PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Taufan Wipha landa Filipina, dua hilang

Taufan Wipha landa Filipina, dua hilang

MANILA, 20 Julai – Sekurang-kurangnya dua individu dilaporkan hilang selepas Taufan Wipha melanda beberapa kawasan di Filipina; menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh, menurut pihak berkuasa tempatan.

Rakaman pada Ahad menunjukkan taufan besar itu berlegar di udara sekitar bandar Laoag, dengan angin kencang dan hujan lebat melanda jalan-jalan utama.

Sementara itu, di Quezon City, bandar paling padat di negara itu, kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan.

Juruelektrik dilihat membaiki kabel elektrik yang berselirat, manakala pekerja majlis bandar raya membersihkan papan iklan tumbang di Katipunan Avenue.

Taufan Wipha yang mencatat kelajuan angin maksimum 100 kilometer sejam telah menjejaskan seramai 96,791 orang, namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Menurut Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA), taufan tersebut telah meninggalkan negara itu pada pukul 10.00 pagi waktu tempatan dan kini bergerak ke arah barat laut menuju tanah besar Asia. -VIORY

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search