Perjumpaan Rasmi Bersama Kedutaan Filipina bersama Wakil Pegawai NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
29 Feb 2024 - An informal meeting between officers of NADMA Malaysia and officers from the Embassy of the Philippines in Kuala Lumpur was held on 29 February 2024 to discuss on the possible collaboration of mutual interest in disaster preparedness and response.
The Embassy of the Philippines was led by Mr Leandro Luiz Manantan, Second Secretary and Consul whilst NADMA Malaysia was led by Senior Principal Assistant Director (Policy) and accompanied by Principal Assistant Director (Operations Coordination) and Senior Assistant Director (Policy).
The Embassy has expressed their interest to learn and work closely with NADMA Malaysia to enhance disaster preparedness and response strategies for both countries. NADMA Malaysia also shared the same interest and welcomes these initiatives.
The meeting in principal agreed to pursue the establishment of MOU to concretize cooperation in disaster management.
Operasi Pembenihan Awan (Opa) Di Kawasan EmpanganTeluk Bahang dan Air Itam, Pulau Pinang dan Empangan Bukit Merah, Perak
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
26 Februari 2024 - Sekitar sesi perbincangan dua hala antara Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Jebat, Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada pagi tadi.
Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim Bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya APM bersama YBhg Datuk Khairul Shahril Bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA serta barisan pengurusan tertinggi antara APM dan NADMA. Perbincangan dua hala ini memfokuskan kerjasama, pengetahuan, pengembangan dan teknikal yang dapat diberikan kepada kedua-dua belah pihak.
20 Februari 2024, Luang Prabang, Lao PDR - Capacity Building on Protection, Gender and Inclusion telah diadakan selama dua (2) hari pada 19-20 Februari 2024. Bengkel ini merupakan bengkel di bawah program ASEAN-PRIME; ASEAN Protection, Resilience and Inclusion for Multi-Hazard Emergencies.
Bengkel ini dihadiri oleh ahli ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) Working Group on Prevention and Mitigation, Senior Officials Meeting on Social Welfare and Development (SOMSWD), ASEAN Committee on Women (ACW), Sekretariat ASEAN, AHA Centre, UN Women dan RedR Australian Aid.
NADMA selaku ACDM Malaysia telah diwakili oleh Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Dasar dan Perancangan, NADMA. Turut hadir wakil daripada KPWKM selaku ACW dan JKM selaku SOMSWD
Sesi Libat Urus Semakan Draf Dasar Nasional Pengurangan Risiko Bencana 2024–2030 Bersama Pihak Berkepentingan Di Peringkat Persekutuan Dan Negeri
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
20 Feb 2024, Selasa - Telah berlangsung Sesi Libat Urus Semakan Draf Dasar Nasional Pengurangan Risiko Bencana 2024-2030 bersama pihak berkepentingan di peringkat persekutuan dan negeri di Dewan Wawasan Markas SMART. Sesi libat urus ini telah dihadiri 70 orang pegawai kanan wakil daripada peringkat persekutuan dan negeri bagi sama-sama meneliti dan memberi cadangan penambahbaikan ke atas draf Dasar Nasional Pengurangan Risiko Bencana 2024-2030 sebelum dimuktamadkan.
Sesi libat urus ini merupakan fasa akhir sebelum draf dasar nasional ini dimuktamadkan dan seterusnya dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang di jangka pada bulan Mac 2024.
