OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

26 Julai 2023 - Seminar Pengurusan Bencana Disaster Management Working Group (DMWG) MAL-THAI merupakan program bilateral yang diadakan dua kali setahun secara bergilir antara Malaysia dan Thailand. Seminar ini merupakan salah satu program dan inisiatif bagi tahun 2023 oleh Kumpulan Kerja Pengurusan Bencana (DMWG) Malaysia/Thailand berlandaskan kepada arahan-arahan yang dikeluarkan bagi mencapai objektif perjanjian 18 Mei 2000 yang telah termeterai antara Kerajaan Malaysia dan Thailand. Seminar ini telah diadakan di Kroh Hot Spring And Riverview, Pengkalan Hulu, Perak pada 26 Julai 2023.

Seminar ini dihadiri oleh En Addyhanis bin Ahamad, Pengarah, Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), NADMA selaku Pengerusi DMWG Malaysia (MJC), En Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah NDCC, NADMA selaku penceramah dan Mej Wazirudin bin Mahfot @ Mahbott, Penolong Pengarah Kanan (SPeO), selaku urusetia. Seramai 20 wakil agensi daripada Malaysia yang turut hadir dalam seminar ini adalah agensi-agensi dari Negeri Perak seperti PDRM, ATM, JBPM, APM, KKM, Kastam, Imigresen, JKM, PBSM dan MKN Negeri. Seramai 19 delegasi daripada Thailand turut hadir pada seminar ini. Pihak Malaysia-Thailand Border Coordination Office (MTBCO) selaku urusetia bagi seminar ini.

Acara pembukaan dirasmikan oleh Mr Eak Youngapai Na Songkla (District Officer of Betong). Manakala acara penutup dirasmikan oleh En Addyhanis bin Ahmad (Pengarah SPeO, NADMA). Seminar ini memfokuskan kepada bencana tanah runtuh bagi kawasan Pengkalan Hulu, Perak (Malaysia) dan Betong, Yala (Thailand). Ceramah bertajuk "Pengurusan Risiko Tanah Runtuh" yang disampaikan oleh Dr Ferdaus bin Ahmad dari JMG. Manakala ceramah bertajuk "Fungsi dan Peranan NDCC" disampaikan oleh En Nazaruddin bin Sharaai (Pengarah NDCC NADMA).

Previous Next

25 Julai 2023- Majlis Penganugerahan ’Pingat Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana’ yang julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai jasa, bakti serta pengorbanan anggota-anggota penyelamat yang telah menyertai misi bantuan kemanusiaan dan bencana di Turkiye. Pemberian pingat ini merupakan satu pembaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan susulan daripada pengumuman YAB Perdana Menteri di Parlimen pada 16 Februari 2023 yang lalu bagi mengiktiraf peranan yang disumbangkan oleh wira-wira negara sewaktu berada di Turkiye. Anggota yang terlibat dalam misi tersebut terdiri daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di bawah NADMA, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Majlis pada hari ini telah meraikan seramai 248 anggota daripada jumlah keseluruhan 250 anggota yang terlibat dalam misi penting negara dan pada masa yang sama, majlis turut meraikan seramai 133 pasangan (suami/isteri) yang berkesempatan hadir. Sesungguhnya, peranan ahli keluarga dalam memberikan sokongan, dokongan dan semangat kepada seluruh anggota amatlah dihargai oleh pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.

Previous Next

Sesi Pembentangan Projek Home Alert Disaster System (HAD-SYS) bagi Pertandingan Kumpulan Invovatif dan Kreatif (KIK) dari APM Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh Tuan Mohd Khairi (Ketua Pengarah Logistik). Turut serta wakil daris setiap seksyen. Antaranya ialah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur, Sesksyen Pelaksanaan dan Penyelarasan Operasi dan Seksyen Pembangunan Kemuniti dan Sosial.

Previous Next

18 Julai 2023 - Satu sesi libat urus YB Menteri, Datuk Armizan Bin Mohd Ali bersama Rakan Media dan Rakan Agensi telah diadakan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya. Sesi libat urus tersebut diadakan bertujuan untuk menghargai jasa dan bakti rakan media dalam usaha menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Selain itu, sesi libat urus ini  juga bertujuan untuk menyampaikan secara terus kepada wakil-wakil media yang hadir mengenai situasi semasa Monsun Barat Daya (MBD) tahun 2023 dan kemungkinan El Nino serta langkah-langkah yang telah dan akan diambil Kerajaan dalam menghadapi situasi cuaca panas dan kering yang membawa beberapa risiko meliputi jerebu, kekurangan bekalan air, kesihatan awam dan sekuriti makanan.  Juesteru, sesi ini juga adalah sebagai pengiktirafan peranan yang dimainkan oleh media untuk menyampaikan berita-berita dan maklumat kepada rakyat.

Previous Next

17 Julai 2023 - Sesi Taklimat Eksekutif kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) berhubung situasi semasa dan tindakan menghadapi Musim Monsun Barat Daya, yang melibatkan 9 agensi berkaitan pengurusan bencana iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search