OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kebakaran hutan di Pekan berpunca pembakaran terbuka

Kebakaran hutan di Pekan berpunca pembakaran terbuka

KUANTAN: Kebakaran di kawasan seluas 113 hektar hutan gambut di Pekan sejak 7 Mac lalu, mungkin berpunca daripada pembakaran terbuka.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata kebakaran itu tiada kaitan sebarang aktiviti tidak sihat terutama kes penyalahgunaan dadah.

Siasatan awal mendapati kawasan kebakaran itu bukan lokasi penagih dadah. Kawasan hutan gambut dan ladang itu terletak dalam tanah kerajaan dan milik persendirian.

"Kita juga bertemu ketua kampung dan dimaklumkan tiada maklumat mengenai kehadiran penagih dadah di kawasan terbabit," katanya ditemui selepas melawat bazar Ramadan di Tanjung Lumpur petang semalam.

Pada 16 Mac lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendakwa kejadian kebakaran itu berpunca daripada perbuatan manusia terutama individu yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search