SEGAMAT: Sebanyak 76 keluarga di kawasan Parlimen Sekijang yang terjejas akibat ribut pada November lalu, menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) membabitkan peruntukan berjumlah RM76,000, hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata setiap keluarga terbabit memperoleh bantuan RM1,000 sebagai sokongan kewangan untuk meringankan beban mereka.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata, Kerajaan MADANI bukan saja komited mempercepatkan bantuan kepada mangsa bencana, malah turut memperkukuh sistem amaran awal, usaha mitigasi serta kesiapsiagaan dalam menghadapi fenomena cuaca ekstrem yang semakin kerap berlaku.
"Saya turun padang sejurus kejadian ribut itu bagi menilai sendiri keadaan mangsa serta mendengar keluhan mereka.
"Saya juga segera berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merangkap Menteri bertanggungjawab kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), bagi memastikan bantuan ini dapat disalurkan secepat mungkin," katanya pada majlis penyerahan BWI berkenaan di Dewan Komuniti, Pejabat Daerah Segamat.
Dr Zaliha turut memaklumkan bahawa garis panduan BWI oleh NADMA telah dikemas kini bagi meluaskan skop penerima bantuan, hasil perbincangan bersama Ahmad Zahid pada November lalu.
"Sebelum ini, bantuan berkenaan hanya diberi kepada mangsa banjir tetapi kini turut merangkumi mangsa bencana ribut dan banjir kilat.
"Ini adalah langkah proaktif kerajaan dalam usaha memastikan bantuan sampai kepada lebih ramai rakyat yang memerlukan.
"Kita juga berharap inisiatif ini dapat mengurangkan beban penerima serta memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan mereka," katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta masyarakat lebih berwaspada dan peka terhadap amaran cuaca memandangkan kejadian ribut dan bencana alam semakin kerap berlaku akibat perubahan iklim.
"Pada masa sama, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuhkan sistem pengurusan bencana bagi memastikan setiap mangsa mendapat bantuan dengan pantas dan adil," katanya.
Nibong Tebal: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengenal pasti fasiliti sekolah di Sabah dan Sarawak yang terjejas banjir, selain mendapatkan jumlah kos kerosakan sebelum kerja membaik pulih dilaksanakan.
Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya menjangkakan kos pembaikan akan membabitkan peruntukan besar memandangkan banyak fasiliti sekolah terjejas termasuk ada mengalami kerugian total.
Katanya, banyak lokasi tidak pernah banjir sebelum ini, tetapi terjejas kerana situasi di luar jangka.
“Banyak tempat sebenarnya tidak pernah banjir, tetapi berlaku banjir. Dalam hal ini, ada sekolah yang memang total loss dan sekarang ini kita sedang mengenal pasti keseluruhan premis yang terbabit, begitu juga dengan kos (sedang dihitung).
“Kita jangka kos memang sangat besar kerana berdasarkan pemantauan awal menunjukkan premis terbabit banjir ini sangat banyak.
“Pada masa sama, berbaki lagi seminggu sesi persekolahan baharu akan dibuka, kita perlu segera membuat persiapan untuk membereskan (sekolah yang terjejas) supaya persekitaran lebih kondusif,” katanya.
Fadhlina berkata, sekiranya situasi banjir tidak reda apabila sesi persekolahan baharu dibuka, pihak sekolah perlu melaksanakan sistem Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR).
“Bagaimanapun, kita berdoa cuaca akan bertambah baik dan proses pembersihan sekolah dapat kita laksanakan dan operasi sekolah berlangsung seperti biasa,” katanya.
As floodwaters surged around her home in Kampung Ulu Mawao, Membakut, Maria Alex lay helpless, clinging to hope for a miracle to reach her life-saving dialysis treatment.
The 48-year-old, who is partially paralysed, urgently needed medical attention at Beaufort District Hospital. But with roads submerged and flood currents growing stronger, the odds of making it out seemed grim. Then, help arrived.
A team of four Civil Defence Force (APM) personnel answered the distress call, wading through the rising waters to reach her.
Carefully, they lifted Maria onto a stretcher and carried her through the flood-stricken village to their waiting ambulance. She was safely transported to the hospital at 11.09am yesterday.
“She’s safe now, and that’s all that matters,” said one of the rescuers, who braved thigh-deep waters to bring her to safety.
Membakut – a sub-district in Sabah’s southwestern Beaufort district, about 90km from Kota Kinabalu – was officially declared a disaster area at 3pm yesterday.
“Based on reports and on-theground assessments, we are declaring Membakut a disaster area and have activated the Dewan SMK Membakut relief centre to accommodate displaced residents,” announced district officer Ibrahim Terki.
According to the secretariat of the Sabah State Disaster Management Committee, as of 4pm yesterday, 721 residents from 212 families had been displaced, seeking shelter in five relief centres across three flood-hit districts – Beaufort, Kinabatangan and Tambunan.
Beaufort recorded the highest number of evacuees, with 430 people taking refuge in two centres: Dewan Selagon and Dewan Bisaya. In Kinabatangan, 278 evacuees found shelter at SK Sukau and SK Bukit Garam, while 13 residents were relocated to the Tambunan Community Hall relief centre.
Keningau district officer Peter Jonu @ Peter J Moinjil confirmed that two relief centres – Dewan Keningau and Keningau Community Hall – were closed yesterday.
MIRI: Nine Lions Clubs delivered flood relief assistance to some 192 flood-affected families in the northern region yesterday.
Taking part in the ‘Disaster Relief 3.0 Initiative’ were the Lions Clubs of Miri Host, Lions Clubs Miri Central, Lions Clubs Miri Mandarin, Lions Clubs Marudi Mandarin, Lions Clubs Lutong, Lambir, Lions Clubs Batu Niah, Lions Clubs NC Miri Resort City, and Lions Clubs Miri Centennial.
The organising chairperson Faye Chiong said the initiative focused on aid delivery to selected areas that had been severely impacted by the recent floods.
“The volunteers departed from Permy Food Court as early as at 8am using 4WD (fourwheel drive vehicles) to reach families across Miri, Sibuti, Batu Niah, Tudan, Bekenu, and Canada Hill.
“Despite the challenging conditions, they had successfully distributed the aid to 121 families in Sibuti, 65 families in Taman Niah, four families in Tudan, a family in Bekenu, and a resident at Canada Hill here.
“Each household received food essentials such as rice, cooking oil and biscuits, while families with greater needs were given additional support, including baby diapers, milk powder, mattresses, and pillows,” she said.
Also joining the drive was Lions Clubs International District 308-A2 Governor, Annie Ho.
ALOR SETAR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang melakukan siasatan berhubung kejadian letupan kuat luar biasa dari kawasan kuari di Kampung Padang, mukim Sungai Kecil Hilir, Bandar Baharu.
Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, siasatan dijalankan berdasarkan maklumat awam walaupun tiada aduan rasmi daripada penduduk kepada JAS.
Menurutnya, penduduk terlibat sewajarnya membuat laporan terus kepada JAS sekiranya mengesan aktiviti letupan luar biasa dari kawasan kuari batu berhampiran penempatan mereka.
"Saya sudah arahkan pegawai melakukan siasatan ke tempat kejadian. Setakat ini kami tidak menerima aduan daripada penduduk.
“Orang ramai perlu membuat laporan rasmi kepada JAS untuk kami segera lakukan siasatan sejurus mendapat maklumat awal.
“Apabila kejadian berlaku agak lama, sukar untuk kita sahkan kejadian, saya harap penduduk lebih peka dan buat aduan di saluran yang betul selepas ini," katanya di sini pada Jumaat.
Sharifah Zakiah berkata, laporan segera penting bagi membantu JAS melakukan siasatan segera bagi mendapatkan bukti seperti didakwa penduduk.
“Masyarakat perlu ambil serius perkara ini dengan membuat laporan kepada pihak yang tepat, bukannya kepada pihak lain.
"Jika sudah agak lama, bukti pun sukar diperolehi, bongkah itu mungkin sudah diproses kepada batu kecil atau sudah dibawa keluar, jadi mustahak penduduk lapor terus kepada JAS, jika mereka lapor kepada pihak tidak berkaitan, mereka tak boleh siasat," katanya lagi.
Menurutnya, selain JAS, penduduk boleh melaporkan kes seumpama kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk siasatan.
Terdahulu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan negeri Kedah dan pihak berkuasa memberi perhatian serius terhadap letupan kuat luar biasa di Kampung Padang, mukim Sungai Kecil Hilir, Bandar Baharu yang dilaporkan berlaku pada Rabu.
Letupan sekitar 2.15 petang itu dipercayai berpunca daripada aktiviti pemecahan bongkah batu oleh pengusaha kuari yang beroperasi di kampung berkenaan sehingga mengejutkan sebahagian besar penduduk.
Presiden SAM, Meenakshi Raman memaklumkan, kebanyakan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan berdekatan turut mendakwa terkejut dengan letupan kuat sehingga menggegarkan kawasan perumahan mereka.