PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kebakaran hutan, Lapangan Terbang Marseille Provence ditutup

Kebakaran hutan, Lapangan Terbang Marseille Provence ditutup

Paris: Kebakaran hutan yang merebak dengan pantas akibat dibadai angin sekencang 70 kilometer sejam memaksa Lapangan Terbang Marseille Provence di selatan Perancis ditutup dan semua penerbangan digantung, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa, lapor Xinhua.

Menurut perkhidmatan bomba, kebakaran bermula berhampiran kawasan Les Pennes Mirabeau, di utara Marseille dan kini menjejaskan kira-kira 30 hektar tanah. Seramai 168 anggota bomba, bersama 68 jentera bomba dan dua helikopter, dikerahkan untuk mengawal kebakaran.

Pihak berkuasa wilayah Provence-Alpes-Cote d'Azur mengeluarkan arahan keselamatan kecemasan di platform media sosial X (Twitter), menggesa penduduk untuk kekal berada di dalam rumah, menutup tingkap dan pintu, memastikan laluan kecemasan tidak dihalang dan mengelakkan perjalanan yang tidak perlu di kawasan terjejas.

Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Marseille digantung sekitar tengah hari dan banyak penerbangan dialihkan ke lapangan terbang lain di rantau itu. Setakat ini, tiada garis masa diberikan untuk pembukaan semula lapangan terbang itu.

Sementara itu, di kawasan berhampiran Narbonne di barat daya Perancis, satu lagi kebakaran besar memusnahkan sekitar 2,000 hektar tanah sejak Isnin.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search