PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

23 keluarga berteduh di PPS, rumah rosak dilanda ribut

23 keluarga berteduh di PPS, rumah rosak dilanda ribut

PONTIAN – Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya bagi menempatkan mangsa ribut di Kampung Melayu Raya, di sini, petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian memaklumkan, PPS berkenaan mula beroperasi pada pukul 6 petang dengan menempatkan 23  keluarga membabitkan 77 mangsa.

Menurut kenyataan itu, kejadian ribut berkenaan menyebabkan 23 rumah sewa, lima rumah persendirian serta sebuah pusat tahfiz mengalami kerosakan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 28 rumah mengalami kerosakan teruk selepas dilanda ribut di Jalan Rezab 1, Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas kira-kira pukul 3 petang semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng bersama Tan Eng Meng turut turun padang menyantuni mangsa di PPS selain menyampaikan sumbangan wang tunai.

Sebanyak tujuh kelas digunakan untuk menempatkan mangsa, namun sesi persekolahan di SK Melayu Raya tetap berjalan seperti biasa dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di bilik khas. – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search