PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Seksyen ICT

Ribut: Atap asrama tercabut

JERANTUT: Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Tawar di sini, antara premis terjejas teruk apabila sebahagian atap tercabut dibadai ribut yang melanda Pulau Tawar dekat sini, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung (JPKK) Kedondong/Masjid, Mohd. Rozi Rozuki berkata, kejadian tersebut turut merosakkan empat buah rumah penduduk selain pokok tumbang yang menghalang laluan kenderaan di jalan raya menghala ke Kampung Bandar, Kampung Kedondong dan Kampung Kubang Sekendal dari arah bandar Jerantut.

“Dalam kejadian selama 20 minit bermula pukul 5.30 petang itu, ribut disertai hujan lebat membadai enam buah perkampungan Melayu di pesisir Sungai Pahang yang merosakkan rumah dan kemudahan awam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Seorang penjaga pelajar yang mahu dikenali sebagai Kamal berharap kerja pemulihan asrama pelajar lelaki SMK Pulau Tawar disegerakan bagi membolehkan anaknya tinggal dan belajar de­ngan selesa.

“Saya tidak mampu berulang-alik menghantar dan mengambil anak sekiranya asrama ini lambat dibaiki,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar yang juga Ahli Dewan Negeri Lantikan, Haris Salleh Hamzah yang melawat premis tersebut memberi jaminan kerajaan menerusi agensi berkenaan akan segera membaik pulih asrama pelajar yang rosak.

“Saya berharap ibu bapa serta pelajar berkenaan bersabar kerana kita (kerajaan) prihatin dengan mereka terbabit berikutan kejadian ribut semalam dan usaha sedang dilakukan untuk membaik pulih bagi keselesaan pelajar ber­kenaan,” ujarnya. – UTUSAN
 
 

 
 
 
 
 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malaysia mahu Myanmar lanjut gencatan senjata

PUTRAJAYA: Malaysia meminta Myanmar melanjutkan gencatan senjata antara pihak bertelagah di negara itu bagi membolehkan bantuan kepada mangsa gempa bumi disalurkan dengan selamat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesej itu disampaikannya kepada dua pemimpin bertelagah di Myanmar iaitu Majlis Pentadbiran Negara (SAC) dan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) dalam pertemuan di Bangkok, semalam.

“Keutamaan mesti diberikan kepada usaha kemanusiaan dan pembinaan semula. Pada masa sama, mereka melakukan apa sahaja yang perlu bagi menge-lakkan lanjutan pertempuran,” katanya di Majlis Aidilfitri Kementerian Kewa­ngan, di sini, semalam.

Anwar berada di Bangkok untuk lawatan kerja dua hari sejak kelmarin turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SAC, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing kelmarin dan mengadakan mesyua­rat secara maya dengan pemimpin NUG, Mahn Win Khaing Than, pagi semalam.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN itu mengadakan pertemuan lebih sejam bersama Min Aung Hlaing yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra merangkap Ketua Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi kepada Pengerusi ASEAN.

Anwar turut menyambut baik langkah terkini untuk meredakan ketegangan termasuk pembebasan 4,800 tahanan yang disifatkannya amat bermakna.

Perbincangan bersama Mahn Win Khaing Than memberi tumpuan kepada keperluan kemanusiaan yang mendesak bagi rakyat negara terbabit dan kepentingan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang paling memerlukan.

Dalam pertemuan itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada kedua-dua organisasi tersebut atas pendirian tegas mereka bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara aman.

Ketika ditanya sama ada negara anggota ASEAN akan membincangkan isu berkaitan blok itu, Anwar berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya.

“Saya perlu berunding dengan pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain.

“Ini kerana pendirian ASEAN adalah untuk meneruskan penglibatan, konsensus lima perkara serta perbincangan inklusif dengan semua pihak, dan kemudian saya akan membawa perkara ini semula kepada ASEAN,” katanya.

Pemimpin Junta Myanmar mengumumkan gencatan senjata 20 pada 2 April 2 lalu yang dipersetujui pemimpin pembangkang NUG ekoran gempa bumi kuat di negara itu pada 28 Mac lalu yang membunuh lebih 3,600 orang.

Langkah itu bertujuan membolehkan bantuan disalurkan kepada mangsa dan pemulihan akibat kemusnahan gempa tersebut dapat dilakukan.

Sementara itu, Perdana Menteri menyifatkan kenya­taan bekas hos Foxs News, Bill O’Reilly yang menghina dan memperlekeh­kan orang Melayu menggambarkan sikap ekstrem, keangkuhan sesetengah pihak yang jahil dan dangkal ilmu.

Katanya, pemikiran sebegitu menunjukkan dia hanya mahu menunjukkan kelompok dan negara mereka yang paling berjaya.
Sedangkan, tegas beliau, mereka tentunya tidak ada kefahaman sama sekali tentang Asia, ASEAN dan perkembangan terbaharu hubungan dagangan antara rantau ini apabila menyatakan Melayu tidak ada duit untuk membeli barang dari China.

“Ini yang kita sebut dalam bidang ilmu sosial sebagai pemikiran yang terperangkap, pemikiran yang terbawa-bawa dengan sikap imperialis dan penjajah.

“Jadi kita jangan terlalu gusar dengan perkara yang masih tiada. Ini akan ada sikap Islamofobia, anti kaum lain kerana kejahilan,” katanya.
O’Reilly yang kini adalah pengulas politik konservatif AS, mengeluarkan kenyataan itu dalam usaha memperlekeh lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja.

Dalam hantaran di X, dia mengatakan penduduk di negara-negara yang dilawati oleh Xi itu termasuk menyebut ‘Melayu’ sebagai tidak ada wang untuk membantu China yang kini dikenakan tarif lebih 200 peratus oleh AS.

Dia turut memperlekehkan lawatan yang bertujuan mengukuhkan hubu­ngan serantau itu dengan mengatakan Xi ke negara-negara terbabit dengan tujuan untuk menyeludup barang. – UTUSAN

 

 

ECRL tak lepas tangan isu banjir di laluan pembinaan - CEO MRL

PASIR PUTEH - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak akan lepas tangan berhubung isu banjir yang dihadapi penduduk di sepanjang pembinaan projek pengangkutan awam tersebut di Kelantan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas apa yang berlaku.

"Jika sekiranya terbukti bahawa kesilapan serta masalah itu melibatkan ECRL, kita akan bekerjasama dengan semua terlibat untuk mengatasinya.

"Kami juga telah membuat beberapa sesi perbincangan sebelum ini bermula November, Disember tahun lepas dan Januari hingga Februari tahun ini," katanya semasa sidang akhbar semasa lawatan kerja rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud ke tapak Stesen Pasir Puteh di Jalan Cherang Tuli di sini pada Khamis.

Menurut beliau, sesi perjumpaan dan perbincangan dengan pihak berkuasa negeri serta Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh telah diadakan.

Ujarnya, masalah yang dibangkitkan telah diselesaikan dan pihaknya juga telah mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku. "Kita sentiasa proaktif dan menyelesaikan isu yang dibangkitkan penduduk tempatan," jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan beberapa kes banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di sepanjang pembinaan laluan ECRL di sini sejak tahun lalu.

Susulan itu penduduk mendakwa mereka mengalami kerugian akibat banjir kilat tersebut.

Hujan lebat Kedah, Pantai Timur petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak hingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Kedah melibatkan kawasan Sik dan Baling, Perak (Hulu Perak) dan Terengganu.

Ribut petir dijangka melanda Kelantan di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Cuaca sama dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu).

“Ribut petir turut dijangka berlaku di Sarawak melibatkan daerah Sri Aman, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang ,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Gas Malaysia restores supply to most affected customers after Putra Heights pipeline fire

KUALA LUMPUR, April 17 — Gas Malaysia has reassured customers that supply recovery is well underway after the Subang Jaya pipeline fire.

To date, the company has restored supply to 259 of the 275 affected customers.

 

The recovery was made possible through additional gas secured from the Trans Thailand-Malaysia pipeline system.

“This development has significantly improved the gas supply to the affected areas in Klang Valley and other parts of the Northern region of Peninsular Malaysia,” it said in a statement today.

Technical teams have been working in phases to ensure safe and steady reconnections. Petronas Gas Berhad has set July 1 as the estimated completion date for full restoration.

Until that time, Gas Malaysia said consumers should use gas within safe limits to support the ongoing recovery.

A fire at a gas transmission pipeline in Putra Heights, Subang Jaya earlier this month disrupted natural gas supply to parts of the Klang Valley and northern Peninsular Malaysia,

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search