OPERASI PEMBENIHAN AWAN (OPA) DI KEDAH DAN PERAK | 30 Julai 2024
OPA ini dilaksanakan untuk meningkatkan paras air Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah bagi tujuan pertanian dan kegunaan air domestik. Operasi ini dijalankan selama tiga (3) hari, bermula pada 29 hingga 31 Julai 2024.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penyertaan Malaysia Dalam Rundingan Antarabangsa Bagi Pindaan Bersasar Kepada International Health Regulations (2005) Bil. 2/2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
30 Julai 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penyertaan Malaysia Dalam Rundingan Antarabangsa Bagi Pindaan Bersasar Kepada International Health Regulations (2005) Bil. 2/2024 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Mesyuarat ini diadakan bagi meneliti penyelarasan peraturan dan undang-undang sedia ada. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil NADMA iaitu Dr Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi.
Mesyuarat Penyelarasan Badan Penderma Rakan NADMA 2024 | 24 Julai 2024 | Markas Pasukan SMART, Puchong
Mesyuarat Penyelarasan Badan Penderma Rakan NADMA 2024 ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA. Mesyuarat ini diadakan adalah untuk pihak NADMA berkongsi maklumat berkaitan program serta aktiviti berkaitan pengurusan bencana yang sedang dan akan dilaksanakan oleh NADMA kepada semua badan-badan penderma.
Melalui mesyuarat ini jua diharapkan kerjasama dan penyelarasan pengagihan sumbangan oleh Badan Penderma dapat diselaraskan dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu, pihak NADMA turut membentangkan mengenai Sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) oleh Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan Program Pemerkasaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) oleh Seksyen Teknikal dan Infrastruktur NADMA.
Kursus Pengenalan Pengurusan Bencana Bersama Crisis, Preparedness And Response Centre (CPRC) Negeri Bagi Tahun 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kursus Pengenalan Pengurusan Bencana Bersama Crisis, Preparedness And Response Centre (CPRC) Negeri Bagi Tahun 2024 | 23 Julai 2024 | Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Sedang berlangsung Kursus Pengenalan Pengurusan Bencana Bersama Crisis, Preparedness And Response Centre (CPRC) Negeri Bagi Tahun 2024 anjuran Sektor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis Dan Kecemasan, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kursus ini bertujuan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan serta memberikan pendedahan anggota CPRC di negeri dalam menguruskan bencana, wabak, krisis dan kecemasan. Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah dijemput sebagai penceramah dengan tajuknya Pelan Pengurusan Bencana Negara.
Sesi Naziran Agihan Aset Serta Barangan Bantuan NADMA Oleh Seksyen Logistik NADMA di Negeri Kedah
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 Julai 2024 - Telah berlangsung sesi naziran agihan aset serta barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) oleh Seksyen Logistik NADMA di Negeri Kedah. Turut dihadiri YBrs. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA dan YDH. DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA.
Sesi perbincangan dan naziran ini adalah bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi sewaktu di lapangan ketika beberapa episod banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024.
Naziran ini melibatkan sesi pengauditan data inventori dan penyimpanan fizikal aset-aset bantuan, serta turut merangkumi sesi perbincangan bersama pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana di setiap Negeri, terutamanya Pengerusi (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri), Komander Operasi Bencana Negeri (PDRM Negeri), Sekretariat (APM Negeri), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri dan Jabatan Kerja Raya selaku Agensi Peneraju Kumpulan Kerja Sokongan Logistik.
