PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Ex-Tamban tingkat kesiapsiagaan hadapi tumpahan minyak di laut – JAS

Ex-Tamban tingkat kesiapsiagaan hadapi tumpahan minyak di laut – JAS

PETALING JAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan latihan melawan tumpahan minyak (Ex-Tamban) bagi meningkatkan kesiapsiagaan semua pihak supaya tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku bencana.

Latihan selama dua hari yang bermula semalam itu melibatkan pihak industri dan agensi kerajaan bertujuan meningkatkan koordinasi dan komunikasi yang lancar antara semua agensi yang terlibat.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, latihan itu turut menampilkan penggunaan teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI) sebagai medium simulasi.

Selain itu, teknologi terbabit turut digunakan dalam pengoperasian aset mengawal tumpahan minyak Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG) yang digerakkan melalui penempatan di laut.

“Beberapa pelan tindakan telah diuji keberkesanannya, termasuk Oil Spill Response Plan (OSRP) oleh EnQuest dan Jadestone dan Marine Oil Spill Contingency Plan (MOSCoP).

“Turut diuji mekanisme Request for Government Assistance for Oil Spill Response (Tier 1 & 2 Industry),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Abdul Latif berkata, penganjuran Ex-Tamban membuktikan bahawa latihan berterusan bersama industri minyak dan gas amat relevan serta perlu diteruskan.

Justeru katanya, latihan sebegini berperanan memperkukuh kesiapsiagaan, sokongan dan tindakan bersama dalam usaha mengawal serta membersihkan insiden tumpahan minyak.

“Selain meningkatkan keupayaan respons, latihan ini turut menjadi platform perkongsian kepakaran, teknologi, sistem kawalan dan kaedah komunikasi yang lebih teratur antara semua pihak,”ujarnya.

Untuk rekod, sebanyak 37 kes tumpahan minyak telah dilaporkan dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Bagi tahun 2025 pula, sehingga bulan Ogos hanya lima kes direkodkan dan penurunan itu membuktikan keberkesanan tindakan pantas hasil komitmen padu semua pihak termasuk industri.-KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search