OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

Bengkel Rakan NADMA Akademia | 9 Oktober 2025 | Everly Hotel, Putrajaya
 
Telah berlangsung Bengkel Rakan NADMA Akademia yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA. Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 50 orang peserta terdiri daripada 13 institusi pengajian tinggi (IPT) dan 6 Rakan NADMA NGO.
 
Bengkel ini bertujuan untuk menyemak hala tuju penubuhan Rakan NADMA Akademia sebagai platform kolaborasi rasmi antara NADMA, universiti dan NGO. Ia juga dapat mengenal pasti bidang penyelidikan dan inovasi berasaskan komuniti (DRR & DRM) yang boleh diterjemahkan kepada dasar dan tindakan serta membangunkan jaringan sokongan akademik untuk memperkukuh kapasiti Rakan NADMA NGO dalam pengurusan risiko bencana.
 
Bengkel ini berjaya mendapatkan repository awal kajian dan projek berkaitan DRR dan DRM daripada universiti yang hadir. Akademia turut mendengar pandangan daripada Rakan NADMA NGO mengenai keperluan kolaborasi dalam penyelidikan impak program dan pembangunan kapasiti komuniti.
 
Bengkel ini menjadi langkah awal ke arah memperkukuh sinergi antara Rakan NADMA Akademia dan Rakan NADMA NGO dalam pengurusan risiko bencana negara melalui pendekatan kolaboratif berasaskan bukti dan berimpak kepada komuniti.
Previous Next

Program Rakan NADMA Emergency Simulation Exercise (RANDEX 2025) | 5 hingga 8 Oktober 2025 | Rainforest Genting Sempah, Pahang
 
Telah berlangsung program Rakan NADMA Emergency Simulation Exercise (RANDEX 2025) yang terdiri daripada 48 orang peserta sukarelawan-sukarelawan NGO/CSO Rakan NADMA. Objektif program ini untuk melatih sukarelawan NGO untuk menjadi koordinator bantuan bencana dari pihak NGO yang berkesan. Peserta dilatih dari aspek teori dan praktikal dalam pengurusan bantuan bencana yang berkesan.
 
Program adalah anjuran bersama NADMA dan Yayasan TM dengan kerjasama Red A Humanitarian Development Goal.
Previous Next

Taklimat Kesiapsiagaan Negara Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 Di Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-147 | 7 Oktober 2025
 
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah telah menyampaikan taklimat Kesiapsiagaan Negara Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 semasa Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-147 di Pejabat Perdana Menteri.
 
Taklimat ini bertujuan menjelaskan persediaan jentera kerajaan bagi menghadapi MTL selain memperkukuh hubungan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri.
 
Persediaan ini melibatkan beberapa perkara yang signifikan, antaranya:
1. Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB);
2. Kekuatan anggota;
3. Ketersediaan aset jentera;
4. Latihan simulasi melibatkan daerah dan negeri;
5. Kawasan titik panas (hotspot) banjir;
6. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri; dan
7. Penyelarasan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
 
Selain itu, Datuk Abdul Halim turut mengambil kesempatan mempamerkan replika Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) serta memberi penerangan pelbagai program yang akan dijalankan sepanjang bulan Oktober 2025.
Previous Next

Program Gotong-Royong Perdana MADANI Daerah Gombak | 5 Oktober 2025 | Kampung Gombak Setia, Selangor
 
Telah berlangsung Program Gotong-Royong Perdana MADANI Daerah Gombak yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah NADMA pada pagi ini.
 
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam terhadap kebersihan, keselamatan dan kesiapsiagaan bencana melalui pendekatan komuniti bersama agensi kerajaan.
 
Program ini juga dianjurkan bagi mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti melalui pendekatan mesra rakyat serta mewujudkan komunikasi dua hala yang efektif dalam pengurusan bencana, serta meningkatkan kesedaran komuniti tentang pemuliharaan ekosistem sungai.
 
Penyertaan pagi ini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat sekitar Gombak Setia bagi memastikan pelaksanaan yang menyeluruh dan berimpak tinggi dalam memupuk nilai gotong-royong, tanggungjawab bersama dan perpaduan komuniti, bersama-sama dengan Ketua Komuniti seperti Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan ahli majlis yang berperanan penting dalam mobilisasi penduduk.
 
Program gotong-royong anjuran NADMA ini juga dijayakan dengan kerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Hutan Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri dan Polis Diraja Malaysia.
Previous Next

Regional Workshop: Protection, Gender & Inclusion (PGI) In Climate-Responsive Disaster Risk Reduction dan ASEAN-Based Civil Society Organisation (CSO) Landscape Analysis & Engagement Mapping for Disaster Resilience | 29 September hingga 2 Oktober 2025 | Jakarta, Indonesia
 
Workshop 1: Protection, Gender & Inclusion (PGI) in Climate-Responsive DRR;
Fokus kepada penerapan prinsip PGI dalam dasar dan operasi pengurusan bencana yang ditekankan kepentingan data SADDD (jantina, umur, OKU) serta kerjasama pelbagai agensi bagi memastikan tiada kumpulan terpinggir. Wakil NADMA turut terlibat sebagai panel bagi tajuk “Integrating Reflections into Inclusive Practice”.
 
Selain itu, turut berkongsi pengalaman Malaysia dalam menerapkan elemen PGI dalam amalan DRR di Malaysia. Contohnya, C-Tent dan PPKB sebagai usaha meningkatkan aspek maruah dan keselamatan di PPS. CBDRM pula sebagai usaha penyertaan menyeluruh (inklusiviti, localisation, shared responsibility & participation) dan Rakan NADMA sebagai usaha “whole-of-society approach” dalam DRR.
 
Workshop 2: ASEAN-Based CSO Landscape & Engagement Mapping;
Mengenal pasti peranan dan kapasiti CSO ASEAN dalam ketahanan bencana. Perbincangan meliputi tipologi CSO, akauntabiliti komuniti serta cadangan mewujudkan pangkalan data serantau untuk perkongsian maklumat dan penyelarasan. Wakil NADMA turut terlibat sebagai panel bagi Panel Discussion: Good Practices on CSOs Engagements – Due Diligence, Community Accountability & Partnership.
 
Kesimpulan:
Bengkel empat hari ini memperkukuh komitmen ASEAN terhadap pendekatan inklusif “Leave No One Behind” dan menegaskan peranan Malaysia antaranya melalui platform Rakan NADMA sebagai contoh kolaborasi kerajaan–CSO dalam pengurusan bencana. Bengkel ini telah dianjurkan oleh AHA Centre bersama agensi dan rakan serantau. Wakil NADMA ialah Encik Abdul Aziz Mahamad Zabidin, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search