PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Hujan lebat landa Mumbai, 250 penerbangan tertunda

Hujan lebat landa Mumbai, 250 penerbangan tertunda

NEW DELHI: Hujan lebat berterusan melanda Mumbai dan kawasan sekitarnya pada Selasa, menyebabkan gangguan besar terhadap kehidupan harian di ibu kota kewangan India.

Lebih 250 penerbangan ditunda atau dibatalkan, perkhidmatan kereta api mengalami kelewatan ketara dan lalu lintas terjejas akibat limpahan air di jalan raya dan lorong, lapor Xinhua.

Beberapa kenderaan dilaporkan rosak akibat berada air sedalam paras lutut hingga pinggang di pelbagai kawasan sekitar Mumbai.

Laporan televisyen menunjukkan sebuah bas separuh tenggelam dalam air bertakung dan penunggang motosikal terpaksa menolak motosikal mereka melalui jalan yang dinaiki air di luar stesen kereta api Kurla.

Perkhidmatan tren tempatan di 'Laluan Harbour' dihentikan selepas landasan kereta api tenggelam dalam air, menurut laporan TV.

Sekolah, kolej dan institusi pendidikan lain ditutup di seluruh Mumbai, ketika hujan lebat dijangka berterusan sekurang-kurangnya hingga petang Selasa.

Jabatan Meteorologi India (IMD) mengeluarkan amaran merah untuk hujan lebat hingga amat lebat bagi hari ketiga berturut-turut.

Menurut laporan media, Mumbai menerima lebih 500 milimeter (mm) hujan dalam tempoh hampir 80 jam.

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search