TOKYO - Jepun bersedia menyediakan bantuan geran kecemasan sekitar US$6 juta untuk mangsa gempa bumi dahsyat di Myanmar, kata kerajaan pada Rabu, lapor Agensi Berita Kyodo.
Kementerian Luar Jepun berkata bantuan itu akan disalurkan menerusi pertubuhan antarabangsa, memandangkan "keperluan kemanusiaan yang amat besar" dijangka di Myanmar, selepas angka korban akibat gempa bermagnitud 7.7 pada Jumaat lepas meningkat melebihi 2,700 orang.
Jepun telah menghantar pasukan perubatan ke Myanmar dan memutuskan untuk menyediakan barangan bantuan kecemasan seperti kelengkapan kebersihan, bekalan air dan penapis air menerusi Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) yang disokong kerajaan serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut kementerian itu.
Dua rakyat Jepun disahkan cedera di Mandalay, bandar kedua terbesar Myanmar yang berhampiran pusat gempa, manakala seorang lagi cedera di Bangkok, ibu negara Thailand yang bersebelahan. Seorang rakyat Jepun masih belum dapat dikesan di Mandalay, menurut Kerajaan Jepun.
"Kerajaan Jepun akan berdiri bersama rakyat Myanmar dan menyalurkan bantuan kemanusiaan yang dapat memberi manfaat langsung kepada mereka," kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi, dalam satu sidang akhbar. - Bernama
PETALING JAYA – Pasukan Khas Pertahanan Awam (Paspa) dan anggota agensi lain turut bersama-sama membantu pasukan keselamatan lain dalam operasi menyelamatkan kawasan kebakaran saluran gas di Putra Heights.
Menerusi satu hantaran di TikTok, beberapa anggota Paspa dan anggota lain turut bertungkus-lumus dalam memadamkan api yang marak di kawasan yang terjejas semalam.
Pemilik akaun TikTok @sywljr99 yang merupakan salah seorang anggota Paspa yang bertugas semalam menyatakan rasa syukur atas kerjasama pelbagai pihak yang berkerjasama dalam operasi pemadaman api di lokasi kejadian.
“Alhamdulillah hasil kerjasama dari semua agensi kita berjaya. Semoga mangsa tabah dengan ujian yg berlaku dan moga digantikan dengan rezeki yg melimpah nanti inshaAllah,” katanya.
Tinjauan dari ruangan komen, ramai pengguna menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada pasukan penyelamat yang tangkas dalam memastikan insiden kebakaran kembali reda.
“Satu pengalaman yang cukup berharga untuk pasukan penyelamat. Susah nak jumpa kes kes yang luar jangkaan mcm ni. dalam latihan simulasi pun tak boleh nak buat sama mcm situasi sebenar,” komen @daoozsawal.
“Terima kasih tidak terhingga buat penyelamat bangsa Melayu kerana menjaga Keselamatan dan kesejahteraan rakyat & negara walaupun sedang menyambut aidilfitri,” komen @andikakhalifah. – KOSMO! ONLINE
Myanmar junta chief Min Aung Hlaing has rejected ceasefire proposals from rebel groups seeking to facilitate aid to areas impacted by Friday’s deadly earthquake as concerns mount over how the civil conflict could hinder relief efforts.
A pro-democracy shadow government allied to detained civilian leader Aung San Suu Kyi declared a two-week ceasefire following the quake in central Myanmar that has killed at least 2,700, according to the junta’s count. With the figure likely to grow, another alliance of rebel groups that had made substantial territorial gains against the regime also announced it would not initiate offensive operations for a month.
“Some ethnic armed organizations are not currently engaged in combat but are organizing and training for future attacks,” Min Aung Hlaing said during a fund-raising event Tuesday in Naypyidaw, the country’s capital. “As their actions are still considered attacks, the Tatmadaw will continue to take necessary security measures,” he said, according to comments provided by the State Administration Council.
The remarks are another sign there may be little reprieve in a conflict that reignited four years ago after the military seized control of much of the nation in a coup. Even as the damage of the 7.7 magnitude quake was still being assessed, pro-democracy rebel groups reported fresh military airstrikes on Friday in areas close to the epicenter.
Lway Yay Oo, spokeswoman of the northern-based Ta’ang National Liberation Army said three such bombings have occurred since the earthquake, leading to injuries and residential buildings being destroyed. “They are committing inhumane acts like always,” she said.
Min Aung Hlaing said his military hasn’t conducted operations on enemy camps, but has responded when it was attacked.
The bombing run Friday nevertheless drew condemnation from the United Nations and rights groups, with Amnesty International saying it’s added “to the strain of recovery efforts and the fear and anxiety of survivors.” For now, the military is tightly managing access to the areas it controls that sustained heavy damage including Naypyidaw and Mandalay, a city of over a million people.
“The earthquake has laid bare the deeper vulnerabilities facing Myanmar’s people and underscored the need for sustained international attention to the broader crisis,” the UN office for Myanmar said in a statement on Tuesday. “All sides must urgently allow space for humanitarian relief and ensure that aid workers can operate in safety.” –BLOOMBERG
SUBANG JAYA – Suasana di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights semakin ceria apabila pelbagai aktiviti dianjurkan untuk membantu kanak-kanak mengatasi trauma dan kesedihan mereka.
Inisiatif ini digerakkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dengan mengerahkan guru kaunseling ke PPS bagi memberikan sokongan emosi kepada murid-murid yang terkesan.
Menurut seorang guru kaunselor, Dr. Chen, program ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan keadaan baharu selepas insiden yang menimpa mereka.
“Sejak semalam, JPN Selangor telah merancang untuk menghantar guru kaunseling bagi memberi bimbingan dan sokongan emosi kepada murid-murid yang terjejas.
“Pagi ini, saya pulang ke sekolah untuk mengambil bahan-bahan yang diperlukan bagi aktiviti Smart Support Team (SST),” katanya kepada Kosmo! hari ini.
Chen menjelaskan bahawa SST merupakan pasukan khas yang ditubuhkan oleh guru kaunseling di Selangor untuk memberi sokongan psikologi kepada penduduk yang terjejas, terutama kanak-kanak.
“Melalui aktiviti ini, mereka dapat mengenal pasti perasaan sendiri dan meluahkannya agar tidak mengalami trauma berpanjangan.
“Antara aktiviti yang dijalankan ialah mewarna dan melukis, di mana jika terdapat unsur-unsur mencurigakan dalam hasil lukisan mereka, sesi kaunseling kelompok akan diadakan bagi membantu mereka mengatasi kesan emosi yang dialami,” tambahnya.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Putra Heights, Datin Sharifah Sheznie Syed Hashim, berkata pihaknya turut mengambil inisiatif untuk membantu mangsa yang terjejas.
“Kami mengusahakan derma kilat dan tabung kebajikan dengan menghebahkannya dalam kumpulan kelas supaya ibu bapa lain dapat turut menyumbang.
“Aktiviti yang dianjurkan ini juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesedihan mereka. Kami amat mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan daripada pihak lain bagi meringankan beban mereka yang terkesan,” ujarnya.
Bagi seorang mangsa kebakaran, Masnani Ab. Sani, 40, aktiviti yang dianjurkan di PPS sedikit sebanyak membantu mengurangkan kebosanan anak-anaknya.
“Ada aktiviti mewarna, melukis dan pelbagai aktiviti kreatif lain untuk mereka lakukan.
“Jadi kuranglah rasa bosan, dan mereka nampak lebih ceria walaupun keadaan sebenarnya masih sukar,” katanya.
Program yang diadakan ini bukan sahaja membantu kanak-kanak mengalihkan perhatian mereka daripada kesedihan tetapi turut memberi ruang untuk mereka pulih secara emosi dengan lebih baik. – KOSMO! ONLINE
KUALA LUMPUR, 2 April - Prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani insiden melibatkan paip gas telah ditetapkan sebelum pembinaannya dilaksanakan, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohamad.
Beliau menegaskan bahawa sekiranya berlaku insiden kebakaran, operasi pemadaman dan penyelamatan akan dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan secara ketat.
“Anggota bomba akan menggunakan kaedah pemadaman yang sama seperti kebakaran lain, namun dengan mengambil kira risiko khusus berkaitan saluran paip gas bagi memastikan keselamatan semua pihak,”katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, JBPM turut terlibat dalam proses perancangan sebelum pemasangan paip gas dilakukan.
"Kami telah menandatangani memorandum persefahaman dengan PETRONAS serta mengadakan sesi libat urus strategik bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi sebarang insiden berkaitan paip gas,”katanya.
Dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, semalam, katanya pihak JBPM telah mengenal pasti serta membuat penandaan ke atas kediaman yang terjejas.
Beliau berkata langkah ini bertujuan menentukan tahap keselamatan rumah sebelum dimasuki oleh pasukan penyelamat.
Selain itu, katanya JBPM sedang menilai keselamatan serta integriti struktur kediaman yang mengalami kerosakan akibat kebakaran, letupan dan gelombang haba.
"Sekiranya sesuatu struktur didapati tidak selamat atau berisiko kepada pasukan penyelamat, kami akan merobohkan bahagian yang boleh dialihkan dengan selamat, seperti bumbung yang hampir runtuh," katanya.
Kebakaran yang berlaku kira-kira 8.10 pagi semalam berpunca daripada kebocoran paip gas sekali gus menyebabkan kebakaran di saluran sepanjang 500 meter milik anak syarikat PETRONS, Petronas Gas Berhad (PGB).
Dalam kejadian itu, Polis Daerah Subang Jaya memaklumkan seramai 111 mangsa mendapatkan rawatan di hospital dan seramai 529 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
Dalam pada itu, sebanyak 235 premis termasuk rumah dan kedai terjejas dengan 87 unit musnah akibat kebakaran dan 48 mengalami kerosakan, manakala 399 unit kenderaan terkesan di mana 225 musnah terbakar manakala 174 mengalami kerosakan.- BERNAMA