu setakat yang termampu memandangkan kediaman masing-masing juga teruk malah ada yang hanya tinggal bumbung akibat ditenggelami banjir tempoh hari.
Masjid Mukim Kampung Bongor di sini, menjadi antara salah sebuah daripada empat lokasi pilihan DRB-HICOM untuk Program Misi Bantuan Pasca
Banjir DRB-HICOM di jajahan Pasir Mas dan Tumpat.
Tiga lagi masjid yang dipilih untuk misi berkenaan ialah Madrasah Bongor, Masjid Iktikaf Al- Ehsan di Lubok Jong, di sini dan Surau Maahad Nurul Huda di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Komunikasi, DRB-HICOM Berhad, Cairil Irwan Mohd Amir Sharifuddin, berkata program berkenaan dicetuskan susulan pelaksanaan Program
Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Kembali Ke Sekolah DRB-HICOM.
Katanya, TKHM Kembali Ke Sekolah DRB-HICOM tempoh hari, memberi idea kepada pihaknya untuk meneruskan lagi program kebajikan sejajar dengan konsep ‘memberi semula kepada komuniti’ yang menjadi sebahagian daripada budaya korporat pihaknya.
“Misi bantuan pasca banjir ini turut mendapat kerjasama Pos Malaysia, Isuzu Hicom, Kelab Dmax dan badan bukan kerajaan (NGO) Dana Kita serta Bomba Sukarelawan Gombak.
“Selain membantu membersihkan madrasah dan masjid, pihak kami turut menyampaikan sumbangan water jet dan cat untuk komuniti setempat gunakan bagi membersih serta mengecat semula bahagian masjid yang mungkin terkesan akibat bencana banjir.
“Kali ini kami memilih lokasi yang paling teruk terjejas banjir dengan bantuan NGO Dana Kita yang membantu mencari lokasi sesuai untuk kami menjayakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Kelantan,” katanya.
Jelasnya, DRB-HICOM akan meneruskan lagi program CSR pada masa akan datang di seluruh negara bergantung kepada keadaan semasa.
Keresahan penduduk Taman Muda Fasa 1 di sini setiap kali hujan lebat bukan dibuat-buat, sebaliknya akibat tidak sanggup lagi berdepan banjir kilat yang kerap berlaku.
Implikasi bencana itu bukan hanya pada kerugian harta benda semata, bahkan emosi, mental dan fizikal daripada proses pembersihan sisa banjir.
Normadiah Mat Yet, 68, berkata, dia dan sebahagian penduduk di kawasan perumahan itu sudah berdepan masalah banjir kilat sejak kira-kira 30 tahun lalu.
“Setiap kali hujan lebat lebih setengah jam sahaja, saya jadi resah dan mula mengalihkan barangan kerana bimbang rumah dimasuki air,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, permasalahan itu semakin buruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan paras air yang memasuki kawasan rumah lebih tinggi.
“Saya sudah tinggal di sini lebih 40 tahun. Dari dulu lagi, memang ada masalah banjir kilat tetapi tidak seteruk beberapa tahun lalu dengan air di bahagian depan rumah sahaja sehingga paras lutut.
“Pengalaman paling teruk banjir kilat yang saya alami adalah pada awal tahun lalu, apabila tiga kali rumah dimasuki air. Banyak kelengkapan rumah seperti karpet dan almari rosak akibat bencana itu,” katanya.
Menurutnya, banjir kilat yang kerap melanda kawasan itu memaksa dia melakukan pengubahsuaian rumah dengan meninggikan lantai untuk mengelak air memasuki bahagian dalam.
“Namun, walaupun lantai rumah saya sudah tinggi tetapi air masih boleh masuk melalui dapur sehingga ke ruang tamu.
“Ada juga jiran saya membina tembok kecil di luar rumah untuk menghalang air masuk tetapi tindakan itu sia-sia.
“Air tetap masuk ke dalam rumah, memandangkan hujan terlalu lebat. Hal itu menyebabkan ada di antara penghuni yang berpindah ke tempat lain,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Muda Fasa 1, Mohd Yusof Abdul Rahman,
67, berkata, banjir kilat yang berlaku di perumahan itu kerana keadaan longkang kecil dan tidak dapat menampung jumlah air yang banyak.
“Semua rumah di kawasan perumahan ini adalah rumah teres yang dikelilingi longkang kecil dan ia tidak dapat menampung jumlah air yang banyak.
“Kami dapati kira-kira 20 rumah di kawasan ini mudah dilanda banjir apabila hujan lebat lebih daripada setengah jam,” katanya.
Mohd Yusof berkata, aduan sudah kerap disalur kepada pihak berkaitan bagi mengatasi masalah itu.
“Saya harap isu ini dapat diselesaikan segera, dan menghilangkan keresahan penduduk setiap kali ketika hujan lebat melanda,” katanya.
Ikuti penjelasan pihak
“Semua rumah di kawasan perumahan ini adalah rumah teres yang dikelilingi longkang kecil dan ia tidak dapat menampung jumlah air yang banyak” Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Muda Fasa 1, Mohd Yusof Abdul Rahman
berkuasa berhubung isu ini dalam terbitan Harian Metro esok.
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok.
MetMalaysia menerusi kenyataan pada Ahad memaklumkan ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga esok di Sarawak melibatkan kawasan Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau) serta Kapit (Song).
Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Johor melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, hari ini.
Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, dan laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.
Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut. - Bernama