SMART ke Jepun, AS jalani latihan
- Farah Natasya
- Korporat
PUCHONG: Kerajaan bercadang menghantar anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke luar negara bagi meningkatkan kepakaran pasukan menangani bencana.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) dicadangkan memandangkan negara itu mempunyai kecekapan pengurusan bencana yang lebih baik serta terbaik di dunia.
“Mereka (Jepun dan AS) banyak pengalaman berhadapan bencana. Pengalaman, peralatan dan teknologi mereka lebih daripada kita.
“Jadi, kita perlu belajar daripada pihak yang mempunyai ketiga-tiga elemen itu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun 2024 bersama Warga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Markas SMART NADMA Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini. – UTUSAN