PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir kilat ragut 87 nyawa di Texas

Banjir kilat ragut 87 nyawa di Texas

KERR COUNTY, TEXAS, 9 Julai - Banjir besar yang melanda tengah Texas terus meragut nyawa, apabila jumlah korban di Kerr County kini meningkat kepada 87 orang.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat bencana itu melebihi 100 orang.

Pegawai polis memaklumkan 56 orang dewasa dan 30 kanak-kanak disahkan maut di Kerr County dan lebih 20 mangsa masih belum dikenal pasti.

Identiti mangsa ke-87 juga belum dapat dipastikan termasuk lima kanak-kanak yang masih lagi hilang.

Hujan lebat awal pagi Jumaat lalu menyebabkan Sungai Guadalupe melimpah dan menghanyutkan kenderaan serta merosakkan infrastruktur sekitar kawasan.

Sementara itu, Leftenan Kolonel Ben Baker dari Texas Game Wardens menyifatkan operasi menyelamat sangat berbahaya dan rumit, berikutan cuaca buruk yang masih berterusan.

Pihak berkuasa tempatan turut menerima kritikan daripada orang awam yang mempersoalkan kelewatan memberi amaran awal mengenai risiko banjir kilat di kawasan Texas Hill Country. - REUTERS

 
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search