PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Sarawak miliki 1,066 kawasan berisiko banjir paling tinggi di Malaysia

Sarawak miliki 1,066 kawasan berisiko banjir paling tinggi di Malaysia

KOTA SAMARAHAN: Sarawak mempunyai jumlah kawasan berisiko banjir paling tinggi iaitu sebanyak 1,066 atau kira-kira 19 peratus daripada keseluruhan 5,648 lokasi 'hot spot' (titik panas) banjir yang dikenal pasti di seluruh Malaysia.

Justeru, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata bagi menghadapi situasi bencana terutamanya di sepanjang fasa Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) sudah merangka satu pelan pengurusan banjir iaitu Kitaran Pengurusan Kecemasan yang meliputi empat aspek utama.

Katanya, aspek pertama membabitkan mitigasi, yang merangkumi Tindakan Selepas Semakan (AAR) dan bedah siasat, penambahbaikan, kajian kawasan berisiko dan kajian logistik serta kelengkapan kebombaan dan penyelamatan.

Aspek kedua ialah persediaan membabitkan kesiapsiagaan peralatan dan kelengkapan, penjajaran keanggotaan dan shif kerja pegawai, pengaktifan Pangkalan Hadapan Wilayah, Penubuhan Pasukan Gerak Cepat MTL Red Team, latihan antara agensi, pemantauan situasi cuaca, latihan dalaman serta pendidikan awam.- BERITA HARIAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search