PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Seksyen ICT

Sultan Kelantan titah percepatkan pembinaan Empangan Lebir atasi banjir

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah supaya pembinaan Empangan Lebir dipercepatkan kerana ia menjadi keperluan mendesak dalam mengatasi isu banjir di negeri ini.

"Sebagaimana yang Beta zahirkan sebelum ini. Beta menekankan kepentingan penyelesaian segera terhadap isu banjir tahunan di Kelantan.

"Beta menggesa projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan dan Sungai Golok dapat disegerakan bagi semua fasa," Baginda bertitah semasa menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Isnin.

Turut mencemar duli, Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Indians battle respiratory issues, skin rashes in world's most polluted town

BYRNIHAT, India (Reuters) - Two-year-old Sumaiya Ansari, a resident of India's Byrnihat town which is ranked the world's most polluted metropolitan area by Swiss Group IQAir, was battling breathing problems for several days before she was hospitalised in March and given oxygen support.

She is among many residents of the industrial town on the border of the northeastern Assam and Meghalaya states - otherwise known for their lush, natural beauty - inflicted by illnesses that doctors say are likely linked to high exposure to pollution.

Byrnihat's annual average PM2.5 concentration in 2024 was 128.2 micrograms per cubic meter, according to IQAir, over 25 times the level recommended by the WHO.

PM2.5 refers to particulate matter measuring 2.5 microns or less in diameter that can be carried into the lungs, causing deadly diseases and cardiac problems.

 

"It was very scary, she was breathing like a fish," said Abdul Halim, Ansari's father, who brought her home from hospital after two days.

According to government data, the number of respiratory infection cases in the region rose to 3,681 in 2024 from 2,082 in 2022.

"Ninety percent of the patients we see daily come either with a cough or other respiratory issues," said Dr. J Marak of Byrnihat Primary Healthcare Centre.

Residents say the toxic air also causes skin rashes and eye irritation, damages crops, and restricts routine tasks like drying laundry outdoors.

"Everything is covered with dust or soot," said farmer Dildar Hussain.

Critics say Byrnihat's situation reflects a broader trend of pollution plaguing not just India's cities, including the capital Delhi, but also its smaller towns as breakneck industrialisation erodes environmental safeguards.

Unlike other parts of the country that face pollution every winter, however, Byrnihat's air quality remains poor through the year, government data indicates.

Home to about 80 industries - many of them highly polluting - experts say the problem is exacerbated in the town by other factors like emissions from heavy vehicles, and its "bowl-shaped topography".

"Sandwiched between the hilly terrain of Meghalaya and the plains of Assam, there is no room for pollutants to disperse," said Arup Kumar Misra, chairman of Assam's pollution control board.

The town's location has also made a solution tougher, with the states shifting blame to each other, said a Meghalaya government official who did not want to be named.

Since the release of IQAir's report in March, however, Assam and Meghalaya have agreed to form a joint committee and work together to combat Byrnihat's pollution.

(Reporting by Tora Agarwala; Writing by Sakshi Dayal; Editing by Raju Gopalakrishnan)

 

Sultan Kelantan titah segerakan pembinaan tembok, zon penampan Sungai Golok

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah supaya cadangan untuk membina tembok dan zon penampan di kawasan Sungai Golok perlu dimuktamadkan segera.

"Beta memandang serius isu keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand. Maka cadangan itu perlu dimuktamadkan segera," baginda bertitah semasa menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Isnin.

Turut mencemar duli, Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Kerajaan Kelantan memerlukan RM445.748 juta untuk kos pengambilan balik tanah penduduk di kawasan sempadan Sungai Golok bagi pembinaan tembok dan zon penampan.

 

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Mohd Daud berkata, cadangan pembinaan tembok dan zon penampan adalah amat relevan bagi tujuan keselamatan sempadan negara.

Beliau berkata, Kelantan serius untuk membanteras jenayah penyeludupan dan mengatasi masalah banjir di kawasan Sungai Golok iaitu sepanjang 99 kilometer di sempadan Malaysia-Thailand.

 

Byrnihat diisytihar bandar paling tercemar di dunia, ramai penduduk sesak nafas

BYRNIHAT: Seorang kanak-kanak perempuan menjadi antara mangsa terkini pencemaran udara teruk di Byrnihat, sebuah bandar kecil perindustrian di sempadan negeri Assam dan Meghalaya, India yang baru-baru ini diisytihar sebagai kawasan metropolitan paling tercemar di dunia oleh kumpulan pemantau kualiti udara Switzerland, IQAir.

Sumaiya Ansari, dua tahun, terpaksa menerima bantuan oksigen selepas mengalami masalah pernafasan yang berlarutan selama beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital pada Mac lalu.

“Ia sangat menakutkan, dia bernafas seperti ikan,” kata Abdul Halim, bapa kepada Sumaiya, yang membawanya pulang selepas dua hari dirawat di hospital.

Seorang pegawai perubatan di Pusat Kesihatan Utama Byrnihat, Dr. J. Marak berkata, kes jangkitan pernafasan di kawasan itu melonjak kepada 3,681 kes pada tahun ini berbanding hanya 2,082 kes pada tahun 2022.

Penduduk tempatan turut mengadu pencemaran udara turut menyebabkan ruam kulit, kerengsaan mata, serta kerosakan tanaman dan menyukarkan urusan harian termasuk menjemur pakaian di luar rumah.

Krisis yang melanda Byrnihat dilihat sebagai satu cerminan kepada masalah pencemaran yang bukan sahaja membelenggu bandar-bandar besar India seperti New Delhi, malah kini merebak ke kawasan bandar kecil akibat pembangunan industri yang pesat tanpa kawalan alam sekitar yang mencukupi.

Tidak seperti bandar lain yang mengalami pencemaran hanya pada musim sejuk, pencemaran udara di Byrnihat berlaku sepanjang tahun, menurut data kerajaan.

Dengan kira-kira 80 buah industri beroperasi kebanyakannya dikategorikan sebagai berisiko tinggi pakar menyatakan keadaan diburukkan lagi oleh pelepasan asap daripada kenderaan berat serta bentuk muka bumi Byrnihat yang berupa ‘mangkuk’ yang menyukarkan pergerakan dan penyebaran zarah pencemar.

Menurut data terkini IQAir, purata tahunan kepekatan PM2.5 di Byrnihat pada tahun 2024 mencecah 128.2 mikrogram per meter padu lebih 25 kali ganda melebihi paras yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

PM2.5 merujuk kepada zarah halus udara berukuran 2.5 mikron atau lebih kecil yang mampu menembusi paru-paru dan dikaitkan dengan pelbagai penyakit maut termasuk masalah jantung. -AGENSI

Tragedi Putra Heights: MyCar hulur sumbangan bakul makanan, ringankan beban

PETALING JAYA: Beban ditanggung mangsa insiden kebakaran di Putra Heights, Selangor sedikit sebanyak dapat dikurangkan melalui pelbagai bantuan dan khidmat percuma yang dihulur pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta serta badan bukan kerajaan (NGO).

Ia termasuklah bantuan bakul makanan yang turut disampaikan syarikat perkhimdatan e-hailing, MyCar baru-baru ini kepada mangsa yang terlibat.

Ketua Pegawai Eksekutif Platform Apps Sdn. Bhd (MyCar E-hailing), Datuk Noor Sheena Maideen berkata, beliau berbesar hati menghulurkan bantuan berkenaan, sekali gus menjelaskan yang pihaknya komited dalam membantu komuniti yang memerlukan.

“Sebagai seorang manusia biasa, saya simpati sebab perkara ini tidak disangka-sangka, satu perumahan yang harmoni tiba-tiba sahaja ada kes letupan gas, ini semua dugaan dengan apa yang terjadi. Kalau tidak berlaku pada kita, memang kita tidak akan rasa. Itu dari segi mata kasarnya, tetapi dalam hati saya sangat sedih sebab ada kanak-kanak, warga emas.

“Namun, dugaan ini juga memberika semangat kepada saya dan MyCar untuk memberi bantuan kepada masyarakat sebab MyCar adalah satu-satunya syarikat tempatan, jadi kita membantu tidak mengira bangsa, apa sahaja musibah yang datang, kita bantu mana yang kita mampu.

“Alhamdulillah saya sangat berbesar hati dapat memberi sumbangan kepada masyarakat tidak mengira agama dan bangsa. Kita beri pada semua,” katanya dalam satu majlis ringkas baru-baru ini.

Turut hadir, Exco Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti kerajaan negeri Selangor, Ng Sze Han dan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin.

Dalam pada itu, Sze Han dalam satu kenyataan berkata, beliau benar-benar terkesan dengan insiden tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan.

“Saya melihat kesan tragedi letupan paip gas yang masih dirasai penduduk Kampung Kuala Sungai Baru. Di pihak kerajaan Negeri Selangor, saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Sheena dan MyCar kerana sudi memberi bantuan kepada mangsa.

“Terima kasih juga kepada semua penyumbang yang tidak pernah jemu menghulurjkan tangan saat rakyat memerlukan,” ujarnya.-UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search