PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

12,938 kebakaran dilaporkan di seluruh negara setakat Mac

12,938 kebakaran dilaporkan di seluruh negara setakat Mac

KUCHING, 1 April: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan peningkatan kes kebakaran di seluruh negara sehingga Mac 2026, terutamanya melibatkan hutan, belukar dan ladang, yang memberi impak kepada keselamatan awam serta alam sekitar.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman, menyatakan lima negeri dengan kebakaran belukar tertinggi ialah Kedah (2,524 kes), Johor (1,886 kes), Melaka (1,010 kes), Kelantan (937 kes) dan Perak (759 kes).

Bagi kebakaran ladang dan kebun, menurutnya Johor mencatat 359 kes, diikuti Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan, manakala kebakaran hutan merekodkan 1,047 kes.

“Tren tiga tahun terakhir menunjukkan ketidakkonsistenan, dengan kebakaran belukar pada 2024 sebanyak 13,182 kes, menurun pada 2025 (7,984 kes), tetapi sehingga Mac 2026 sudah meningkat kepada 11,147 kes.

“Jumlah keseluruhan kebakaran di negara ini pada tahun ini sahaja sudah mencapai 12,938 kes, menandakan risiko kebakaran yang terus meningkat, terutamanya dengan fenomena El Nino,” jelas beliau.

Punca utama kebakaran di kawasan hotspot utama katanya termasuk utara Semenanjung, timur Pahang dan Johor ialah cuaca panas dan kering, pembakaran terbuka yang tidak terkawal, serta kurang pemantauan di kawasan berisiko tinggi seperti tanah gambut dan belukar.

Oleh itu kata Ahmad Izram, JBPM menekankan langkah kawalan seperti rondaan di kawasan berisiko, nasihat kepada penduduk dan petani, kempen kesedaran awam serta penggunaan dron dengan kamera termal.

“Jabatan turut menghargai anggota bomba yang bekerja tanpa mengenal penat lelah, termasuk menukar syif daripada 12 jam kepada 24 jam bagi menangani kebakaran belukar, hutan dan ladang,” jelasnya.

Ahmad Izram juga menegaskan bahawa operasi pemadaman akan diteruskan secara berterusan sehingga keselamatan awam dan aset negara terjamin. – TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search