OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kes letupan paip gas Putra Heights diklasifikasikan NFA - Polis

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Polis bersedia membuka semula siasatan pada bila-bila masa sekiranya menerima sebarang keterangan baharu berkaitan insiden letupan saluran gas Putra Heights, Subang Jaya, 1 April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

"Siasatan dijalankan tidak menemui sebarang unsur jenayah atau sabotaj, jadi kita klasifikasikan kes itu sebagai NFA.

"Sekiranya ada bukti ataupun keterangan baru yang boleh membantu pihak polis, kita akan buka semula siasatan itu," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Selasa.

 

Hussein berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan untuk menyalurkannya ke pihak polis.

Polis sebelum ini mengesahkan tiada sebarang unsur khianat, sabotaj atau kecuaian dikenal pasti sehingga boleh menyebabkan kerosakan kepada paip gas dan mencetuskan letupan dalam insiden di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas.

Hussein berkata, rumusan berkenaan diperoleh hasil siasatan teknikal yang dilakukan susulan insiden letupan saluran paip gas bawah tanah itu.

Jelas beliau, pembinaan lot kedai pejabat dan penggantian paip pembentung di kawasan kejadian mengikut garis panduan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Petronas.

 

Petronas Gas pledges safety upgrades after pipeline blast

KUALA LUMPUR: Petronas Gas Berhad (PetGas) has pledged concrete safety enhancements and closer public engagement following the release of official findings into the April 1 pipeline explosion in Putra Heights.

The company said it has deployed substantial resources to safeguard public safety and maintain uninterrupted gas supply, while pledging full transparency and continued cooperation with the Special Taskforce and other relevant authorities.

"We fully recognise the public concerns surrounding the safety of the pipeline system, especially with the continuity of gas flow through the network," the company said in a statement today.

The peninsular gas utilisation system, a backbone of Malaysia's energy infrastructure, is now undergoing enhanced safety scrutiny, with PetGas highlighting its built-in resilience features developed over more than three decades of operations.

"Our systems and people are working continuously to ensure secure and reliable gas delivery to homes, industries, and the nation's power sector," it added.

 

PetGas said it is prioritising long-term safety upgrades and community support in Putra Heights, although it did not elaborate on specific remedial actions.

With over 30 years of experience in gas infrastructure and utilities, PetGas operates four integrated businesses, namely gas processing, transportation, regasification and utilities.

Kebakaran kilang di Kota Puteri, pemilik tanah akan diambil tindakan

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik tanah yang menyewakan tapak kepada lima premis kilang tidak berlesen di Jalan Cenderai, Taman Kota Puteri, Masai, terbabit kebakaran besar akhir bulan lalu.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata pihaknya dan beberapa agensi berkaitan telah mengenal pasti pelanggaran terhadap undang-undang tanah, alam sekitar, keselamatan, pelesenan dan pengurusan sisa.

Tanah 1,000 meter persegi itu disewakan kepada lima premis tidak berlesen. "Hanya satu kilang di situ, iaitu kilang penyimpanan minyak sawit memiliki yang ada lesen.

"Lima kilang ini menyewa dengan pemilik tanah. Kawasan premis kilang ini tiada pelan dan bangunan sementara yang ada cuma kabin dan bangsal. Semua premis walaupun sementara kena mohon pelan dan perlu berlesen," katanya dalam sidang media di Menara MBJB, hari ini.

MBJB melakukan tindakan awal dengan membantu membina kolam takungan dalam kawasan kebakaran bagi menampung minyak daripada memasuki longkang sekitar lokasi.

Pada 21 Jun lalu, tiga kilang dan 15 kenderaan musnah dalam kebakaran membabitkan kawasan seluas kira-kira 1,000 meter persegi di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, berhampiran Taman Megah Ria, dekat Pasir Gudang.

Premis berkenaan termasuk kilang penyimpanan minyak pelincir terpakai, kilang pemprosesan sabun dan kawasan parkir lori.

 

Letupan paip gas Putra Heights: Polis klasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA)

SHAH ALAM: Polis mengklasifikasikan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA), susulan hasil siasatan jenayah yang tidak menemui sebarang unsur kecuaian atau khianat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata bagaimanapun sekiranya terdapat bukti atau keterangan baharu dijumpai, pihaknya komited untuk meneruskan semula siasatan berhubung kejadian tersebut.

"Kita berpuas hati dan menutup kes ini buat masa ini. Namun ia boleh dibuka semula pada bila-bila masa sekiranya terdapat maklumat baharu," katanya ketika ditemui selepas sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Hussein turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menyalurkannya kepada polis.

Semalam, beliau mengesahkan tiada sebarang unsur khianat, sabotaj atau kecuaian dikenal pasti yang boleh menyebabkan kerosakan pada paip gas sehingga mencetuskan letupan dalam insiden di Putra Heights, Subang Jaya, pada 1 April lepas.

 

Menurutnya, rumusan tersebut diperoleh hasil siasatan teknikal susulan letupan saluran paip gas bawah tanah terbabit.

Katanya, pembinaan lot kedai pejabat dan kerja penggantian paip pembetung di kawasan kejadian dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan PETRONAS.

 

Kediaman terbakar di Kg. Bagan Pasir Laut dibina semula sebulan lagi

BAGAN DATUK – Pembinaan semula 21 kediaman yang musnah akibat kebakaran di Kg. Bagan Pasir Laut di sini pada Sabtu lalu dijangka bermula dalam tempoh sebulan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Pengarah Pembangunan Negeri Perak berhubung perkara berkenaan.

“Mereka telah membentuk jawatankuasa bersama untuk menyegerakan kerja-kerja meratakan tanah yang akan dibuat dalam tempoh sebulan dari sekarang.

“Mereka juga akan mencari peruntukan bagi pembinaan secara standard rumah-rumah mengikut ukuran tanah berdasarkan geran atau surat kelulusan lesen pendudukan sementara (TOL),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau meninjau kawasan terjejas kebakaran tersebut sebelum menyampaikan bantuan kebajikan kepada mangsa-mangsa terjejas dengan kejadian tersebut di sini.

Pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyumbangkan RM4,000 bagi setiap keluarga terjejas selain sumbangan RM100,000 oleh Persekutuan Agama Buddha Tantrayana Chen Foh Chong Malaysia (PABT Malaysia) kepada semua mangsa berkenaan.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, peruntukan sedia ada bagi pembinaan setiap unit kediaman tersebut ialah RM86,000, namun beliau yakin sumbangan pelbagai pihak kepada mangsa bencana itu akan digunakan sebagai tambahan kepada peruntukan sedia ada.

“Saya yakin wang-wang derma tadi mereka mungkin nak buat extension (tambahan) dan sebagainya. Itu kita serahlah kepada keluarga masing-masing,” katanya yang juga Menteri KKDW.

Menurut beliau, pihak KKDW, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kerajaan negeri perak, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga jabatan-jabatan lain telah melakukan penyelarasan berkenaan status TOL mangsa terjejas.

“(Hari ini) kita menyerahkan TOL ini kepada tiap-tiap ketua keluarga dan rumah kedai yang terlibat dalam kebakaran,” katanya yang turut memberitahu, kampung berkenaan mempunyai 149 buah rumah dengan 21 daripadanya terjejas dalam kebakaran itu.

Dua lagi yang terjejas, menurut Ahmad Zahid, ialah sebuah premis perniagaan dan tokong yang mana seorang individu telah tampil menyampaikan sumbangan peribadi dan berjanji untuk membantu membina semula rumah ibadat itu.

“Lebih penting sekali ialah kerjasama daripada masyarakat pelbagai kaum di Kg. Bagan Pasir Laut ini yang telah membantu terutamanya menempatkan keluarga terjejas kebakaran itu tinggal di rumah saudara mara atau kawan-kawan.

“Pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menerusi agensi dan jabatan yang ada telah saya minta menyegerakan pembinaan semula walaupun ada kekangan,” katanya.

Beliau berkata, antara kekangan itu adalah status sebilangan penduduk terjejas berkenaan yang tidak mendaftar dengan e-Kasih kerana kebanyakannya mereka bukan tergolong dalam kumpulan B40.

“Bagaimanapun, sebagai kerajaan yang prihatin, kerajaan Persekutuan dan negeri akan cari jalan untuk menyantuni permasalahan yang menimpa mereka dan kita akan selesaikan pembinaan semula rumah-rumah berkenaan, begitu juga kedai dan tokong,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search