PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL

  1. Sekretariat Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN);
  2. Mengurus dan memantau peruntukan Bantuan Wang Ihsan (BWI), Bantuan Wang Ihsan Kematian (BWI-Kematian) dan peruntukan pengurusan pengoperasian bencana kepada negeri-negeri dan agensi-agensi tindak balas;
  3. Sebagai Sekretariat Rakan NADMA;
  4. Menjalin rangkaian kerjasama strategik dalam mengkoordinasi pergerakan dan bantuan bencana bersama sukarelawan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), badan korporat pihak swasta dan Institusi Pengajian Tinggi; Awam dan Swasta serta masyarakat; dan
  5. Menyelaras kerjasama dalam melaksanakan program kesedaran bencana untuk komuniti melalui program-program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM).

 

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 2025

Unit KWABBN

  • Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara: Sasaran 2 kali setahun
  • Penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan: Sasaran 1 kali setahun
  • Penyaluran peruntukan BWI dan peruntukan pengurusan pengoperasian bencana: Sasaran 14 negeri setahun
  • Sesi Libat Urus NADMA Bersama Kerajaan Negeri: Sasaran 14 negeri setahun

 

Unit Komuniti & Sosial

  • Program Pemerkasaan Komuniti: Belia, Luar Bandar, NGO, Umum  (Community Based Disaster Risk Reduction -  CBDRM): Sasaran 20,000 peserta setahun
  • Mobilisasi Pergerakan Sukarelawan Rakan NADMA di lapangan: Sasaran 10,000 sukarelawan NGO Rakan NADMA setahun
  • Simulasi Pengurusan PPS bersama JKM dan Rakan NADMA : Sasaran 30 program setahun
  • Bengkel  Cadangan BWI-BSN: Sasaran 6 bengkel setahun
  •  Sharing Session bersama NGO Rakan NADMA: Sasaran 8 sesi setahun

 

 

 

 

VISI

Agensi peneraju pengurusan dan kesiapsiagaan bencana negara.

 

MISI

Memastikan keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara dengan memupuk  kerjasama pelbagai pihak sebagai satu pasukan untuk membina serta  meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan dalam pengurusan bencana.

 

FUNGSI/TANGGUNGJAWAB

Bahagian Pengurusan Pasca Bencana terdiri daripada 2 cabang utama iaitu Seksyen Teknikal dan  Infrastruktur serta Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial. Kedua-duanya  bertanggungjawab  merancang dan menyelaraskan pelan pemulihan  bencana yang meliputi infrastruktur fizikal, ekonomi dan sosial. Antara fungsi utamanya adalah:

 

  1. Menyelaras data bantuan pasca bencana.
  2. Merangka dan menyelaras plan pemulihan pasca bencana.
  3. Menyelaras pemantauan berterusan program pemulihan pasca bencana.
  4. Menyelaras penilaian impak bencana dari aspek sosial, ekonomi, fizikal dan alam sekitar.
  5. Menyelaras program pemulihan bencana bersama agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan sukarela.

 

PERANAN DAN FUNGSI SEKSYEN

  1. Penyenggaraan Fasiliti.
  2. Menyelaras Laporan Bencana.
  3. Menyelaras Laporan Pembaikan.
  4. Menyelaras Perlaksanaan Projek.
  5. Bertindak sebagai Technical Focal Point.
  6. Menyelaras siasatan & kajian fizikal pasca bencana.
  7. Mengumpul status pembaikan serta memajukan ke JPBP untuk pembentangan.
  8. Menyelaras penyenggaraan Aset Tidak Alih agensi agar sentiasa dalam keadaan baik.
  9. Menyelaras semua projek di bawah peruntukan Mengurus dan Pembangunan kendalian Agensi Pengurusan Bencana Negara.
  10. Menganalisa & mengenal pasti punca masalah serta langkah `Quick Win’ berkos rendah bagi isu Pra Bencana, Semasa Bencana & Pasca Bencana.
  11. Mengumpul maklumat kerosakan, anggaran pembaikan termasuk pihak yang relevan dengan kerosakan serta memajukan ke JPBP untuk pengesahan peruntukan.
  12. Memastikan hasil analisa maklumat dan laporan mampu membantu program kerja yang lebih terancang berkaitan mitigasi, logistik, komuniti, dasar serta pengurusan bencana  secara keseluruhannya.

 

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA

  • Keberkesanan Pengenalpastian dan Penyelesaian Masalah Teknikal.

Contoh : Memperkukuh penyelesaian teknikal antara agensi dalam pengurusan bencana

  • Pengukuhan Pemantauan Projek Struktur dan Infrastruktur.

Contoh : Memperkukuh penyelarasan projek berbentuk fizikal dan bukan fizikal

  • Memperkukuhkan Perkhidmatan Teknikal Dalam Pengurusan Bencana;

Contoh : Menyelaras taksiran fizikal kerosakan bencana

LATAR BELAKANG

:: Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (PK) merupakan salah satu bahagian utama di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Bahagian ini juga adalah tulang belakang kepada pengoperasian NADMA dalam memastikan kelancaran pelaksanaan tugas dan tanggungjawab NADMA terlaksana dengan cekap dan berkesan. 

 

PK bertanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan berkaitan pengurusan Kewangan, Sumber Manusia, Pentadbiran dan ICT bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dan stakeholders NADMA secara dalaman dan luaran. Dalam hubungan ini, pengurusan sumber yang optimum merupakan kunci kepada kecemerlangan organisasi. Oleh yang demikian, PK komited untuk mewujudkan warga NADMA yang berkompetensi tinggi, menyediakan suasana kerja yang harmoni dan kondusif dalam mencapai hasil kerja yang maksimum serta memenuhi kehendak pelanggan dan ‘stakeholders’.

 

HALA TUJU STRATEGIK

 

MISI

Pemantapan organisasi melalui penggunaan sumber yang optimum.

 

 SKOP BAHAGIAN

Memberikan khidmat sokongan pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan ICT.

 

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA

 

  • Pemerkasaan sistem dan proses kerja.
  • Tadbir urus kewangan yang efektif dan efisien.
  • Melahirkan modal insan yang kompeten dan berintegriti.
  • Persekitaran kerja yang kondusif.
  • Prasarana ICT yang efisien dan selamat.

Fungsi Seksyen Pentadbiran Dan Sumber Manusia 

Unit Pentadbiran

  1. Pengurusan Tempahan dan Penyelenggaraan Kenderaan Jabatan;
  2. Pengurusan Surat Menyurat;
  3. Pengurusan Kebajikan dan Keselamatan Pekerja;
  4. Pengurusan Fail dan Sistem DDMS 0 Agensi;
  5. Pengurusan Sistem Perakam Waktu
  6. Pengurusan Majlis Anjuran Agensi;
  7. Pengurusan Fasiliti dan Kemudahan Pejabat; dan
  8. Pengurusan Kaunter dan Khidmat

 Unit Aset dan Stor

  1. Pengurusan penerimaan asset;
  2. Pengurusan dan Penyelarasan Pendaftaran Aset Alih ke Dalam Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA);
  3. Pengurusan Pemeriksaan Aset Alih, Pemeriksaan Stok dan Verifikasi stor
  4. Pengurusan pelupusan / pindahan aset jabatan;
  5. Pengurusan Kehilangan dan Hapus Kira Aset Alih dan barang-barang stor;
  6. Pengurusan Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK);
  7. Pengurusan perolehan aset alih (harta modal/inventori) dan bekalan stok; dan
  8. Pengurusan perolehan bagi aset alih (harta modal/ inventori) dan
  9.  

Unit Sumber Manusia

  1. Pengurusan Data Perjawatan;
  2. Pengurusan Pengisian Sumber Manusia bagi perjawatan tetap, kontrak dan MySTEP;
  3. Pengurusan Rekod Peribadi;
  4. Pengurusan Penilaian Kompetensi;
  5. Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia;
  6. Pengurusan Prestasi;
  7. Pengurusan Cuti;
  8. Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran;
  9. Pengurusan Integriti dan Tatatertib Pegawai;
  10. Pengurusan Sistem HRMIS jabatan; dan
  11. Pengurusan Penamatan Perkhidmatan.

 

VISI

ICT sebagai pemacu penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus yang baik.

 

MISI

Mengoptimumkan perkhidmatan ICT secara holistik bagi penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus yang cekap dan berkesan.

Fungsi Utama Seksyen Teknologi Maklumat (ICT) terbahagi kepada dua iaitu:

  • Pengurusan Pentadbiran ICT dan Pembangunan Aplikasi
  • Infrastruktur, Rangkaian, Keselamatan ICT & Aset

 

Berikut adalah senarai aktiviti bagi setiap fungsi dalam Seksyen Teknologi Maklumat :

 a. Pengurusan Pentadbiran ICT dan Pembangunan Aplikasi

  1. Merancang pelaksanaan ICT termasuk keperluan teknologi, latihan dan pelaksanaan projek ICT;
  2. Menjalankan promosi bagi perkhidmatan yang disediakan oleh aplikasi untuk dilaksanakan;
  3. Merancang, mengurus dan memantau aktiviti perpindahan teknologi dan change management;
  4. Merancang, mengurus dan memantau aktiviti latihan, program pembudayaan amalan baik ICT, program kompetensi keselamatan ICT dan TOT;
  5. Merancang, mengurus dan memantau program inovasi ICT;
  6. Menjadi urusetia urus tadbir ICT – Jawatankuasa Pemandu ICT dan Jawatankuasa Teknikal projek ICT;
  7. Menyelaras dan mengurus keperluan aplikasi, portal, laman web dan email Agensi;
  8. Menyediakan perundingan dan khidmat nasihat termasuk penyelesaian isu-isu dan menambahbaik pembangunan aplikasi, portal, laman web dan email secara berterusan kepada agensi;
  9. Mengurus keperluan pengintegrasian sistem antara agensi; dan
  10. Merancang dan menyelaras inisiatif-inisiatif baru pembangunan aplikasi agensi.

 

 b. Infrastruktur, Rangkaian,  Keselamatan ICT & Aset

  1. Mengesan secara proaktif dan reaktif ancaman pencerobohan portal Jabatan dan laman web;
  2. Merancang pengurusan pengendalian insiden keselamatan ICT Agensi;
  3. Menyelaras dan mengurus keperluan rangkaian, keselamatan, teknologi dan Pusat Data Agensi;
  4. Memantau penggunaan rangkaian 1Gov*Net dan Menyelenggara rangkaian 1Gov*Net dengan baik secara mengamalkan prosedur-prosedur keselamatan rangkaian seperti instalasi antivirus, penyelenggaraan server dan peralatan rangkaian;
  5. Menyediakan perundingan dan khidmat nasihat termasuk penyelesaian isu-isu dan menambahbaik operasi dan rangkaian secara berterusan;
  6. Menyediakan khidmat nasihat dalam tatacara perolehan perisian, perkakasan dan peralatan rangkaian ICT;
  7. Pengurusan aset ICT (Penerimaan, Pendaftaran & Pelupusan)
  8. Menguruskan pinjaman perkakasan ICT; dan
  9. Menjadi urusetia sokongan teknikal didalam program-program yang dianjurkan oleh Agensi.

 

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search