PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Semakin banyak PPS ditutup hari ini

Semakin banyak PPS ditutup hari ini

PETALING JAYA: Situasi banjir di utara Semenanjung semakin pulih dengan ramai mangsa yang terjejas mula pulang ke kediaman masing-masing.

Menurut portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 4.30 petang, sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup, meninggalkan hanya 14 PPS yang masih beroperasi di dua negeri.

Perak dan Kedah terus mencatatkan penurunan jumlah mangsa serta penutupan PPS, manakala Pulau Pinang telah menutup kesemua PPS kira-kira pukul 1 petang tadi.

Seramai 1669 mangsa masih berada di PPS ketika ini, berbanding lebih 5000 orang semalam yang terpaksa berlindung akibat banjir di kawasan sekitar.

Di Kedah, masih terdapat tujuh PPS beroperasi yang menempatkan 1072 mangsa daripada 309 keluarga di empat daerah terlibat iaitu Kota Setar, Kulim, Pendang dan Pokok Sena.

Sementara itu, di Perak seramai 597 mangsa masih berada di tujuh PPS sekitar daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Manjung, Kerian dan Perak Tengah, melibatkan 180 keluarga. – UTUSAN

 
 
 
 
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search