OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir

BATU PAHAT - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan sebanyak 133 pusat peperiksaan alternatif untuk untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya berlaku banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, langkah tersebut merupakan antara mekanisme dan pelan integrasi bagi memastikan kesemua calon SPM di negeri berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan berkenaan.

"Sekiranya berlaku banjir, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan aktifkan Ops Payung bagi membantu calon dan juga petugas peperiksaan yang terkesan.

"KPM akan pastikan calon-calon SPM ditempatkan di sekolah yang mempunyai asrama sebagai mekanisme sekiranya banjir berlaku sebagaimana yang dibuat semasa ujian lisan tempoh hari.

"Sekiranya sekolah yang terlibat sebagai pusat peperiksaan dilanda banjir, maka kita akan alihkan calon SPM ke pusat alternatif iaitu di sekolah yang tidak dilanda banjir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Batu Pahat selepas melakukan tinjauan pada hari pertama peperiksaan bertulis SPM di sekolah berkenaan pada pagi Khamis.

Turut serta Pengarah JPN Johor, Hanafi Samad dan Pengetua SMK Tinggi Batu Pahat, Ramlan Pit.

Azman memaklumkan, KPM juga menyediakan khidmat bantuan psikososial kepada calon SPM yang mengalami tekanan akibat banjir.

"KPM bersedia sepenuhnya dengan petugas yang akan memberikan perkhidmatan berkaitan dengan sokongan psikososial kepada calon-calon SPM di seluruh negara.

"Ini kerana KPM mempunyai pasukan yang melibatkan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah, di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga di JPN," katanya.

Seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara bermula 2 Disember lalu.

SPM 2024 bermula dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 2, 3, 4 dan 5 Disember, Ujian Amali Sains (9,10 dan 12 Disember); Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (16,17,18, dan 19 Disember); Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (31 Disember) serta Peperiksaan Bertulis (2 Januari hingga 6 Februari 2025).

Pada Rabu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Sabtu ini.

JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.

 

Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan

BATU PAHAT - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek Bahasa Inggeris serta Tasawwur Islam pada Isnin depan di Johor tetap berjalan seperti biasa meskipun pada tarikh tersebut telah diumumkan sebagai cuti kelepasan am.

Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, Azman Adnan berkata, seramai 49,980 calon di negeri ini akan menduduki kertas peperiksaan subjek Bahasa Inggeris kertas satu dan dua serta Tasawwur Islam pada tarikh tersebut.

"Kerajaan Johor telah mengumumkan Isnin depan sebagai cuti kelepasan am susulan pertukaran pelaksanaan cuti hujung minggu di negeri kepada Sabtu Ahad bermula tahun ini.

"Pada tarikh berkenaan juga merupakan tarikh peperiksaan bagi subjek Bahasa Inggeris dan juga Tasawuf Islam.

"Oleh itu KPM telah melaksanakan perbincangan dengan kerajaan negeri dan peperiksaan SPM pada Isnin depan berjalan seperti biasa. Calon- calon perlu hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Batu Pahat selepas melakukan tinjauan pada hari pertama peperiksaan bertulis SPM di sekolah terbabit pada pagi Khamis.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) Hanafi Samad dan Pengetua SMK Tinggi Batu Pahat, Ramlan Pit.

Seramai 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2024 di seluruh negara

Ia membabitkan 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara, dengan seramai 126,636 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan.

Peperiksaan SPM 2024 sudah bermula pada 2 Disember dengan ujian amali Sains dan ujian mendengar.

Manakala peperiksaan bertulis bermula pada 2 Januari hingga 6 Februari depan.

 

JPN Selangor pastikan 73,899 calon dapat duduki SPM sehingga Februari

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sentiasa bersiap siaga memastikan 73,899 calon berdaftarnya dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehinggga Februari ini.

Pengarahnya, Dr Jafri Abu mengesahkan setakat ini, 494 pusat peperiksaannya di seluruh Selangor bebas daripada risiko bencana alam seperti banjir.

Menurutnya, semua Pejabat Pendidikan Dearah (PPD) juga sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi situasi berkenaan.

“Maknanya di peringkat JPN dan PPD semua telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir dan kita juga telah ikut langkah-langkah dan juga prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kementerian serta patuh dengan arahan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di sini pada Khamis.

Jelasnya, setakat ini sebanyak 410 buah sekolah menjadi pusat peperiksaan di seluruh Selangor dengan sebahagian besar calon melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan iaitu seramai 66,218 orang,

“Calon swasta adalah seramai 2,640 diikuti calon persendirian 4,535 orang, calon di hospital seramai 25 orang dan di penjara dua orang,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai langkah mengatasi masalah keciciran calon peperiksaan, Jafri berkata, JPN Selangor telah mengadakan satu program khas iaitu program ‘Demi Selangor’ dengan menyasarkan satu pentadbir satu murid.

“Sekiranya murid di sekolah tersebut ramai, maknanya semua pentadbir akan terlibat untuk bersama-sama menangani masalah ini.

“Maknanya semua pentadbir akan ambil satu murid untuk memastikan murid-murid dapat ditegur disapa dan dapat hadir ke sekolah.

“Program ini sangat baik untuk memastikan calon-calon SPM dapat disantuni dan dapat hadir dalam peperiksaan..

Ujarnya, JPN Selangor juga sudah mula buat pengesanan calon-calon tersebut dengan berbagai-bagai kaedah menerusi wacana prihatin dan hebahan ‘Jom Hadir SPM’.

“Ini termasuk kerjasama daripada masyarakat, komuniti dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk membantu anak-anak supaya hadir ke sekolah menduduki perpisahan SPM,” ujarnya.

 

Seramai 513 calon SPM berisiko terjejas banjir

KUALA TERENGGANU - Seramai 513 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu berisiko terjejas banjir sekiranya berlaku bencana tersebut sepanjang tempoh peperiksaan diadakan bermula hari ini sehingga 6 Februari depan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jelani Sulong berkata, kesemua pelajar itu merupakan pelajar di sekolah yang terjejas banjir melibatkan tiga daerah di negeri ini iaitu Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Kemaman.

"Di Hulu Terengganu, seramai 122 calon ialah pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah; 66 calon Sekolah Menengah Imtiaz; 87 calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menerong dan 49 calon SMK Jenderis.

"Di Kemaman pula, 90 calon dari SMK Air Putih dan 99 calon SMK Padang Kemunting di Kuala Nerus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Jelani berkata, pihaknya turut bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk musim banjir sepanjang peperiksaan SPM berlangsung.

Justeru, Jelani berkata, calon SPM dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan negeri dengan segera jika tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang ditetapkan.

Dalam pada itu Jelani berkata, seramai 18,612 calon termasuk 108 calon berkeperluan khas (CBK) menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2024 di Terengganu pada Khamis.

Tambahnya, enam calon menduduki peperiksaan di hospital, dua calon integriti (calon di Jabatan Penjara) dan seorang calon di Tunas Bakti.

 

19,255 pelajar duduki SPM 2024 di Pulau Pinang

BALIK PULAU - Seramai 19,255 calon di Pulau Pinang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada Khamis sehingga 6 Februari nanti.

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Wan Sajiri Wan Hassan berkata, daripada jumlah itu, tujuh pelajar menduduki peperiksaan di hospital kerana masalah kesihatan.

Menurutnya, seramai 17,419 pelajar dari sekolah kerajaan, 372 (sekolah agensi kerajaan), 237 (sekolah swasta), 978 (calon persendirian) dan 249 calon lagi dari sekolah agama rakyat.

"Kesemua calon di negeri ini telah mendaftar di 155 buah pusat peperiksaan iaitu 139 di sekolah, 16 hospital dan empat pusat tahanan. Tiada calon yang mengambil peperiksaan di pusat tahanan.

"Hanya tujuh calon mengambil peperiksaan di hospital kerana kemalangan, sakit berpanjangan dan sakit tiba-tiba. Tiada calon yang terlibat dalam penyakit kritikal termasuk influenza atau Covid-19," katanya pada sidang akhbar selepas Lawatan Hari Pertama Peperiksaan SPM 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh di sini pada Khamis.

Sebelum itu, Wan Sajiri meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk menyambut dan memberi kata-kata semangat kepada 176 calon dari sekolah tersebut sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan.

Tambahnya, seramai 1,738 pengawas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan dijalankan dengan lancar.

"Kementerian Pelajaran (KPM) sentiasa bersiap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk musim banjir sepanjang peperiksaan SPM Tahun 2024 berlangsung. Bagaimanapun, di Pulau Pinang, tiada kawasan yang terlibat dengan bencana banjir.

"Calon dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dengan segera sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan oleh bencana," katanya.

 

80 pusat alternatif disediakan untuk berdepan banjir

RAUB - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang menyediakan 80 pusat alternatif sebagai persediaan untuk menempatkan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang terjejas akibat banjir.

Pengarahnya, Datuk Amzan Abd Malek berkata, jabatan itu telah mengenal pasti 63 pusat berisiko banjir dan 40 pusat yang berisiko laluan terjejas di negeri tersebut.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Ops Payung untuk menggerakkan pasukan bagi memindahkan calon- calon yang terkesan ke pusat peperiksaan yang berhampiran.

"Kita memang ada buat persediaan, jika berlaku banjir di pusat terlibat... sebanyak 80 pusat alternatif disediakan.

"Kita juga telah mengenal pasti 40 pusat yang berisiko laluan terjejas, contohnya sekolah tidak kena tapi laluan terkena banjir," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong di sini pada Khamis.

Beliau ditemui selepas tinjauan hari pertama SPM 2024 di sekolah berkenaan yang menyaksikan seramai 85 calon menduduki peperiksaan tersebut.

Hadir sama, Pengetua SMK Dong, Tuan Rahim Tuan Yusof dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Raub, Rushdan Nordin.

Ujarnya, jabatan itu juga menyediakan 334 guru bimbingan kaunseling (GBK) yang bersedia menjalankan tugas jika terdapat guru atau petugas peperiksaan tidak dapat hadir kerana banjir.

Jelasnya, kerjasama erat juga dilakukan bersama pihak berkuasa yang bersedia berdepan dalam apa jua situasi.

Dalam pada itu, beliau memberitahu seramai 20,401 calon SPM termasuk 598 Orang Asli di Pahang menduduki peperiksaan berkenaan.

Jelasnya, jumlah tersebut terdiri 17,282 calon kementerian; Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seramai 822 orang; 1,198 dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN); swasta (225); persendirian (751) dan 123 calon sekolah agama rakyat.

Katanya, pecahan mengikuti lokaliti iaitu di bandar terdiri 10,723 orang merangkumi 62.04 peratus dan luar bandar, 37.96 peratus membabitkan 6,559 orang.

"Di Pahang, kita melibatkan sejumlah 259 pusat peperiksaan di 229 sekolah.

"Untuk pengoperasian SPM 2024, kita menggunakan khidmat seramai 2,792 petugas dalam kalangan guru dan 396 petugas sukarelawan iaitu 25 peratus daripada petugas keseluruhan dan ini mengatasi hasrat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk melibatkan 20 peratus keterlibatan sukarelawan," tambahnya.

Sementara itu, beliau juga memberitahu setakat ini terdapat empat calon menduduki peperiksaan di hospital iaitu dua di Kuantan dan masing-masing satu calon di Jerantut serta Pekan.

 

Banjir di Kelantan, Perak, Johor tak berubah

KUALA LUMPUR: Situasi banjir yang sedang melanda Kelantan, Perak dan Johor tidak berubah dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri berkenaan kekal setakat 8 pagi ini.

Di PERAK, mangsa banjir kekal 307 orang daripada 59 keluarga yang masih berlindung di PPS Dewan Kampung Asli Chinggung di daerah Muallim.

Jabatan Pengairan dan Saliran Perak pula memaklumkan Sungai Perak di Pasang Api, Bagan Datuk berada pada paras bahaya dengan merekodkan bacaan 3.11 meter (m) berbanding paras normal.

Di KELANTAN, jumlah mangsa kekal dengan 38 orang daripada 10 keluarga dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh, Rantau Panjang.

Portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran iaitu 8.0m berbanding paras bahaya 9.39m malam tadi.

 

Situasi sama direkodkan di JOHOR dengan jumlah mangsa kekal 69 orang daripada 17 keluarga dan ditempatkan di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Gembut dan Balai Raya Kampung Perpat di daerah Kota Tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani menerusi kenyataan berkata selain itu, rekod bacaan paras air di stesen Sungai Simpang Kanan di Parit Belemam, Batu Pahat masih berada di paras amaran dengan bacaan 2.31m. – BERNAMA

 

Flood situation in Perak, Kelantan and Johor remains unchanged this morning facebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttontelegram sharing buttonlinkedin sharing buttonemail sharing button

KUALA LUMPUR: The flood situation in Kelantan, Perak and Johor remains unchanged as of 8am Thursday.

In PERAK, 307 victims from 59 families are still taking shelter at the temporary relief centre at Dewan Kampung Asli Chinggung in Muallim district.

The state Irrigation and Drainage Department reported that the water level at Sungai Perak in Pasang Api, Bagan Datuk, remains at the danger level, measuring 3.11 metres.

In KELANTAN, the number of flood victims remains at 38 individuals from 10 families who are staying at Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh, Rantau Panjang.

 

According to the Public Infobanjir portal, Sungai Golok in Rantau Panjang is now at a warning level of 8.0 metres, compared to the danger level of 9.39 metres recorded last night.

Meanwhile, in JOHOR, the number of evacuees remains at 69 people from 17 families, who are currently housed at two relief centres, namely Sekolah Kebangsaan Gembut and Balai Raya Kampung Perpat in Kota Tinggi district.

State Disaster Management Committee chairman Tan Sri Dr Azmi Rohani, in a statement, said the water level at the Sungai Simpang Kanan station in Parit Belemam, Batu Pahat, remains at the alert level with a reading of 2.31 metres. - Bernama

Sudden flooding in Perak Orang Asli village

TANJUNG MALIM: Villagers of Kampung Orang Asli Chinggong here described Tuesday evening’s flood that hit their homes as the second worst incident since 2003.

A total of 410 villagers had to relocated to the temporary relief centre at the village hall after Sungai Chinggong overflowed.

A resident, Jefri Mohd Kassim, 52, said heavy rain began in the hill area around 2pm before reaching to the village.

“At the time, I was hosting guests at my home to celebrate the New Year. Suddenly, some villagers rushed to inform us that the river had overflowed.

“Within 10 minutes, water began flooding the yard, prompting me to instruct my family members to evacuate and bring essential documents to the hall,” Jefri said.

He said the floodwaters, carrying mud and debris, quickly surged into the village, leaving no time to save their household items.

Meanwhile, a person with disabilities, Chew Ho Seng, 43, said he saw the floodwaters rushing into his house.

“Without wasting time, I immediately called my nephew, who was sleeping inside, to inform him that the house was flooded.

“My nephew quickly pushed me on my wheelchair to the relief centre, and all our belongings were submerged,” he said.

Housewife Jamilah Dawi, 53, said she saw floodwater entering her yard after her daughter-inlaw alerted her.

“Our house is about 40 meters from the river. When the water level rose rapidly, we couldn’t save any belongings.”

She added that she managed to save important documents only before heading to the village relief centre.

Meanwhile, village Tok Batin Syarif Salaseh, 51, said the flood was the second-worst since the first major flood in 2003.

He said that not only did the river overflow, but the water also brought mud and debris into the village.

“The villagers could only save themselves. During the incident, children, the elderly and the sick were evacuated to the hall first with the help of other villagers,” he added.

‘BRACE FOR FLOODS FROM JAN 5 TO 9’

MALAYSIA is on high alert as it braces for the fourth phase of the flood season, which was anticipated by the National Disaster Management Agency (Nadma) to take place between Jan 5 and 9.

The northeast monsoon is forecast to bring heavy rainfall, heightening the risk of severe and widespread flooding, particularly in the east coast, and western and southern regions of Sarawak.

Nadma director-general Datuk Khairul Shahril Idrus said the monsoon had triggered five surges, four of which resulted in heavy rainfall.

“Although some populated areas were not flooded, the authorities are fully prepared for potential disasters during this phase,” he told the New Straits Times.

He said the northeast monsoon, which typically runs from November to March, posed a considerable flood risk.

“We expect more episodes of heavy rainfall and are maintaining vigilance to mitigate the impact,” he said.

The Malaysian Meteorological Department (Met- Malaysia) is moni- toring weather pat- terns closely and will issue updates on any impending monsoon surges.

While heavy rain had already caused flooding in several states in earlier phases, Khairul said not all monsoon surges led to heavy rainfall in flood-prone areas.

Nadma, he said, had been preparing for this critical phase since the conclusion of the 2023/2024 flood season.

“Preparations included training exercises with relevant agencies and non-governmental organisations (NGOs), ensuring the readiness of assets and responders, and equipping evacuation centres with food and healthcare assistance for flood victims.

“We are also focusing on community engagement in flood-prone areas, improving facilities at evacuation centres, and addressing other critical issues to ensure a swift and effective response should floods occur,” he said.

Nadma had also identified 256 critical slopes, which were closely monitored as part of proactive measures against landslides.

The Welfare Department’s Info Bencana portal indicated that recent floods had led to an increase in evacuees in Selangor and Johor, although the figures remained manageable.

In his New Year message, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim reiterated the government’s commitment to ongoing flood mitigation projects in highrisk areas.

Perak had seen a sharp increase in evacuees, which rose from 52 victims from 11 families on Dec 31, to 380 people from 77 families this afternoon.

In Kelantan, only one relief centre remained open at SK Gual Tok Deh in Rantau Panjang, housing 38 people from 10 families up to 5.30pm yesterday.

In Johor, 69 people from 17 families remained at two relief centres in Kota Tinggi district.

Of these, 42 victims from 12 families were staying at SK Gembut, whereas 27 victims from five families were housed at Balai Raya Kampung Perpat.

MetMalaysia previously issued an alert warning of continuous rain in Kelantan, Terengganu, Pahang, and Johor from Jan 4 to 6, with expectations of further heavy rainfall and potential flooding.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search