Lawatan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) ke Batu Pahat, Johor.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 Mac 2023 - Lawatan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) ke Batu Pahat, Johor. Lawatan turut meliputi kawasan pengepaman air di Parit Jelutung. YB Menteri juga telah berkesempatan meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Seri Teluk di samping menyantuni 5 buah rumah penduduk kampung yang terjejas akibat banjir di Kg. Parit Yaani. Tidak ketinggalan YB Menteri juga sempat beramah mesra bersama para petugas pasca banjir di daerah itu.
Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada Ketua Pengarah NADMA.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan hormat Major General Bret D. Daugherty, Adjutant General Washington State National Guard (WANG) ke atas Ketua Pengarah NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
10 Mac 2023 - Kunjungan hormat Major General Bret D. Daugherty, Adjutant General Washington State National Guard (WANG) membincangkan peluang kerjasama dan kolaborasi pintar dalam pengurusan bencana terutama dalam aspek civil-military coordination dalam bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR), latihan mencari dan menyelamat (SAR) serta perancangan program anjuran bersama 2023-2028.
9 Mac 2023 ~ Lawatan kerja pada pagi ini adalah bertujuan untuk berkongsi secara dua hala antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengenai pengurusan krisis dan kesinambungan operasi bencana.
Majlis Penyerahan Kenderaan Nissan NAVARA 2.5 oleh MARDI Corps & Penyerahan Sijil Pengiktirafan "The Largest Integrated Quarantine & Treatment Center" oleh Malaysia Book of Record
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mac 2023 - Petang tadi telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Kenderaan Nissan NAVARA 2.5 oleh MARDi Corps & Penyerahan Sijil Pengiktirafan "The Largest Integrated Quarantine & Treatment Center" oleh Malaysia Book of Record bertempat di Markas SMART Pulau Meranti.
MARDICorp menyumpangkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda Nissan Navara kepada NADMA untuk kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana mendatang dan operasi bantuan pada masa akan datang. Penggunaan aset yang disumbangkan ini diharapkan juga dapat membantu dalam menghadapi misi-misi bantuan seperti misi bantuan banjir, saluran bantuan makanan ke kawasan pedalaman, menjalankan kerja-kerja kawasan terpencil yang tidak dapat diakses oleh kenderaan berat dan lain-lain lagi.
Upacara penyerahan kenderaan ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MARDICorp, Zaidi Shahrim kepada Ketua Pengarah NADMA, YBhg Datuk Khairul Shahril Bin Idrus di Ibu Pejabat SMART.
