PADANG BESAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turun padang meninjau keadaan semasa banjir serta menyantuni mangsa di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar Padang Besar, malam tadi.
Baginda seterusnya menyeru seluruh rakyat Perlis agar sentiasa mematuhi arahan agensi keselamatan serta mengikuti makluman terkini daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kepatuhan terhadap arahan tersebut amat penting bagi memastikan proses pemindahan dan penyelamatan mangsa banjir dapat dilaksanakan dengan teratur dan selamat.
Baginda turut menekankan keperluan untuk memperkasakan prosedur operasi standard (SOP) bantuan bencana khususnya di kawasan berisiko tinggi serta mudah terputus hubungan.
Ia sebagai langkah meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi banjir yang sedang melanda beberapa lokasi di negeri ini.
“Pelaksanaan SOP bantuan wajar diperkemas, terutama bagi menangani isu mangsa terkandas dan terputus akses laluan seperti di Wang Kelian.
“Penggunaan teknologi moden seperti dron juga perlu dioptimumkan bagi tujuan pemantauan serta penghantaran bantuan ke lokasi yang sukar ditembusi,” titah baginda.
Baginda turut menasihatkan orang ramai agar mengelakkan kawasan yang masih berarus deras, berwaspada terhadap kabel elektrik terdedah serta berhati-hati dengan kemungkinan kehadiran haiwan berbisa yang terbawa arus banjir.
Kanak-kanak juga hendaklah dielakkan daripada bermain di kawasan dinaiki air bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Setakat ini, sebanyak 589 mangsa membabitkan 169 keluarga ditempatkan di empat PPS.
Manakala PPS Masjid Nurul Husna, Wang Kelian bukan sahaja menempatkan 150 penduduk tempatan, tetapi turut menjadi tempat perlindungan kira-kira 500 pelancong dan pengembara yang terkandas ketika dalam perjalanan pulang dari Thailand akibat jalan raya terputus hubungan.-UTUSAN
KOTA BHARU: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan "Amaran Banjir" bagi beberapa kawasan di Tumpat, yang dijangka mengalami banjir bermula Khamis dan Jumaat ini.
PRABN dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan status paras air sungai yang diramal meningkat dan melebihi aras bahaya, banjir berkemungkinan berlaku di tiga lokasi dalam jajahan berkenaan.
"Antara kawasan berisiko ialah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Sungai Kelantan meliputi Padang Rokma, Beach Temalang dan Chenderong Batu.
"Turut dijangka terjejas ialah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Sungai Golok di Kampung Kok Kebit dan Taman Sri Bayu," menurut kenyataan PRABN.
Seterusnya, banjir dijangka melanda di beberapa kampung rendah sekitar Sungai Golok termasuk Kampung Pak Keral, Kampung Kok Bedullah, Kampung Nechang, Kampung Pauh Sebanjar, Kampung Neting, Kampung Tujuh, Kubang Sawa, Kajang Sebidang, Telok Jering, Naga Ibu, Pisau Raut, Bendang Pak Yong dan Simpangan.
Sehubungan itu, PRABN dalam kenyataan itu menasihatkan semua penduduk di kawasan terbabit supaya berwaspada, mengikuti arahan agensi pengurusan bencana dan mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang PublicInfoBanjir serta Facebook @PublicInfoBanjir. – BERNAMA
The number of victims at relief centres in Kelantan, Kedah and Perlis continued to rise tonight, but some victims in Terengganu returned home as conditions gradually improved.
In Penang, 128 victims from 30 families in Tasek Gelugor were placed at two centres this afternoon after heavy rain caused the Sungai Jadak to overflow, inundating Kampung Desa Puri and Kampung Simpang Tiga.
Two centres were opened in Perak tonight (Batang Padang and Perak Tengah) but the number of flood victims has yet to be determined.
In Kelantan, the number of flood victims surged to 7,830 tonight, housed in 31 centres across Kota Bharu, Tumpat, Bachok and Pasir Puteh.
The number of flood victims in Kedah rose to 404 at 8pm in Kulim, while 114 people were at relief centres in Perlis.
However, the number of victims in Terengganu dropped from 531 to 359 at 8pm in Besut.
PETALING JAYA: Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir di enam negeri semakin buruk. Sehingga pukul 7 petang semalam, 8,527 orang membabitkan 3,058 keluarga ditempatkan di 43 pusat pemindahan sementara (PPS).
Bencana meragut nyawa seorang wanita Indonesia di Gua Musang, Kelantan yang lemas selepas trak pikap jenis Toyota Hilux dinaiki bersama majikan dan isteri, dihanyutkan arus deras.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementerian akan menggerakkan Ops Payung bagi memindahkan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang rumah mereka ‘terkepung’ banjir untuk menduduki peperiksaan itu dengan selamat.
Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi membabitkan 7,695 mangsa daripada 2,810 keluarga dipindahkan ke 31 PPS.
Empat daerah di Kelantan yang teruk terjejas ialah Tumpat dengan 4,221 mangsa, diikuti Bachok (1,416), Kota Bharu (1,941) dan Pasir Puteh (117).
Di Kulim, Kedah, seramai 399 mangsa daripada 118 keluarga dipindahkan ke tiga PPS susulan banjir melanda sembilan kampung di Mukim Sungai Seluang dan Mukim Naga Lilit, di sini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, setakat pukul 6 petang, PPS Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang menempatkan 184 mangsa daripada 53 keluarga.
“Seramai 171 mangsa daripada 51 keluarga pula berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Dik, diikuti 14 keluarga yang terdiri daripada 44 mangsa di PPS Surau KEDA Naga Lilit.
“Antara kampung terjejas termasuk Kampung Sungai Seluang Atas dan Bawah, Kampung Bukit Sarang Ayam, Kampung Siam, Kampung Titi Tok Aris, Kampung Paya Serdang, Kampung Batu 7¾ Padang Serai, Kampung Balik Bukit dan Kampung Naga Lilit,” katanya.
Di Perlis, setakat pukul 5 petang, sebanyak 186 mangsa membabitkan 56 keluarga dipindahkan di tiga PPS yang diaktifkan iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Tinggi, SK Felcra Lubuk Sireh dan SK Felda Mata Ayer.
Kawasan Wang Kelian yang tidak pernah berlaku banjir besar antara paling teruk terjejas dengan membabitkan 120 mangsa dari 40 keluarga.
Banjir tersebut juga menyebabkan tujuh laluan di sekitar negeri ini ditutup buat sementara waktu iaitu masing-masing melibatkan Jalan Kaki Bukit Batu 16, Simpang Tiga Kok Mak, Jalan menghala Wang Kelian, Jalan Kampung Chantek Kaki Bukit, Jalan Titi Tinggi, Jalan Gua Kelam dan Jalan Kangar- Padang Besar berhampiran Agrovet.
Selain itu, hujan berterusan turut mengakibatkan gelongsoran atau tanah runtuh di sekitar laluan bercerun dari View Point Wang Kelian selain beberapa lokasi peranginan dan rekreasi seperti Gua Kelam turut terjejas dan terpaksa ditutup.
Di Pulau Pinang, setakat pukul 7 petang, terdapat dua PPS dibuka di Seberang Perai Utara (SPU) melibatkan 115 mangsa daripada 28 keluarga, sementara di Sarawak, banjir berlaku di Miri membabitkan seramai 44 mangsa daripada enam keluarga yang ditempatkan di satu PPS di daerah berkenaan.
Di Kuala Terengganu, cuaca yang lebih baik di sebelah petang menyaksikan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkurangan kepada 342 orang daripada 102 keluarga, berbanding 528 orang daripada 145 keluarga, ditempatkan di tiga PPS di Kuala Nerus dan Besut.
Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, setakat pukul 6.30 petang, hanya PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut dan SK Pulau Perhentian di Besut dibuka, masing-masing menempatkan 234 dan 108 mangsa banjir.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan, mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan melibatkan kawasan-kawasan tertentu di beberapa negeri antara 24 hingga 26 November ini.
Di Kelantan, amaran hujan bahaya diramal berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sehingga Selasa, 25 November ini.
Manakala amaran buruk iaitu hujan lebat berterusan sehingga tempoh sama turut dikeluarkan di Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.
“Selain itu, turut terjejas di Hulu Perak (Perak); Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
“Hujan berterusan (waspada) pula dijangka berlaku sehingga 24 November ini di Kedah (Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak (Kerian, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim),” katanya. – UTUSAN
JAKARTA: Indonesia melanjutkan operasi mencari dan menyelamat di lokasi tanah runtuh di Banjarnegara, Jawa Tengah selepas dua lagi mayat ditemui, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 12 orang, menurut Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) pada semalam.
Jurucakap agensi itu, Abdul Muhari, berkata BNPB dan Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas) telah melanjutkan operasi selama tiga hari lagi kerana 16 orang masih hilang seminggu selepas bencana pada 15 November.
"Pasukan penyelamat bekerja di tiga sektor berikutan keadaan tanah yang tidak stabil dan perubahan cuaca yang menjejaskan operasi di Kampung Pandanarum," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, langit yang lebih cerah pada Sabtu membolehkan pasukan penyelamat memperhebat pencarian di darat, manakala pesawat Cessna Caravan yang dikendalikan BNPB melakukan penerbangan modifikasi cuaca dengan menyebarkan kalsium oksida (CaO) bagi mengurangkan risiko hujan.
"Gabungan strategi darat dan udara ini penting untuk mengekalkan usaha respons kecemasan," tambah Abdul Muhari.
