PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

KKR tingkat kesiapsiagaan hadapi Monsun Timur Laut, rakyat digesa berjaga-jaga

KKR tingkat kesiapsiagaan hadapi Monsun Timur Laut, rakyat digesa berjaga-jaga

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menyeru rakyat agar meningkatkan kewaspadaan susulan Monsun Timur Laut yang dijangka membawa hujan lebat luar biasa di beberapa negeri, dengan tempias daripada cuaca ekstrem di selatan Thailand berkemungkinan melimpah ke Malaysia.

KKR dalam kenyataan memaklumkan, Jabatan Kerja Raya (JKR) kini berada pada tahap operasi tertinggi melalui pengaktifan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) ke Tahap 3 yang kini beroperasi 24 jam bagi memantau situasi jalan raya, cerun, jambatan serta tindak balas kecemasan secara menyeluruh

Semua Pejabat JKR Negeri dan Daerah juga telah diarahkan bersiap siaga menggerakkan kakitangan, jentera dan aset berat sekiranya berlaku banjir, tanah runtuh atau gangguan perhubungan darat.

Bagi memastikan laluan kritikal tidak terputus, KKR menyerahkan 12 Launching Nose bagi mempercepat pembinaan Bailey Bridge iaitu jambatan sementara digunakan di lokasi runtuhan akibat banjir dan hakisan tebing.
 
Selain itu, kerja-kerja menyenggara cerun runtuh dilaksanakan secara lebih giat untuk mengurangkan risiko lanjutan terutama di kawasan yang kerap mengalami ketidakstabilan tanah ketika hujan berpanjangan.
 
KKR turut mengingatkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi tanda amaran di lokasi cerun dan kawasan rendah, selain mengikuti kemas kini rasmi di saluran media.
 
Pihak kementerian menegaskan bahawa langkah berjaga-jaga adalah kunci utama bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sepanjang musim monsun.
 
Maklumat terkini cuaca, amaran banjir, serta laporan keadaan jalan raya akan dikemas kini secara berkala menerusi laman web dan media sosial seperti yang tertera:
  • https://www.kkr.gov.my/ms/laman-utama
  • https://www.facebook.com/KementerianKerjaRaya/
  • https://x.com/moworksmy
  • https://www.instagram.com/kkr_malaysia/
  • https://www.tiktok.com/@kementeriankerjaraya
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search