OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

Mesyuarat Status Projek Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Long Busang & naik taraf State Disaster Command Centre (SDCC) Sarawak serta Bengkel Kerja Peningkatan Kompetensi Pegawai Pengurus Bencana Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) & Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi Negeri Sarawak Tahun 2025 | 21 Oktober 2025 | Kuching, Sarawak
 
YBrs. Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA telah menghadiri Mesyuarat Status Projek PPKB Long Busang dan naik taraf SDCC Sarawak yang dipengerusikan oleh YBhg. Datu Buckland Bangik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran). Turut hadir wakil-wakil dari NADMA, JKR Sarawak, JKR Kapit, Residen Kapit serta agensi dan bahagian yang terlibat.
 
Seusai sahaja mesyuarat di Wisma Bapa Malaysia, YBrs. Tuan Haji Hussain Moh terus bergerak ke JPN Sarawak bagi menghadiri Bengkel Kerja Peningkatan Kompetensi Pegawai Pengurus Bencana JPN & PPD bagi Negeri Sarawak Tahun 2025. Slot Arahan NADMA No. 1, Bantuan Wang Ihsan (BWI), MYIBJKM-BSN serta Pembaikan Kecil PPS telah disampaikan oleh Encik Mohd Faizal Abd Hamid dan Encik Muhammad Zulkeflee Yusof.
 
YBrs. Tuan Haji Hussain Moh juga turut menyerahkan bendera dan topi Rakan NADMA kepada wakil JPN Sarawak sebagai simbolik pelepasan Rakan NADMA Zon Borneo: Sarawak yang akan menggerakkan guru-guru, kakitangan sekolah serta sukarelawan peringkat sekolah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Pengakap dan Pandu Puteri bagi membantu kerja-kerja pasca terutama pendaftaran mangsa agar bantuan BWI-BSN MYIBJKM dapat dipercepatkan.
Previous Next

PROGRAM JELAJAH WIRA MADANI PERINGKAT AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA TAHUN 2025 | 18 Oktober 2025
 
NADMA telah mengadakan Program Jelajah Wira MADANI peringkat Agensi Pengurusan Bencana Negara di Markas SMART, Pulau Meranti. Seramai 400 warga NADMA dan SMART membawa keluarga masing-masing bagi memeriahkan program.
 
Pelbagai pengisian aktiviti sukaneka turut diadakan pada hari tersebut seperti Zumba, fun run, gubahan buah tembikai, tarik tali, pertandingan hiasan rumah sukan dan banyak lagi.
 
Beberapa pertandingan sukan seperti treasure hunt, bola sepak, badminton, bola jaring, ping pong serta permainan tradisional telah diadakan sejak 26 September 2025 sebelum kemuncak acara diadakan semasa Program Jelajah Wira MADANI.
 
Program seperti ini bukan sahaja membudayakan amalam gaya hidup sihat selari dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) tetapi juga berjaya mengukuhkan silaturahim dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga.
 
Program ini bukan sekadar aktiviti riadah dan sukan semata-mata, tetapi merupakan platform untuk pengurusan tertinggi NADMA menghargai jasa, komitmen dan pengorbanan seluruh warga NADMA dan SMART yang menjadi barisan hadapan pengurusan bencana dan misi kemanusiaan,sama ada di dalam mahupun luar negara.
Previous Next

Swift Water Rescue Abroad Exercise dan Australasian Water Rescue Challenge (AWRC) 2025 | 12 hingga 19 Oktober 2025 | Sydney, Australia

Delegasi NADMA yang terdiri dari 10 orang pegawai dan anggota telah berada di Sydney, Australia selama seminggu bagi mengikuti Swift Water Rescue Abroad Exercise serta menyertai Australasian Water Rescue Challenge (AWRC) 2025 yang menghimpunkan 10 pasukan penyelamat terdiri daripada agensi kerajaan atau sukarela yang terdapat di negara Australia.

Latihan intensif ini memberi peluang kepada pasukan untuk meningkatkan kecekapan teknikal, ketahanan fizikal dan kemahiran operasi di kawasan berarus deras, di samping memperkukuh aspek koordinasi, komunikasi dan logistik yang amat penting dalam operasi penyelamatan sebenar.

Pendedahan ini juga amat bermanfaat dalam usaha mempertingkatkan kesiapsiagaan Pasukan SMART menghadapi bencana berkaitan air di peringkat domestik dan antarabangsa selaras dengan penyertaan Pasukan SMART dalam Flood Water Rescue Team kelolaan INSARAG. Objektif program luar negara ini juga untuk melahirkan international certified pool of trainers di Pasukan SMART dalam Swift Water Rescue Training.

Alhamdulillah, hasil komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi, Pasukan SMART telah dianugerahkan President’s Commendation Award (Anugerah Kepujian Presiden AWRC) — satu pengiktirafan berprestij yang diberikan oleh Presiden AWRC kepada pasukan yang menunjukkan kecekapan, integriti dan profesionalisme cemerlang sepanjang pertandingan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dizahirkan kepada pihak pengurusan tertinggi atas sokongan padu, kepercayaan serta galakkan berterusan yang telah menjadi dorongan utama kepada kejayaan dan pencapaian Pasukan SMART di peringkat antarabangsa ini.

Previous Next

Majlis Penyerahan dua (2) buah Bot kepada Kg Tengah, Kluang | 18 Oktober 2025 | Balairaya Kg Tengah Dalam, Kluang, Johor
 
Telah berlangsung Majlis penyerahan bot dan peralatan kepada JKKK Kg Tengah yang dianjurkan oleh Rakan NADMA IHSAN Johor dengan kerjasama NADMA bagi memperkukuh kesiapsiagaan komuniti terhadap bencana.
 
Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Datuk Aminuddin Hassim, KSU Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA. Beliau bersama juga turut melaksanakan gimik pelepasan pasukan Rakan NADMA Zon Selatan bagi Misi Pasca Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026. Turut hadir ialah wakil Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), AJK kampung serta sukarelawan Rakan NADMA.
Previous Next

Ketibaan Anjing Pengesan Unit K9 bagi Perolehan 16 Ekor Anjing dan Kelengkapan bagi Tahun 2026 | 16 Oktober 2025 | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
 
Perolehan Anjing Pengesan K9 ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Perolehan ini termasuk bagi empat (4) ekor Anjing Pengesan K9 search and rescue (SAR) bagi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). Perolehan Anjing Pengesan K9 ini telah disalurkan peruntukan oleh NADMA bagi memenuhi syarat piawaian INSARAG dalam menghadapi INSARAG External Reclassification (IER) dan meningkatkan keupayaan operasi SAR. Anjing Pengesan K9 ini juga adalah bagi melengkapkan komponen teknikal Pasukan SMART dan meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan antarabangsa.
 
Turut hadir bersama bagi menyambut Anjing Pengesan K9 ini ialah YBrs Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana, YBrs Encik Mohd Khairi Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik, Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, PBK I Saravanan Elagamurom dan PB (W) Avlyanie Moidi dari Pasukan SMART serta beberapa pegawai dari JBPM.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search