Majlis Simbolik Perasmian Penyerahan Sumbangan Keperluan Bagi Projek CB4DR
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional yang diadakan pada Oktober setiap tahun, Seksyen Penyelarasan Operasi telah bekerjasama dengan PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam pelaksanaan projek Clothing Bank for Disaster Relief (CB4DR) bagi pengumpulan sumbangan untuk mangsa-mangsa bencana. Ia bertujuan untuk memupuk budaya pengurusan risiko bencana di semua peringkat pentadbiran dan lapisan masyarakat. Projek ini dilaksanakan bermula pada 18 Oktober hingga 16 November 2022.
Majlis Simbolik Perasmian Penyerahan Sumbangan telah diadakan di Dewan Wawasan, Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) pada 8 November 2022 yang dirasmikan Pengerusi PUSPANITA JPM, Datin Sri Siti Azlina binti Ahmad.
Turut hadir bagi menjayakan majlis ini adalah YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus (Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Pasca Bencana), YBrs. Encik Jamil Derus bin Ahmad (Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Perancangan Bencana), YBrs. Encik Meor Ismail bin Meor Akim (Timbalan Ketua Pengarah Operasi), Dr. Ajantha a/p Segarmurthy (Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi merangkap Pengarah Projek) dan Puan Norsyahidah binti Samion (Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil NADMA).
Petugas barisan hadapan dan mangsa-mangsa bencana banjir terus disantuni dalam Program Agihan Sumbangan Serunding dan Pek Daging Korban (Ready-To-Eat)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Taklimat Persediaan Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 bersama Rakan NADMA bertempat di Markas Pasukan SMART, Pulau Meranti, Cyberjaya.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Seminar Disaster Management Working Group (DMWG) di Timah Tasoh Lake Resort, Perlis.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Majlis Pelepasan Pengedaran Kit Makanan Monsun Timur Laut Bagi Tahun 2022/2023
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
