OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun pagi ini

Johor Bahru: Jumlah mangsa banjir di Johor menurun hari ini, dengan 309 orang daripada 104 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi, berbanding 318 orang daripada 107 keluarga direkodkan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan hari ini, berkata kesemua mangsa dari Batu Pahat dan ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading.

"Mereka adalah penduduk Kampung Baharu Sri Gading, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan," katanya.

Beliau berkata laporan menunjukkan Sungai Senggarang, Batu Pahat masih berada pada paras amaran dengan bacaan 3.18 meter manakala Sungai Batu Pahat merekodkan paras waspada dengan bacaan 2.30 meter.

Kebakaran saluran gas Putra Heights: Usaha stabilkan tanah dipergiat pagi ini

KUALA LUMPUR - Usaha mengenal pasti punca kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya diteruskan hari ini dengan kerja-kerja menstabilkan tanah di lokasi utama kejadian melalui pemasangan pancang.

Operasi yang bermula sejak petang semalam diteruskan sepanjang malam dan awal pagi tadi, serta dijangka selesai menjelang petang ini bagi mempercepatkan penyelesaian laporan siasatan kejadian tersebut.

Kebakaran dan letupan paip gas yang berlaku pada Selasa lepas telah menyebabkan perubahan landskap di lokasi utama kejadian, atau 'ground zero', dengan terbentuknya kawah sedalam lapan meter dan berkeluasan 70 x 80 meter.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasukan penyiasat menambah dua jentera pengorek bagi mempercepat kerja menstabilkan tanah yang lembut di lokasi kejadian, selain turut menjalankan operasi itu tanpa henti selama 24 jam.

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga komited dalam usaha mengenal pasti punca kejadian dengan mengkaji pelbagai faktor, termasuk sudut mekanikal, alam sekitar, operasi, dan keselamatan.

Hari ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijadualkan mengadakan sidang media berhubung kejadian itu di bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor pada jam 4.30 petang.

Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan sekitar Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya mendapati terdapat pergerakan keluar masuk kenderaan ke ‘groud zero’ terdiri daripada pasukan penyelamat dan penyiasat serta penduduk yang terkesan.

Penduduk dibenarkan memasuki kawasan berkenaan untuk membawa kontraktor membaiki rumah atau mengeluarkan perabot serta barang lain yang masih boleh digunakan, namun mereka perlu mendapatkan pas kebenaran daripada pihak berkuasa.

Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada jam 8.10 pagi Selasa lepas, menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kejadian itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 rumah separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar manakala sebanyak 218 rumah tidak terjejas. - Bernama

Kerajaan Persekutuan salur bantuan bencana RM14.7 juta kepada Selangor

PUTRAJAYA - Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah menyalurkan peruntukan bantuan bencana kepada Kerajaan Selangor berjumlah RM14.7 juta bagi tahun ini.

Ketua Pengarah Nadma, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, peruntukan itu bagi pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana dan BWI Kematian sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa bencana yang kehilangan nyawa.

Beliau berkata, bantuan berkenaan turut disediakan bagi membantu KIR mangsa bencana yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya minggu lepas.

"Pejabat Daerah dan Tanah Petaling selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan mengagihkan bantuan berdasarkan senarai nama KIR mangsa bencana yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

 

Selain itu, Khairul Shahril berkata, setiap rumah yang terkesan akibat bencana ini turut menerima bantuan tunai berjumlah RM10,000 yang disalurkan kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya, iaitu RM5,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM5,000 daripada Petronas.

"Pemilik yang rumahnya separa musnah menerima sumbangan sebanyak RM5,000, iaitu RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM2,500 daripada Petronas,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor turut bersetuju memberikan bantuan sewaan sebanyak RM2,000 sebulan selama enam bulan kepada setiap keluarga yang terkesan untuk menyewa rumah sementara kediaman mereka diperbaiki ataupun dibina semula.

"Peruntukan ini mencerminkan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada mangsa-mangsa bencana di Putra Heights. Bagi melicinkan proses pengagihan bantuan, semua sumbangan hendaklah disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor,” katanya.

Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada jam 8.10 pagi Selasa minggu lepas mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. - Bernama

 

Penduduk terjejas letupan paip gas masih trauma, keliru mengenai masa depan - Tunku Puteri Intan Shafinaz

SUBANG JAYA: Penduduk yang sedang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat kerosakan rumah kerana letupan paip gas bawah tanah dekat Putra Heights di sini, masih keliru serta runsing mengenai masa depan mereka.

Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah, berkata antara yang menjadi kerisauan utama mereka adalah mengenai tempat tinggal untuk meneruskan kehidupan.

 

"Antara yang menjadi kerisauan mereka seperti di mana mereka akan tinggal, nak cari rumah sewa yang sesuai untuk anak dan ada yang risau mengenai situasi ibu bapa yang masih di hospital.

"Ada juga anak-anak yang masih trauma dan susah hati akibat ketiadaan barangan termasuk permainan dan barangan keperluan yang mana memang perkara biasa untuk bencana seperti ini," katanya.

Tunku Puteri Intan Safinaz berkongsi luahan penduduk terbabit kepada pemberita selepas melawat penduduk terjejas di PPS Masjid Putra Heights di sini hari ini.

Susulan beliau meminta agensi kerajaan terus bekerjasama dalam memberi sokongan terhadap keperluan jangka masa panjang mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights, di sini.

Katanya, ketika ini beliau melihat kerjasama baik di antara agensi kerajaan dalam memberi sokongan jangka pendek yang diperlukan mangsa seperti infrastruktur, dokumentasi dan sebagainya.

Susulan itu, beliau mengharapkan kesinambungan kerjasama itu diteruskan di masa hadapan, termasuk sokongan terhadap keperluan mangsa bagi tempoh jangka masa panjang.

"Keperluan jangka masa panjang juga sangat penting seperti bantuan jangka masa pendek. Untuk sekarang ini, kita hanya mampu beri bantuan dari segi sukarelawan termasuk barangan keperluan.

"Namun, apa yang terpenting adalah bantuan jangka masa panjang iaitu bagaimana mangsa dapat membina semula kehidupan yang terkesan termasuk apabila mereka kehilangan rumah dan harta benda," katanya.

Sementara itu, petugas BBSM turun padang membantu mangsa yang terkesan sejurus kejadian itu berlaku pada 1 April lalu.

Ini kerana kebakaran besar yang tercetus akibat letupan paip gas di Putra Heights pada hari kedua sambutan Aidilfitri itu, menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa sebahagian penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Johor flood evacuees drop to 309

JOHOR BAHRU: The number of flood victims in Johor has declined, with 309 people from 104 families still at a temporary relief centre as of 8am Wednesday (April 9), compared to 318 victims from 107 families on Tuesday.

State Disaster Management Committee chairman Tan Sri Dr Azmi Rohani said all the victims, who are from the Batu Pahat district, are sheltering at the Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading relief centre.

"The victims are residents of Kampung Baharu Sri Gading, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan and Kampung Parit Samijan.

"The Sungai Senggarang in Batu Pahat district is still at a warning level of 3.18m, while the Sungai Batu Pahat is at an alert level with a reading of 2.30m," he said in a statement Wednesday.

 

He said the weather across all districts in Johor this morning was reported to be clear. - Bernama

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search