PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Seksyen ICT

12 nelayan mangsa kebakaran terima bantuan, harap masalah penempatan selesai

Sungai Petani: Sebanyak 12 keluarga nelayan yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran di Tanjung Dawai kelmarin, menerima bantuan RM132,000 daripada Tabung Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, setiap keluarga menerima RM11,000 yang diharap dapat meringankan beban mereka sepanjang menyewa rumah sebelum ada penempatan baharu dibina.

"Sebanyak 14 rumah terbakar, 12 daripada mereka adalah nelayan, jadi setiap keluarga nelayan menerima RM11,000 bantuan kewangan bagi meringankan beban untuk dapatkan rumah sewa," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Choong Cheng di sini, hari ini.

Muhammad Faiz berkata, perbincangan awal dengan kerajaan negeri sudah dilakukan untuk penempatan semula mangsa kebakaran itu.

"Status tanah dimaklumkan di bawah agensi kerajaan negeri Kedah. Jadi soal status tanah perlu diuruskan terlebih dahulu sebab kita tak boleh sewenang-wenangnya bina rumah baharu (di tapak sama) sebelum isu status tanah selesai.

"Ikut rekod tanah ini (lokasi kebakaran) bukan DI bawah LKIM," katanya.

Sementara itu, mangsa kebakaran, Yusof Ismail, 61, berkata, dia bersyukur dengan bantuan yang diberikan namun berhadapan sedikit kesulitan untuk mencari rumah sewa berdekatan kawasan Tanjung Dawai.

Yusof yang mengalami kecederaan melecur di leher dan tangan dalam kebakaran itu berkata, buat masa ini, dia dan ahli keluarganya terpaksa memilih untuk tinggal di PPS, sementara mencari rumah sewa berdekatan.

Seorang lagi mangsa, Jahara Mohamad, 57, pula berharap agar dibantu dalam urusan mencari rumah sewa yang hampir dengan lokasi rumah yang terbakar.

"Kami sudah uzur... nak besarkan dua anak, seorang berada di sekolah berasrama penuh dan seorang lagi berada di universiti, kalau duduk jauh dari Tanjung Dawai susah suami saya (Mat Jusoh Zakaria, 67) nak turun ke laut seawal jam 5 pagi," katanya.

Penduduk 7 kampung ambil risiko lalui jalan runtuh

TAMPARULI: Lebih 1,500 pengguna Jalan Lama Tamparuli-Ranau di sini, bakal terputus hubungan dengan kawasan lain jika beberapa bahagian laluan itu yang terjejas kejadian mendapan, hakisan dan tanah runtuh tidak dibaiki dalam waktu terdekat.

Jalan utama bagi penduduk tujuh kampung berkenaan rosak sejak setahun lalu akibat hujan lebat.

Bagaimanapun, pengguna dari Kampung Togop, Lingga, Bambangan Lama, Namadan, Rangalau Lama dan Bawang terpaksa terus menggunakan jalan itu, walaupun sedar risiko bahaya menanti kerana tiada pilihan.

 

Tinjauan BH mendapati beberapa bahagian jalan itu mendap, terhakis dan runtuhan serius berlaku di beberapa kawasan menyebabkan laluan boleh digunakan kenderaan sempit.

Jabatan Kerja Raya (JKR) meletakkan kon dan pita berhampiran bahagian jalan yang bermasalah itu sebagai tanda peringatan kepada pengguna supaya berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

Pengguna, Edward Johnson, 64, berkata ada kejadian mendapan dan runtuhan pada bahagian jalan itu berlaku lebih setahun lalu, namun tiada pembaikan dilakukan.

Rosman Jumari, 57, pula berkata jalan yang wujud sejak 1950-an itu sering berdepan ancaman mendapan, hakisan dan runtuhan kerana di kawasan berbukit.

 

Floods: RM20mil to repair damaged agri infrastructure in Kelantan

KOTA BARU: The Kemubu Agricultural Development Authority (Kada) has received an allocation of RM20mil to repair agricultural infrastructure damaged by recent floods in Kelantan.

Kada chairman Khalid Abdul Samad said the damage includes the water control gates in Pasir Mas and Pasir Puteh.

He said the floods not only destroyed a significant portion of padi fields but also severely affected irrigation systems and other infrastructure.

 

"We must find immediate solutions, even temporary measures, to ensure water supply can reach the fields in time for the next planting season, scheduled before April.

"Kada will hold discussions tomorrow (Monday, Jan 6) with the (relevant state executive councillors) to address this matter,” he told reporters at a Kada event on Sunday (Jan 5) night.

Khalid said the meeting would also discuss rebuilding the damaged riverbank piles.

He said while the state government had previously approved the repairs, additional studies on the impact of riverbank erosion are required.

"If the state government grants swift approval, we can commence repairs immediately, targeting completion before April to ensure the next padi planting cycle proceeds as planned. Funds are already available.

"Kada has also received RM17mil to buy 150 water pumps to supply water to padi fields, anticipating this year’s dry season,” he added.

Farmers affected by the floods will be supported through disaster relief funds and takaful insurance schemes registered under Agrobank, he said. – Bernama

 

 

 
 
 

Landslide blocks main road in Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS: A landslide occurred on the main road in Kampung Raja near the Blue Valley junction early on Monday (Jan 6) morning.

In a statement, the District Disaster Management Secretariat reported that continuous heavy rain since Sunday (Jan 5) afternoon caused the incident.

The Secretariat said information about the landslide was received at 3.15am, and the Malaysian Civil Defence Force (APM) was dispatched to monitor and assess the situation and provide additional personnel.

"The main route from Simpang Pulai/Lojing to Cameron Highlands is blocked in both directions," it said.

Alternative routes are available via Sungai Koyan road in Lipis and Tapah road to reach Cameron Highlands.

"Efforts to clear the debris are actively underway, and the incident did not involve any victims or houses," it added.

 

 
 
 

Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang

KUANTAN: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Besar Kampung Raja, Cameron Highlands hari ini, menyebabkan laluan terhalang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli, berkata tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 2 pagi itu.

"Kejadian itu mengakibatkan laluan di kedua-dua arah terhalang, namun kerja-kerja pembersihan giat dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands memaklumkan bahawa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah berada di lokasi kejadian bagi memantau dan menghantar bantuan anggota.

Menurut sekretariat itu, laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Koyan, Lipis dan Jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands.

 

Susulan kejadian tanah runtuh itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Cameron Highlands Leftenan (PA), Md Hazli Hanifah Mohd Hanafi, berkata pihaknya telah membantu membawa 11 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Sekolah Menengah Kampung Raja.

Beliau berkata kesemua calon SPM itu dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda ke sekolah berkenaan pada 7.30 pagi tadi. – BERNAMA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search