PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Jerebu di seluruh negara catat trend pemulihan

Jerebu di seluruh negara catat trend pemulihan

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di seluruh negara secara keseluruhannya mencatatkan trend pemulihan berikutan didorong faktor cuaca hujan tempatan.

Bagaimanapun, beberapa kawasan di Sarawak terus terjejas dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan kualiti udara pada tahap sangat tidak sihat.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sehingga petang ini, 50 stesen mencatatkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala 12 stesen berada pada tahap baik.

Setakat jam 4 petang, IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) paling tinggi di seluruh negara iaitu 236, meletakkan kawasan berkenaan dalam kategori sangat tidak sihat.

Selain Serian, beberapa kawasan lain di Sarawak masih terperangkap dalam kategori tidak sihat, antaranya ​Sri Aman (199) ​Samarahan( 176) ​Kuching( 174) dan ​Sarikei (115)

​Kawasan lain di Sarawak seperti Bintulu (97), Mukah (90), Miri (89), dan Samalaju (89) kekal berada pada tahap sederhana.

Ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan, taburan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan pedalaman di Perak, Selangor serta Kuala Lumpur memainkan peranan penting mendatangkan kesan pembersihan udara secara semula jadi di Semenanjung.

Bagaimanapun, bagi Sarawak, walaupun hujan dan ribut petir diramalkan berlaku pada sebelah pagi dan petang, keadaan cuaca yang bertukar kering menjelang malam membolehkan jerebu berkumpul semula di kawasan terjejas.

Orang ramai di kawasan terjejas, khususnya Serian dan bahagian barat Sarawak, dinasihati supaya mengurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan dan sentiasa memakai pelitup muka bagi mengelakkan risiko kesihatan.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search