CUACA PANAS SIAPA YANG PERLU BERHATI -HATI
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
☀️ CUACA PANAS: SIAPA YANG PERLU LEBIH BERHATI-HATI?
Cuaca panas bukan sekadar menyebabkan rasa tidak selesa, malah boleh memberi kesan serius kepada kesihatan, khususnya kepada golongan yang lebih berisiko. Semasa Monsun Barat Daya, suhu yang tinggi boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan haba dan strok haba jika langkah pencegahan diabaikan. Mengenal pasti siapa yang lebih mudah terjejas adalah langkah pertama untuk melindungi diri dan orang tersayang.
