Sesi Libat Urus YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) bersama Rakan Media dan Agensi Berkaitan Pengurusan Bencana
- Admin UKK
- Korporat
18 Julai 2023 - Satu Sesi libat urus telah diadakan bersama rakan media bagi memberi ruang kepada pihak media berinteraksi dan mendapatkan komunikasi yang telus dan sahih bersama YB Menteri.
Tujuan utama diadakan sesi libat urus ini adalah bagi menyampaikan secara terus kepada wakil-wakil media yang hadir mengenai situasi semasa Monsun Barat Daya (MBD) tahun 2023 dan kemungkinan El Nino serta langkah-langkah yang telah dan akan diambil Kerajaan dalam menghadapi situasi cuaca panas dan kering yang membawa beberapa risiko meliputi jerebu, kekurangan bekalan air, kesihatan awam dan sekuriti makanan. Sesi ini juga adalah sebagai pengiktirafan peranan yang dimainkan oleh media untuk menyampaikan berita-berita dan maklumat kepada rakyat.