OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak, Sabah, Labuan hingga esok

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga esok.

Di Sarawak amaran itu melibatkan kawasan Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang manakala di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort). Amaran sama turut melibatkan Labuan.

 

Bagi hujan berterusan tahap waspada pula, amaran sama turut membabitkan Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Kapit (Song dan Kapit).

Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Sementara itu, Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berasingan memaklumkan satu sistem tekanan rendah telah terbentuk di perairan Sarawak semalam. Model-model cuaca menunjukkan intensiti sistem itu berpotensi meningkat menjadi lekukan tropika dalam tempoh 24 hingga 48 jam akan datang.

Beliau berkata, sistem itu dijangka akan bergerak ke utara menuju ke tengah Laut China Selatan dan pada masa sama, luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 24 Disember ini.

Keadaan ini boleh mengakibatkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Sarawak, WP Labuan, Sabah serta perairan Laut China Selatan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan MetMalaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Buruk dan Waspada) yang berkuat kuasa sehingga 22 Disember 2024 melibatkan negeri berkenaan manakala Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora pula berkuat kuasa sehingga 24 Disember.

"MetMalaysia akan mengemas kini nasihat dan amaran tersebut dari semasa ke semasa berdasarkan situasi terkini,” katanya.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. - Bernama

 

 

 
 

MetMalaysia issues thunderstorm warning for Perak, Selangor, Sabah facebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttontelegram sharing buttonlinkedin sharing button

KUALA LUMPUR: The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorms, heavy rain and strong winds expected to affect Perak, Selangor and Sabah until noon on Saturday (Dec 21).

In a statement, MetMalaysia said the affected areas in Perak include Manjung, Bagan Datuk and Hilir Perak, while in Selangor, the warning covers Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling and Kuala Langat.

In Sabah, the weather condition is expected to affect the Interior division, specifically Nabawan, it added. – Bernama

Mangsa banjir hanya perlu tunjuk MyJPJ jika kena tahan

KOTA BHARU - Mangsa yang terjejas banjir dan m

engalami masalah geran kenderaan serta Lesen Kenderaan Motor (LKM) hilang atau rosak hanya perlu tunjuk aplikasi MyJPJ jika ditahan semasa penguatkuasaan dilakukan.

Pengarah Kanan Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, tindakan itu sudah cukup untuk dijadikan sebagai bukti.

"Semuanya sudah lengkap. Jadi kepada mereka yang lesen atau geran alami kerosakan atau hilang tidak perlu bimbang, semuanya ada di MyJPJ," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu beliau merasmikan Program Sumbangan Bantuan Banjir oleh Skuad Ihsan Madani JPJ Malaysia yang turut dihadiri oleh Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah dan Pegawai Khas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Siti Fatma Omar.

Sinar Harian pada 6 Disember lalu melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, semua dokumen terbabit boleh diakses dalam aplikasi MyJPJ selaras dengan peralihan perkhidmatan JPJ ke arah pendigitalan sepenuhnya pada masa hadapan.

Menurutnya, dengan membuat pendaftaran di aplikasi terbabit agensi penguat kuasa seperti JPJ juga dapat menentukan kesahihan dokumen terbabit.

Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga 4 petang

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di enam negeri iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Johor sehingga jam 4 petang ini.

Di Perak, kawasan terlibat meliputi Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim, diikuti Kelantan (Pasir Putih), Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus) dan Pahang (Rompin).

Amaran sama turut melibatkan Kelantan (Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus), Pahang (Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak), serta Johor di Mersing. - Bernama

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Perak, Selangor dan Sabah, hingga tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan di Perak melibatkan kawasan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat.

Di Sabah pula kawasan dijangka terlibat ialah Pedalaman (Nabawan), menurut kenyataan itu.- BERNAMA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search