OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

RM39.1j disalur, banjir Kg. Jawa masih belum selesai

SHAH ALAM: Kawasan Sungai Kandis dalam Parlimen Kota Raja masih dianggap sebagai lokasi berisiko banjir meskipun projek rancangan tebatan banjir (RTB) berjumlah RM39.1 juta dilaksanakan sejak tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Sungai Kandis, Wan Dzahanurin Ahmad berkata, banjir masih melanda terutama perumahan dalam kawasan rendah walaupun kerja menaik taraf parit dan longkang bernilai RM27.94 juta dilaksanakan.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor melaksanakan tiga pusingan tebasan 21.7 kilometer (km) setahun dan 127 projek quick win. Jika standard kerja memadai, mengapa Kampung Jawa masih dilanda banjir?

“Saya menuntut laporan progres fizikal pembersihan su­ngai – berapa kilometer sudah siap, berapa peratus kelodak atau kelalang dikeluarkan. Bukan sekadar kilometer tebasan. Saya menuntut laporan audit bebas ke atas keberkesanan kerja fizikal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Malah beliau mendakwa, Projek Tebatan Banjir Sungai Kandis Fasa 2 dikategorikan sebagai lewat akibat kerja pengalihan utiliti, namun kerja-kerja di kawasan tidak terlibat pengalihan tersebut masih berjalan.

“Data JPS atau Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada November 2023 dan April 2025 masih menyenaraikan Kampung Jawa sebagai kawasan risiko banjir kilat. Exco sendiri akui pada 21 April 2026 banjir masih berlaku dan projek belum memberi impak menyeluruh. Keadaan belum selesai sepenuhnya.

“Namun penduduk mempersoal, jika tiga pusingan tebasan dan dredging sudah dibuat, kenapa Kampung Jawa masih tersenarai kawasan risiko banjir kilat November 2023 dan April 2025?” soalnya.

Pada Oktober 2024, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan negeri digesa menyediakan peruntukan khas bagi mengatasi masalah banjir kilat yang didakwa kerap melanda sembilan buah kampung di Kota Raja di sini, sejak 10 tahun lalu.

Ini kerana masalah banjir kilat di kawasan tersebut dikatakan bukan hanya berlaku pada musim tengkujuh atau air laut pasang, sebaliknya setiap kali hujan lebat dalam tempoh satu hingga dua jam.

Justeru, Wan Dzahanurin menggesa supaya progres dan tarikh siap bagi projek fasa dua itu diedahkan termasuk jadual kerja selain menjelaskan perincian terhadap peruntukan sebanyak RM39.1 juta daripada RM482 juta keseluruhan yang diperuntukkan.

“Audit keberkesanan dan senaraikan pemaju bermasalah serta tindakan yang diambil. Kerajaan negeri perlu melantik wakil penduduk bagi memantau perkembangan projek tersebut dan melaporkan progres fizikal pembersihan sungai di Kampung Jawa.

“Cukup sudah alasan hujan 3,000mm setahun. Penduduk Kampung Jawa mahu rumah kering, bukan sekadar laporan,” tegasnya.

Sebelum ini, terdapat sembilan RTB di Selangor dikenal pasti sebagai projek sakit yang merupakan sebahagian daripada 41 projek dengan peruntukan keseluruhan RM482 juta. – UTUSAN

Pengurusan Risiko Bencana

KUNDASANG: Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) 2026 yang diadakan di Kundasang merupakan platform penting untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan daya tahan komuniti dalam menghadapi bencana alam, terutamanya tanah runtuh dan gempa bumi.

Program yang diadakan di sini pada hari Khamis bertujuan untuk melengkapkan komuniti tempatan dengan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang diperlukan untuk bertindak balas secara berkesan semasa kecemasan, sambil menggalakkan budaya kesiapsiagaan bencana di peringkat akar umbi.

Memandangkan Kundasang dan Ranau terdedah kepada bahaya geologi, inisiatif ini dilihat sebagai usaha yang tepat pada masanya untuk memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, pemimpin tempatan dan penduduk dalam pengurangan dan pengurusan risiko bencana.

Para peserta didedahkan kepada pelbagai aspek kesiapsiagaan bencana, termasuk sistem amaran awal, prosedur tindak balas kecemasan, perancangan pemindahan dan penilaian risiko berasaskan komuniti.

Penganjur melahirkan harapan bahawa program ini akan memperkasakan komuniti tempatan untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam melindungi nyawa dan harta benda semasa situasi bencana.

Program CBDRM juga berfungsi sebagai peringatan tentang kepentingan kesiapsiagaan, terutamanya di daerah yang terus menghadapi risiko yang berkaitan dengan gempa bumi, tanah runtuh dan bencana alam yang lain.

Program yang berlangsung di sini pada hari Khamis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin, yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, institusi, pasukan keselamatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pejabat Daerah Ranau, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Pusat Penyelidikan Bencana Alam (NDRC) UMS, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR), Persatuan Pacuan Empat Roda Ranau (RFWDA) dan Kelab Sukarelawan Mesilou (MEVOC) serta pemimpin komuniti dari kampung-kampung berdekatan.

Antara kandungan utama program ini termasuklah taklimat ringkas tentang peranan agensi dan komuniti dalam pengurusan bencana yang disampaikan oleh NADMA, selain perkongsian tentang bencana tanah runtuh di Sabah oleh NDRC, UMS.

Para peserta juga didedahkan dengan maklumat tentang titik panas tanah runtuh dan pergerakan sesar di Kundasang dan Ranau oleh Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG), selain memahami risiko ancaman gempa bumi di kawasan tersebut.

Sebagai langkah praktikal, program ini turut melibatkan simulasi gempa bumi dan latihan pemetaan risiko bencana tanah runtuh, khususnya, yang memberi peluang kepada peserta untuk mengenal pasti laluan pemindahan, kawasan selamat dan penyediaan “beg ambil” dalam kecemasan.

Di samping itu, sesi latihan pertolongan cemas yang dijalankan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) memberikan pendedahan tentang teknik CPR, pengurusan kecederaan asas sekiranya berlaku bencana.

Slot bersama NGO seperti Persatuan Pemanduan Empat Roda Ranau (RFWDA) dan Kelab Sukarelawan Mesilou (MEVOC) turut memperkukuhkan rangkaian kerjasama komuniti dan agensi penyelamat dalam menangani situasi bencana.

Melalui pendidikan, latihan dan kerjasama yang berterusan, program ini dijangka dapat menyumbang ke arah membina komuniti yang lebih selamat, lebih berdaya tahan dan bersedia menghadapi bencana di Kundasang dan daerah Ranau yang lebih luas.

 

 

 

 

Cuaca panas : Tiga lagi OPA akan dilaksana, kesiapsiagaan dipertingkat

PUTRAJAYA, 9 Jun – Sebanyak tujuh siri Operasi Pembenihan Awan (OPA) melibatkan 27 penerbangan dilaksanakan di beberapa kawasan seluruh negara sejak Februari lalu bagi mengurangkan kesan cuaca panas dan kering susulan fenomena El Nino.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan tiga lagi siri OPA dijadualkan dalam masa terdekat bagi membantu meningkatkan taburan hujan dan paras empangan di kawasan terjejas.

Ketua Pengarahnya, Meor Ismail Meor Akim berkata negara kini berdepan peningkatan risiko fenomena El Nino termasuk kebakaran terbuka, kemarau, jerebu serta keadaan cuaca kering yang berpanjangan.

“Walaupun keadaan semasa masih terkawal, kerajaan tidak memandang ringan perkembangan itu dan semua agensi berkaitan telah diminta bersiap siaga serta mengambil langkah pencegahan lebih awal,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Selain OPA, pemantauan terhadap 83 lokasi titik panas yang dikenal pasti berisiko tinggi berlaku kebakaran terbuka akan dilaksana Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan turut membuat pemantauan situasi El Nino serta mengeluarkan ramalan jerebu dan maklumat risiko kebakaran hutan dari semasa ke semasa.

“Bagi memastikan bekalan air terus terjamin, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diminta mengenal pasti empangan yang memerlukan penyelenggaraan segera.

“Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) pula akan meneliti lebih banyak lokasi sumber air bawah tanah untuk pembinaan telaga tiub,” katanya.

Sementara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) turut memperluas program kesedaran berkaitan kesan cuaca panas dengan tumpuan kepada golongan berisiko serta pelajar sekolah di seluruh negara.

NADMA akan terus memantau perkembangan semasa dan menyelaras tindakan semua agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat sentiasa diberi keutamaan.

NADMA Perkukuh Kesiapsiagaan Nasional Hadapi El Niño dan Monsun Barat Daya

PUTRAJAYA, 9 Jun – Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara susulan jangkaan fenomena El Niño yang dijangka berterusan sehingga awal 2027 dan berpotensi menyebabkan cuaca panas serta kering yang lebih mencabar.

Ketua Pengarah NADMA, Meor Ismail Meor Akim berkata, hasil Mesyuarat Penyelarasan Persediaan Menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) 2026 mendapati negara berdepan peningkatan risiko kebakaran terbuka, kemarau, jerebu dan keadaan cuaca kering berpanjangan.

Menurut beliau, walaupun situasi semasa masih terkawal, kerajaan tidak mengambil mudah ancaman tersebut dan telah mengarahkan semua agensi berkaitan meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta melaksanakan langkah mitigasi lebih awal.

“Langkah ini penting bagi memastikan keselamatan rakyat, kelangsungan bekalan air dan kesejahteraan negara terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Antara tindakan utama yang telah dipersetujui ialah pelaksanaan tujuh siri Operasi Pembenihan Awan (OPA) melibatkan 27 penerbangan sejak Februari lalu meliputi kawasan utara, selatan, timur, Sabah dan Sarawak. Tiga lagi siri operasi dijadualkan dalam masa terdekat bagi membantu meningkatkan taburan hujan dan paras empangan di kawasan terjejas.

Operasi tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia menggunakan pesawat C-130 Hercules, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia menyelaras aspek teknikal dan saintifik pembenihan awan.

Selain itu, MET Malaysia akan terus memantau perkembangan El Niño serta mengeluarkan ramalan jerebu dan maklumat risiko kebakaran hutan melalui Sistem Penarafan Bahaya Kebakaran (FDRS) bagi tempoh tujuh hari ke hadapan.

Bagi mengurangkan risiko kebakaran terbuka, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama Jabatan Alam Sekitar diarahkan memantau 83 lokasi titik panas berisiko tinggi di seluruh negara sepanjang Monsun Barat Daya.

Dalam aspek bekalan air, Jabatan Pengairan dan Saliran diminta mengenal pasti empangan yang memerlukan penyelenggaraan segera, manakala Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia akan menambah lokasi sumber air bawah tanah bagi pembinaan telaga tiub di kawasan berisiko mengalami kekurangan bekalan air.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia akan memperluaskan kempen kesedaran mengenai kesan cuaca panas terhadap kesihatan, khususnya kepada golongan berisiko tinggi, manakala Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan program kesedaran cuaca panas di sekolah-sekolah seluruh negara.

NADMA menegaskan pendekatan keseluruhan kerajaan atau whole-of-government approach kekal menjadi tunjang utama dalam memastikan semua agensi berada pada tahap kesiapsiagaan optimum bagi menghadapi risiko bencana berkaitan cuaca panas dan kering.

Agensi itu turut memberi jaminan akan terus memantau perkembangan semasa serta menyelaras tindakan antara agensi bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Govt steps up El Nino preparedness as hot, dry weather expected until 2027

PUTRAJAYA: The government, through the National Disaster Management Agency (Nadma), is strengthening the country's level of preparedness following forecasts of more challenging hot and dry weather conditions due to the El Nino phenomenon, which is expected to persist until early 2027.

This includes cross-agency cooperation to address any disaster risks arising from the prolonged hot and dry conditions.

Nadma director-general Meor Ismail Meor Akim said that although the situation remains under control, the government is not taking it lightly and has instructed all relevant agencies to enhance their preparedness and implement mitigation measures early to ensure public safety, the continuity of water supply and the nation's well-being.

"Three cloud-seeding operations have been scheduled to be carried out in the near future to help increase rainfall distribution and reservoir levels in affected areas.

"The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) will continue to monitor the situation and issue updates on the El Nino phenomenon throughout the Southwest Monsoon period," he said in a statement today.

MetMalaysia has also been instructed to issue haze forecasts and provide forest fire prediction data generated through the Fire Danger Rating System (FDRS), with projections covering the next seven days, to the Fire and Rescue Department .

Meor Ismail said the fire department has been directed to work with the Department of Environment to continuously monitor 83 hotspots identified as being at high risk of open burning throughout the Southwest Monsoon period as part of early mitigation efforts.

"The Department of Irrigation and Drainage must identify dams requiring maintenance so that the relevant parties can take immediate action, while the Department of Mineral and Geoscience (JMG) must identify additional groundwater source locations for the construction of tube wells as a mitigation measure in water-stressed areas," he said.

On public health, he said the Health Ministry had been tasked with intensifying public awareness campaigns on the health effects of hot weather, particularly among high-risk groups.

At the same time, the Education Ministry has been asked to roll out a nationwide awareness programme on coping with hot weather for school students to enhance awareness and reduce the risks associated with the Southwest Monsoon.

He said the whole-of-government approach remains a key pillar of the Madani Government's efforts to ensure that all relevant agencies maintain an optimum level of preparedness to address any disaster risks arising from hot and dry weather conditions.

"Nadma will continue to monitor developments and coordinate the actions of all relevant agencies to ensure that the safety, well-being and interests of the people remain the top priority," he said.

– Bernama

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search