OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

4 September 2023 ~ YB Datuk Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) telah menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan program Jerayawara One ASEAN, One Response (OAOR) bertempat di JEN Penang Georgetown Hotel, Pulau Pinang.

Jerayawara ini adalah anjuran bersama di antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang dengan Kerjasama daripada ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on disaster management (AHA Centre). lanya disertai wakil-wakil daripada Kementerian dan agensi berkaitan pengurusan bencana di peringkat negeri Pulau Pinang serta di peringkat Persekutuan.

Selain itu, program turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil Kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi daripada negara-negara ASEAN, United Nations Development Programme (UNDP), Kesatuan Eropah, Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea. Secara keseluruhannya, kehadiran dianggarkan seramai 150 orang.

Objektif utama Jerayawara ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai visi dan mekanisme OAOR yang telah dibentuk di peringkat serantau ASEAN serta kebolehoperasian (interoperability) mekanisme ASEAN dengan mekanisme Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di dalam bantuan kemanusiaan dan bencana (Humanitarian Assistance and Disaster Relief - HADR).

Program jerayawara ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Kerja ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) yang perlu dilaksanakan oleh setiap negara ahli ASEAN selaku ahli ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) melalui badan pengurusan bencana (National Disaster Management Organisation - NDMO) masing-masing. Malaysia merupakan negara keempat selepas Brunei Darussalam, Indonesia dan Singapura untuk menganjurkan program ini.

Previous Next

1 September 2023 - Sesi Penyerahan Sumbangan Bantuan Khas kepada Mangsa Nahas Pesawat N28JV yang Terhempas di Elmina 8, Seksyen U16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah NADMA pada 1 September 2023.

Pada 17 Ogos 2023, sebuah pesawat Beechcraft Model 390 terhempas berhampiran perbandaran Elmina di Shah Alam, Selangor. Seramai 10 orang mangsa telah terlibat dengan insiden tersebut. Mangsa terdiri daripada enam penumpang dan dua anak kapal pesawat, serta seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu yang melalui kawasan itu. Ekoran daripada itu, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara telah salurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan nahas tersebut. 

Previous Next

29 Ogos 2023 - Program 5th EMAS TOPCOM XI telah diadakan pada 28 dan 29 Ogos 2023 di KLCC. Program ini diadakan sekali setahun yang dianjurkan oleh KKM, CEP (College of Emergency Physician) & 26 Hospital Selayang dengan kerjasama agensi - agensi lain.

Program ini dihadiri oleh Dr Ajantha a/p Segarmurthy, Timbalan Pengarah, Seksyen Penyelarasan Operasi, NADMA selaku Speaker. Turut hadir tiga orang pegawai iaitu En Sapian bin Mamat, Mej Wazirudin bin Mahfot @ Mahbott dan Puan Anis Syarafina binti Apandi selaku peserta.

Table Top Exercise (TTX) telah diadakan pada 29 Ogos 2023 pada sebelah pagi. Pada sebelah petang diadakan Disaster Demonstration Exercise (DDX). Senario menjurus kepada letupan bahan kimia.

Previous Next

29 Ogos 2023 ~ YBhg. Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Bin Idrus telah menghadiri Lawatan Tapak dan Mesyuarat Status Kerja Baikpulih Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir (SJSM) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Bin Ali. Turut hadir bersama adalah Pengarah STI, Ir. Hj Malek Bin Hisham.

Penerangan status baikpulih Stesen Janaelektrik yang mengalami kerosakan akibat runtuhan cerun pada 27 Feb 2022 yang lepas dibentangkan oleh Tenaga Nasional Malaysia Berhad dan status keadaan cerun semasa dibentangkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search