Bomba ambil masa dua jam padam kebakaran belukar Kampung Kelapa Mawar
- Admin UKK
- Berita
LIMBANG,16 Ogos: Bomba mengambil masa dua jam memadam kebakaran belukar Kampung Kelapa Mawar seluas setengah ekar petang ini.
Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Pegawai Bomba Ramlan Marajan berkata sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian yang jauhnya 11 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) sebaik menerima panggilan kecemasan jam 1 petang.
βSetiba pasukan dI lokasi, kebakaran melibatkan hutan belukar (gambut) di Jalan Kampung Kelapa Mawar yang terbakar seluar setengah ekar.
βPasukan operasi bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran 200 kaki, dua nozel dan dari foating pam (kampung) air terbuka,βkatanya dalam satu kenyataan hari ini.
Operasi yang diserta enam pegawai dan anggota melibatkan dua kenderaan bomba itu berjaya ditamatkan pada jam 3.10 petang.
Pada Khamis lepas, anggota bomba terpaksa mengambil masa dua hari memadam kebakaran hutan belukar di Kampung Buangkuati yang berjaya dipadam sepenuhnya pada Jumaat lepas. -TVS
