PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Sistem amaran tsunami boleh didengar sampai 2km

Sistem amaran tsunami boleh didengar sampai 2km

KUALA NERUS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Terengganu menguji sistem baharu siren amaran tsunami yang mampu memberi amaran lebih pantas.

Pengarahnya, Rosli Zakaria, berkata pengujian dilakukan di Seberang Takir, di sini, bagi memastikan sistem amaran bencana itu berfungsi pada tahap baik dan optimum.

Sistem siren baharu itu adalah sebahagian usaha MetMalaysia menaik taraf sistem amaran tsunami di negeri ini. Katanya, bunyi siren selama beberapa minit itu boleh didengari sejauh dua kilometer.

"Siren ini adalah menara keempat dipasang di negeri ini selepas Besut, Dungun dan Kemaman dengan kos pembinaan melebihi RM100,000 setiap satu.

 

"Projek ini dilaksanakan oleh Bahagian Teknikal Cuaca dan Gempa Bumi MetMalaysia dengan menggunakan teknologi dari Denmark," katanya.

Menurutnya, menara berkenaan mampu memberikan liputan amaran, tetapi bergantung kepada keadaan cuaca dan bentuk muka bumi.

"Segala maklumat selain data berkaitan amaran tsunami diperoleh dan dikendalikan dari Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional yang berpusat di Ibu Pejabat MetMalaysia di Petaling Jaya," katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search