OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kebocoran gas bawah tanah paksa operasi ladang sawit Kuala Baram dihentikan

MIRI: Semua aktiviti di sebuah ladang sawit di Kuala Baram di sini dihentikan serta-merta selepas kebocoran gas dari bawah tanah dikesan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian berlaku ketika kerja penggerudian pada kedalaman 28.5 meter, sebelum kebocoran dilaporkan pada 3 Oktober lalu, kira-kira jam 10 pagi.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.54 pagi hari ini sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong digerakkan ke lokasi.

"Pemeriksaan awal mendapati bacaan gas menunjukkan penurunan daripada 10 peratus kepada lima peratus, manakala bacaan gas direkodkan pada 30 peratus LEL (Lower Explosive Limit)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Komander Operasi menjalankan penilaian awal sebelum mengarahkan anggota membuat pemantauan serta pemeriksaan secara berterusan di sekitar kawasan kejadian.

Katanya, pengujian gas turut dijalankan semula bagi mendapatkan bacaan terkini dan memastikan tahap keselamatan kawasan terbabit.

"Hasil pengujian semula mendapati bacaan gas menunjukkan lima peratus.

"Sehubungan itu, Komander Operasi mengarahkan semua aktiviti di lokasi dihentikan serta-merta dan melarang sebarang aktiviti dijalankan sehingga keadaan disahkan selamat," katanya.

Menurutnya, tindakan berkenaan diambil sebagai langkah keselamatan susulan kewujudan gas di kawasan kejadian dan bagi mengelakkan sebarang risiko kepada pekerja atau individu yang berada berhampiran lokasi.

Beliau berkata, pemantauan dan pengujian gas akan dijalankan semula pada jam 8 pagi esok. Operasi turut membabitkan Sarawak Energy Berhad dan Geospec Sdn Bhd.

Myanmar warns of power cuts as El Nino heat strains grid

YANGON, Oct 5 — Myanmar warned citizens to expect scheduled power outages starting Monday, saying the electrical grid is being strained by an unseasonable heatwave it blamed on the El Nino weather phenomenon.

Homes and businesses in war-struck Myanmar are regularly plunged into blackouts, some spontaneous and others set on a timetable to ease the burden on the fragile power infrastructure.

Many richer residents use generators or back-up batteries, while the poorer citizens of the tropical nation are left to swelter without fans or air conditioning.

“Due to the effects of severe El Nino conditions, temperatures across the country have risen significantly, resulting in increased electricity consumption,” the energy ministry said.

“To balance electricity consumption with available generation capacity during this period, load management and rotational power distribution will be implemented” starting Monday, said a statement in state media.

El Nino is a natural phenomenon recurring every two to seven years owing to the warming of sea surfaces — bringing worldwide changes in winds, pressure and rainfall patterns.

Global forecasters predict this year’s event will peak at an intensity never observed in the modern era, compounding the effects of manmade climate change which drives extreme weather patterns.

Late last month the southernmost Tanintharyi Region was lashed by rains which caused widespread flooding and killed at least nine people in a landslide.

Myanmar is currently coming to the end of its wet season, when reservoirs feeding the hydropower plants making up the nation’s largest source of electricity generation are filled by plentiful monsoon rains.

The energy ministry said it was “anticipating more significant depletion of water levels in reservoirs at hydropower plants during the coming dry season” which usually runs from October to May.

In a normal year the coming months are generally some of the coolest of the year in Myanmar, seeing a drop in power demand as citizens turn off fans and air conditioners. — AFP 

Indonesia digesa ambil tindakan cegah kebakaran

KUCHING, 5 Okt: Indonesia digesa mengambil langkah lebih tegas bagi mencegah aktiviti pembakaran di Kalimantan yang berpotensi menyumbang kepada kejadian jerebu di Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, Borneo merupakan kawasan yang dikongsi bersama oleh Kalimantan Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak, justeru isu pencemaran rentas sempadan perlu ditangani secara bersama.

Menurutnya, pihak berkuasa Indonesia perlu mengenal pasti individu atau pihak yang melakukan pembakaran terbuka dan mengambil tindakan undang-undang, bukannya menyalahkan faktor angin.

“Jangan salahkan angin. Sebaliknya, kenal pasti mereka yang melakukan pembakaran, cari mereka dan bawa mereka ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bengkel Libat Urus Komuniti Mengenai Penubuhan Kawasan Pemuliharaan Komuniti (CCA) di kawasan Taman Negara Ulu Sebuyau, Sedilu dan Gunung Lesong di Kuching, hari ini.

Snowdan menjelaskan, keadaan jerebu yang melanda Sarawak masih belum reda dan boleh memberi kesan kepada kesihatan khususnya warga emas serta individu yang menghidap asma.

Malah katanya, kebakaran hutan dalam skala besar turut memberi ancaman serius terhadap hidupan liar termasuk risiko kematian dan kehilangan habitat.

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap nasib populasi orang utan susulan kebakaran besar yang berlaku di Kalimantan.

“Saya berasa sedih melihat kebakaran besar di Kalimantan yang menyebabkan banyak orang utan terkorban atau hilang akibat kebakaran.

“Keadaan ini boleh menyebabkan populasi orang utan terus berkurangan dan usaha pemuliharaan perlu diperkukuhkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Snowdan berkata, Sarawak dikurniakan kekayaan alam semula jadi dan biodiversiti yang amat bernilai termasuk kawasan Ulu Sebuyau, Sedilu dan Gunung Lesong yang menjadi habitat penting kepada orang utan Borneo serta pelbagai spesies hidupan liar lain.

Katanya, usaha melindungi khazanah alam berkenaan bukan tanggungjawab satu agensi semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak.

“Oleh itu, tanggungjawab untuk melindungi khazanah ini bukanlah tanggungjawab satu agensi sahaja, tetapi merupakan tanggungjawab kita bersama,” jelasnya.

Beliau berkata, pendekatan CCA amat penting dalam memastikan usaha pemuliharaan dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dengan melibatkan komuniti setempat.

Menurutnya, pemuliharaan bukan hanya tanggungjawab kerajaan atau Sarawak Forestry Corporation, tetapi turut memerlukan penglibatan aktif serta rasa tanggungjawab masyarakat di kawasan berkenaan.-TVS

Many areas still shrouded in haze

PETALING JAYA:
There was little improvement in the haze situation this evening, with 14 locations nationwide recording “unhealthy” air pollutant index (API) readings.

Johor, occupying the top four spots, appeared to have fared the worst as of 6.30pm, with Larkin, Batu Pahat, Pasir Gudang and Kluang recording API readings of 161, 159, 158 and 156, respectively.

They were followed by Cheras, Kuala Lumpur (155), Nilai, Negeri Sembilan (153), Putrajaya (152), Segamat, Johor (152), IPD Serian (152), Tangkak, Johor (124), Bukit Rambai, Melaka (120), Johan Setia, Selangor (118), Kuching, Sarawak (107) and Kota Tinggi, Johor (106).

Fifty-two areas recorded “moderate” API readings of between 53 and 100, and two areas – Balik Pulau, Penang, and Langkawi, Kedah – had “good” readings of 39 and 33, respectively.

API readings of between zero and 50 are categorised as good, 51 to 100 as moderate, 101 to 200 as unhealthy, 201 to 300 as very unhealthy, and 301 and above as hazardous.

Nepal hentikan operasi cari mangsa banjir Bhotekoshi-Trishuli

KATHMANDU: Nepal memutuskan untuk menghentikan fasa mencari dan menyelamat yang dilancarkan susulan banjir dahsyat di sungai Bhotekoshi dan Trishuli pada 26 Ogos lalu selepas harapan untuk menemukan mangsa yang masih hilang semakin tipis 40 hari selepas bencana itu, kata Sekretariat Perdana Menteri pada Isnin, lapor Xinhua.

Mesyuarat Majlis Kebangsaan Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana yang dipengerusikan Perdana Menteri, Balendra Shah, mengarahkan agensi berkaitan mempercepatkan usaha pembinaan semula dan pemulihan, sambil meneruskan hanya operasi mencari yang penting.

Sekretariat itu berkata, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan syor Jawatankuasa Keselamatan Daerah, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Jawatankuasa Eksekutif Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMA) serta hasil pemeriksaan di lapangan.

Seramai 1,455 orang disahkan maut, manakala 5,285 lagi masih hilang setakat 3 Oktober susulan banjir besar itu, menurut NDRRMA.

Mesyuarat itu turut memutuskan untuk mencadangkan peruntukan sebanyak 559.18 bilion rupee Nepal (AS$3.62 bilion) kepada Kementerian Kewangan bagi pelan dan program membina semula serta memulihkan kawasan yang terjejas akibat banjir dan bencana lain berkaitan musim monsun.

Dalam mesyuarat itu, Shah berkata, usaha pengurusan bencana dilaksanakan melalui penyelarasan antara kerajaan persekutuan, kerajaan wilayah dan kerajaan tempatan.

Beliau berkata, usaha pembinaan semula dan pemulihan juga akan dilaksanakan menerusi mekanisme yang sama. – BERNAMA-XINHUA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search