๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐๐ฉ๐ฌ๐ข๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐๐๐
ย
3 Oktober 2024 - Telah berlangsungnya Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2024 yang diadakan di Kota Tinggi , Johor. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.
ย
Dengan kehadiran ramai pengunjung, majlis ini bukan hanya meriah, tetapi juga telah banyak memberi kesedaran tentang kesiapsiagaan menghadapi bencana. Melalui pendekatan menyeluruh kerajaan dan penglibatan komuniti setempat, kita bersama-sama berusaha mengurangkan risiko bencana.
ย
Pelbagai aktiviti dan gimik pelancaran yang menarik telah memeriahkan suasana. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan acara ini! Bersama-sama, kita terus bersatu dan siapsiaga bersama!ย
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bil 2 Tahun 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ญ ๐๐ข๐ฅ ๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
ย
3 Oktober 2024 - YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bilangan 2 bagi tahun 2024 yang turut dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN); dan Agensi-agensi Teknikal serta Agensi-agensi Tindak Balas.
ย
Mesyuarat tersebut bertujuan untuk memaklumkan tentang persiapan oleh agensi-agensi Kerajaan bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut 2024/2025.
ย
Di akhir mesyuarat, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi turut berharap agar NADMA dapat melihat mekanisme pengurusan pasca bencana dengan mengambil kira peranan agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat industri berkaitan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan penduduk setempat.
ย
Untuk mengetahui laporan terkini dan sahih berkaitan bencana, orang ramai boleh layari www.portalbencana.nadma.gov.my
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Pengurusan Peperiksaan Awam Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN | 2 OKTOBER 2024 | PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC)
ย
Mesyuarat kali ini bertujuan untuk menyelaraskan langkah-langkah persediaan menghadapi situasi kecemasan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan awam mengikut jadual yang ditetapkan.
ย
Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA untuk menyampaikan taklimat berkaitan pengurusan menghadapi situasi kecemasan bencana yang berhubung dengan langkah-langkah persediaan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan kepada ahli mesyuarat.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah Bil.3/2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI (JPBN) SABAH BIL.3/2024 | 1 OKTOBER 2024 | Bilik Mesyuarat Utama, Menara Kinabalu, Sabah
ย
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Sr.Hj Safar Bin Untong JP, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Nadma dan pegawai-pegawai agensi Negeri Sabah. Sesi perbincangan kali ini membincangkan gerak kerja dan kesiapsiagaan pelbagai agensi dalam Pengurusan Bencana di Daerah.
Lawatan Tapak Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di Sekolah Kebangsaan Seri Medan, Batu Pahat, Johor
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
LAWATAN TAPAK PUSAT PEMINDAHAN KEKAL BENCANA (PPKB) DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MEDAN, BATU PAHAT, JOHOR | 1 OKTOBER 2024
ย
Satu sesi lawatan tapak pemantauan projek pembinaan PPKB SK. Seri Medan, Batu Pahat, Johor telah diadakan pada hari ini yang diketuai oleh YBrs. Ir. Haji Malek Bin Hisham, Pengarah Seksyen Teknikal & Infrastruktur (STI) bersama pegawai-pegawai STI dan wakil JKR Batu Pahat.
ย
PPKB adalah salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk kemudahan dan keselesaan kepada mangsa yang ditimpa bencana. PPKB didalam kawasan sekolah atau lokasi strategik adalah bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan PPKB sebagai serampang dua mata iaitu sebagai pusat pemindahan mangsa bencana dan juga sebagai tempat untuk aktiviti pelajar atau komuniti setempat semasa tidak berlaku bencana.
