OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

BENGKEL LIBAT URUS PENYELARASAN PELAN TINDAKAN DASAR PENGURANGAN RISIKO BENCANA NEGARA (DRR) | 6โ€“8 FEBRUARI 2026

๐Ÿ“Noble Resort Hotel , Melaka
ย 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (SEADPRI-UKM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Libat Urus Penyelarasan Pelan Tindakan DRR selama 3 hari untuk mengumpul maklum balas, input dan cadangan teknikal bagi penyediaan Pelan Tindakan DRR.
ย 
Seramai 59 peserta yang terdiri daripada wakil Kementerian, Jabatan, Agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah mengambil bahagian dan memperincikan senarai inisiatif, aktiviti dan sasaran khusus berpandukan lima (5) Teras Strategik Dasar bagi mencapai enam (6) Sasaran Utama DRR menjelang tahun 2030.
ย 
Bengkel ini turut membincang dan menyelaras peranan dan tanggungjawab Kementerian, Jabatan, Agensi Persekutuan serta Kerajaan Negeri supaya lebih jelas fungsi, peranan dan bidang kuasa masing-masing.
ย 
Penyediaan Pelan Tindakan DRR sebagai _living document yang komprehensif dan berimpak tinggi ini jelas menunjukkan sokong penuh semua pihak kepada usaha Kerajaan baik di peringkat pusat, negeri dan daerah. Usaha ini selaras dengan Kerangka Kerja Sendai bagi Pengurangan Risiko Bencana 2015โ€“2030 di peringkat global.
ย 
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar).
Previous Next

PASUKAN SMART TERJUNAI LATIHAN JURULATIH TINDAK BALAS KECEMASAN DI THAILAND | 2โ€“6 FEBRUARI 2026

๐Ÿ“Pusat Latihan DDPM, Pathum Thani, Thailand
ย 
Pasukan SMART Malaysia terus membuktikan kepakaran mereka diiktiraf peringkat antarabangsa apabila dijemput untuk mengendalikan Kursus ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด (๐˜›๐˜ฐ๐˜›) Tindak Balas Kecemasan Siri 1 kepada 24 pegawai dan anggota Department of Disaster Prevention and Mitigation (DDPM), Thailand.
ย 
Seramai 12 ๐˜š๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ซ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ต ๐˜”๐˜ข๐˜ต๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜Œ๐˜น๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ด (๐˜š๐˜”๐˜Œ) Pasukan SMART yang diketuai oleh Inspektor Abdullah Ahmad Sobri telah dihantar untuk menjadi jurulatih untuk membuat perkongsian serta menjalankan latihan yang intensif. Latihan ini memberi fokus kepada bidang ๐˜œ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ๐˜ค๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ค๐˜ถ๐˜ฆ (๐˜œ๐˜š๐˜ˆ๐˜™) merangkumi kemahiran teknikal, kompetensi jurulatih serta pendekatan latihan berkesan bagi membangunkan kompetensi jurulatih profesional.
ย 
Modul latihan yang diterapkan menekankan pembangunan keupayaan melatih (๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด) secara berstruktur dan praktikal, bagi memastikan perkongsian ilmu dan kemahiran USAR dapat diaplikasi secara cekap dan berkesan.
ย 
Timbalan Ketua Pengarah DDPM Thailand telah hadir semasa majlis penutupan kursus. Perkongsian kepakaran yang dibuat oleh Pasukan SMART ini dilihat terus mengukuhkan hubungan diplomatik serta kerjasama serantau antara Malaysia dan Thailand.
Previous Next

MAJLIS GRADUASI PEMBANGUNAN KEPAKARAN DAN PERUNDING KEPAKARAN KERAJAAN (PRESTIJ): PROGRAM PENGURUSAN BENCANA (DMP) SIRI PERTAMA | 6 FEBRUARI 2026

๐Ÿ“ IEG Campus, Kuala Lumpur
ย 
Seramai 19 peserta PRESTIJ: DMP telah berjaya menamatkan program dan dianugerahkan kelayakan Specialist Gred A (Pakar), sekali gus melahirkan kumpulan pakar pengurusan bencana berkelayakan bertaraf antarabangsa.
ย 
Pengumuman kejayaan ini telah dibuat oleh Assoc. Prof. Numada Muneyoshi, ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜Š๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ (DMTC), Universiti Tokyo semasa Majlis Graduasi PRESTIJ: DMP.
ย 
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datoโ€™ Jamalulail bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA selaku tetamu kehormat yang menyampaikan Sijil Kepakaran yang diiktiraf Kerajaan Jepun kepada para graduan. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA, Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, mewakili NADMA.
ย 
Program PRESTIJ: DMP Siri Pertama telah dilaksanakan selama 6 bulan (1 bulan di Malaysia dan 5 bulan di Jepun) menerusi kerjasama strategik antara JPA, NADMA, IEG Campus dan DMTC, Universiti Tokyo.
ย 
DMTC, Universiti Tokyo menawarkan tiga tahap pengkhususan iaitu Specialist Gred C (Asas), Gred B (Pertengahan) dan Gred A (Pakar), selari dengan tahap kompetensi dan skop sumbangan dalam pengurusan bencana. Justeru, program ini dirangka bagi melahirkan pakar pengurusan bencana yang mampu bertindak sebagai konsultan dan perunding strategik.
ย 
Program pembangunan kapasiti pegawai ini wajar diteruskan di semua peringkat sebagai usaha memperkukuh kesiapsiagaan dalam pengurusan bencana negara.
Previous Next

SESI PRE COUNCIL BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI DI PARLIMEN MALAYSIA | 5 FEBRUARI 2026

Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim bersama delegasi NADMA telah menghadiri sesi ๐˜—๐˜ณ๐˜ฆ-๐˜Š๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ช๐˜ญ bersama YAB Timbalan Perdana Menteri bagi Sesi penggulungan Perbahasan Titah Diraja 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
ย 
Sesi ini adalah bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan berkaitan NADMA seperti peruntukan dan penyaluran bantuan bencana, pemerkasaan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi bencana serta isu keselamatan digital dan kedaulatan teknologi. Ini bagi membolehkan YAB Timbalan Perdana Menteri menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parlimen.
Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT NAIB PRESIDEN KUMPULAN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR (HSSE) PETRONAS KE NADMA | 5 FEBRUARI 2026

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tuan Meor Ismail Meor Akim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tuan Zamri Japar, Naib Presiden Kumpulan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE), PETRONAS bertempat di pejabat beliau.
ย 
Kunjungan ini memberi tumpuan kepada perbincangan kerjasama strategik merangkumi aspek kesiapsiagaan, tindak balas serta pengurangan risiko bencana.
ย 
Pertemuan ini turut menjadi wadah penting dalam mengukuhkan sinergi antara agensi Kerajaan dan sektor korporat dalam usaha memastikan pengurangan risiko bencana serta kesiapsiagaan komuniti terus diperkasa.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search