PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Lebih empat jam padam kebakaran kilang aiskrim

Lebih empat jam padam kebakaran kilang aiskrim

IPOH - Seramai 37 pegawai dan anggota bomba mengambil masa lebih empat jam untuk memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kilang aiskrim di Jalan Kilang 2, Kawasan Perindustrian Jelapang di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan berhubung kebakaran kilang seluas 1,486 meter persegi itu diterima pada jam 12 tengah malam.

Menurut beliau, sebanyak lapan jentera dari beberapa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berhampiran telah digerakkan bagi memadam kebakaran tersebut.

 

"Setibanya di lokasi, operasi pemadaman dipecahkan kepada tiga bahagian yang mana bahagian belakang kilang melibatkan pasukan dari BBP Ipoh dan Meru Raya manakala bahagian hadapan dikawal anggota BBP Pasir Puteh.

"Operasi ini turut dibantu 46 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Pekan Baru, Pasir Pinji, Menglembu dan Bercham yang melakukan pemadaman di bahagian tepi kawasan kilang," katanya di sini pada Khamis.

Sabarodzi berkata, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) turut digerakkan selepas dimaklumkan terdapat dua tangki ammonia dalam kilang tersebut.

"Kerja-kerja pengesanan dilakukan dan terdapat kebocoran sisa gas ammonia daripada peralatan penyejukbekuan di kilang ini. "Situasi terkini masih terkawal dan saluran injap utama dari tangki simpanan ammonia yang berjumlah 800 liter telah berjaya ditutup.

"Pemantauan berkala kadar pencemaran bahan berbahaya tersebut masih dilakukan," katanya.

Jelas beliau, kebakaran tersebut telah memusnahkan kira-kira 80 peratus struktur kilang membabitkan stor penyimpanan aiskrim serta perkakasan pembuatan dan pembungkusan.

"Api berjaya dipadamkan dan pasukan kini melakukan kerja-kerja pemunggaran bagi memadamkan sisa bara kebakaran di bawah runtuhan.

"Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian," katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search