PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Ribut petir landa enam negeri hingga tengah hari ini

Ribut petir landa enam negeri hingga tengah hari ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak hingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Bera dan Rompin).

Selain itu, cuaca buruk turut melibatkan kawasan di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Gombak), Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin) dan Johor (Segamat).

Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan dan Kapit (Bukit Mabong).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search