OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir Sarawak: 191 mangsa dipindahkan ke empat PPS

Banjir Sarawak: 191 mangsa dipindahkan ke empat PPS

KUCHING, 10 Dis:  Seramai 191 orang daripada 62 keluarga terjejas akibat banjir di Sarawak setakat 8 pagi tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak memaklumkan kejadian ini membabitkan daerah Bintulu, Miri, dan Subis.

Sebanyak dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Subis, dengan 89 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Angus dan 13 mangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai Niah.

Sementara itu, PPS Dewan Suarah Bintulu menempatkan 54 mangsa, manakala PPS Dewan Bulan Sabit Merah Miri di Kampung Pujut Tanjung Batu menempatkan 31 mangsa.

Seramai empat mangsa lagi ditempatkan di PPS Dewan Bulan Sabit Merah Miri di Kampung Lusut Jaya Taman Tungku susulan kejadian tanah runtuh.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan perkembangan cuaca terkini dan mendapatkan maklumat daripada sumber sahih termasuk agensi bencana yang diiktiraf seperti METMalaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search