PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

JAS sahkan tiada unsur pencemaran pada sampel air Sungai Ketil

JAS sahkan tiada unsur pencemaran pada sampel air Sungai Ketil

GUA MUSANG: Siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan terhadap sampel air Sungai Ketil di Taman Rimba, di sini yang menyaksikan ratusan ikan mati Jumaat lalu mendapati tiada unsur pencemaran berlaku.

Timbalan Pengarahnya, Zamzani Ibrahim berkata pihaknya menerima aduan berkenan kejadian itu dan sudah mengambil sampel air pada hari sama kejadian.

"Anggota JAS sudah ke lokasi kejadian pada tengah hari Jumaat namun mendapati air sungai kembali jernih dan tiada bangkai ikan ditemui di kawasan terbabit. Bagaimanapun sampel air tetap diambil untuk pemeriksaan selanjutnya.

"Selepas ujian secara 'in situ' dibuat ke atas sampel air berkenaan, kami mendapati tiada unsur pencemaran ditemui sama ada dari pelepasan air sisa buangan industri dari kilang kelapa sawit atau premis-premis di dalam kawasan perindustrian Gua Musang.

"Sampel air dari sungai sama turut dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lebih terperinci dan akan mengambil sedikit masa untuk sampel dianalisis," katanya ketika dihubungi.

 

Terdahulu media melaporkan ratusan ikan mati di Sungai Ketil di Taman Rimba menimbulkan kebimbangan pengunjung mengenai kebersihan sungai itu.

Zamzani berkata pihaknya juga mempunyai stesen pemantauan kualiti air sungai berdekatan loji rawatan air berhampiran sungai itu bagi menjalankan pemantauan berkala.

"Hasil pemantauan terkini menunjukkan bacaan indek kualiti air sungai masih dalam keadaan bersih dan tiada unsur pencemaran mencurigakan.

"Walaupan bacaan kandungan E-Coli agak tinggi mungkin ia disebabkan oleh unsur-unsur pelepasan dari kumuhan manusia atau haiwan," katanya.

 
 
 
 
 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search