Sesi Lawatan Pemantauan Tapak Bagi Cadangan Kerja-kerja Naik Taraf State Disaster Command Centre (SDCC) Negeri Sabah
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Lawatan Pemantauan Tapak Bagi Cadangan Kerja-kerja Naik Taraf State Disaster Command Centre (SDCC) Negeri Sabah | 28 April 2025 | Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah
Sesi lawatan ini telah diketuai oleh YBrs. Encik Hussain bin Moh ,Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA. Status pelaksanaan yang melibatkan skop kerja-kerja fizikal dalam penyediaan infrastruktur dan penyediaan komponen peralatan ICT telah dibentangkan oleh Encik Mohd Rizan bin Abran, Timbalan Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah bersama-sama pihak kontraktor. Turut hadir ialah Encik Mohd Yusri bin Yusof @ Jusoh, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Teknikal & Infrastruktur NADMA. Akses kepada pelaksanaan pemantauan bencana melalui sistem DGIM diharapkan dapat digunakan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) apabila SDCC ini mula beroperasi.
Mesyuarat Dua Hala bagi Memuktamadkan Draf Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Persekutuan Rusia
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat Dua Hala bagi Memuktamadkan Draf Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Persekutuan Rusia Mengenai Kerjasama Dalam Bidang Pengurusan Bencana dan Program-Program Berkaitan | 21 hinggga 25 April 2025 | Moscow, Rusia
Delegasi Malaysia ke mesyuarat dua hala bagi memuktamadkan MOU ini telah diketuai oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA. Delegasi Malaysia telah melibatkan kehadiran YBrs. Encik Azroul Hisham bin Azulan, Penasihat Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, pegawai-pegawai daripada Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA, Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Kedutaan Besar Malaysia di Moscow.
Manakala di pihak Rusia pula telah diketuai oleh TYT Roman Kurynin, Deputy Minister of the Russian Federation for Civil Defence, Emergencies and Elimination of Consequences of Natural Disasters (EMERCOM of Russia) dan disusuli dengan perjumpaan dengan pihak Ministry of Foreign Affairs of the Russian Federation dan sesi perbincangan teks MOU secara keseluruhan. Pihak Rusia telah menyatakan komitmen untuk segera memuktamadkan MOU ini dan menyambut baik supaya dimeterai sewaktu Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri ke Rusia pada 13 hingga 16 Mei 2025.
YBhg. Duta Besar Malaysia ke Rusia turut berbesar hati mengadakan perjumpaan dengan delegasi Malaysia dan akan memudah cara proses memuktamadkan MoU ini kelak. Delegasi Malaysia turut dibawa melawat National Crisis Management Center dan pusat latihan berkaitan pengurusan bencana dan kecemasan di bawah EMERCOM of Russia.
Kedua-dua pihak telah membincangkan mengenai latihan bersama (joint exercise) antara Pasukan SMART NADMA dan Pasukan Penyelamat di bawah EMERCOM of Russia iaitu Far Eastern Regional Search and Rescue Team (RUS-03), yang mana kedua-dua buah negara mempunyai pasukan penyelamat yang telah mendapat pengiktirafan International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG).
CRSM SRT Intensive Training | 25 hingga 27 April 2025 | Jasin, Melaka
Telah berlangsung program CRSM SRT Intensive Training yang dianjurkan oleh Crisis Relief Squad of MCA (CRSM). CRSM merupakan sebuah yayasan kebajikan diperbadankan untuk menawarkan perkhidmatan sosial dan bantuan krisis secara sukarela. Program ini bertujuan untuk memastikan para peserta memahami keperluan Arahan NADMA No. 1 dalam operasi penyelamatan bencana serta memperkukuhkan kesiapsiagaan dan keberkesanan pasukan penyelamat sukarela dalam menangani situasi kecemasan. Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah dijemput untuk menerangkan tentang Arahan NADMA No. 1.
Kursus Asas Keselamatan Kebakaran Siri 2 bagi Pasukan Emergency Response Team (ERT), Setia Perkasa 5 (SP5), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kursus Asas Keselamatan Kebakaran Siri 2 bagi Pasukan Emergency Response Team (ERT), Setia Perkasa 5 (SP5), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2025 | 24 hingga 26 April 2025 | Akademi Bomba & Penyelamat Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu
Kursus Asas Keselamatan Kebakaran ini telah dilaksanakan bagi memberi pengetahuan asas dan kemahiran kepada ahli-ahli ERT blok SP5 yang dilantik dalam melaksanakan tugas mencegah, mengawal dan memadam kebakaran serta menjalankan tugas-tugas menyelamat di bangunan SP5 khususnya. Kursus ini telah dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan NADMA.
Objektif kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan yang jelas tentang tatacara, pencegahan, pemadaman dan pengawalan kebakaran. Ia juga memberikan pendedahan tentang fungsi-fungsi sistem perlindungan kebakaran dan pencegahan kebakaran yang terdapat di dalam bangunan. Selain itu, dapat membentuk keyakinan diri kepada peserta untuk membantu agensi/jabatan dalam melaksanakan tugas-tugas pencegahan dan pemadaman kebakaran.
Humanitarian Leadership Course | 22 hingga 24 April 2025 | Mercure Living, Putrajaya
Telah berlangsung Humanitarian Leadership Course yang dianjurkan oleh Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) dengan kerjasama Mercy Centre of Humanitarian Development (MCHD). Kursus ini telah dihadiri oleh 21 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Wakil daripada NADMA yang turut serta ialah Mej. Wazirudin bin Mahfot dan Puan Nur Jumatul Asyikin binti Junaidi.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dalam konteks kemanusiaan serta melengkapkan kemahiran dan keupayaan kepimpinan dalam menguruskan pasukan dan sumber, membuat keputusan di bawah tekanan, membuat perancangan strategik dan kerjasama berpasukan.
Upacara pembukaan telah dirasmikan oleh YM Datin Raja Riza Shazmin Raja Badrul Shah, Chief Executive Officer of MCHD. Manakala upacara penutup telah dirasmikan oleh Dato’ Agus Salim bin Yusof, Pengarah Pusat Kepimpinan Perundingan dan Diplomasi Awam, IDFR.