PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Pasar Borong Selangor terbakar, letupan kecil akibat 2,000 tin gas metana

Pasar Borong Selangor terbakar, letupan kecil akibat 2,000 tin gas metana

SERDANG: Operasi memadam kebakaran di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, di sini, malam tadi berdepan kesukaran susulan beberapa siri letupan kecil akibat terdapat kira-kira 2,000 tin gas metana di dalam premis berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, seramai 68 pegawai dan anggota JBPM bersama 67 anggota Bomba Sukarela dikerahkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran yang dipercayai bermula kira-kira pukul 10.50 malam.

Katanta, 15 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan bantuan 19 jentera terbabit dalam operasi memadam kebakaran.

“Berdasarkan penilaian di lokasi, kita dimaklumkan terdapat kira-kira 2,000 tin gas metana di dalam premis berkenaan.

“Pada peringkat awal memang berlaku beberapa siri letupan namun Alhamdulillah kita berjaya mengawalnya sekitar pukul 1.20 pagi,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.04 malam sebelum jentera pertama dari BBP Seri Kembangan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

“Alhamdulillah setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Operasi pemadaman turut berdepan kekangan apabila lima pili bomba di kawasan berhampiran tidak dapat digunakan kerana berada di bawah seliaan pihak swasta.

“Susulan itu, kita menggunakan sepenuhnya bekalan air daripada jentera dan lori tangki air bomba sepanjang kerja-kerja pemadaman dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan berikutan operasi pemadaman belum selesai sepenuhnya. – UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search