PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir di Pahang pulih, dua negeri masih terjejas

Banjir di Pahang pulih, dua negeri masih terjejas

KUALA LUMPUR: Banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa bencana itu di Perak menurun setakat 4 petang tadi.

Di PAHANG, situasi banjir pulih sepenuhnya apabila 31 orang daripada 12 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuantan dan Raub dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Berdasarkan bacaan paras air di Stesen Jabatan Pengairan dan Saliran, semua sungai utama negeri itu mencatatkan bawah paras bahaya.

Di PERAK, jumlah mangsa terus menurun kepada 934 orang melibatkan 262 keluarga berbanding 995 orang pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan daerah Hilir Perak masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 398 orang, diikuti Bagan Datuk (335) dan Manjung (201).

 

Di SELANGOR, jumlah mangsa kekal 40 orang daripada 13 keluarga yang ditempatkan di satu PPS di daerah Kuala Selangor. – BERNAMA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search