OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

Sesi Lawatan dan Perbincangan bagi Penyediaan Bantuan Makanan Bencana Negara di Negeri Sabah | 5 Mei 2025 | Pejabat FAMA Negeri Sabah
 
Sesi ini merupakan susulan kepada Mesyuarat Cadangan Penyediaan Kit Makanan dan Makanan Retort bagi Sabah, Sarawak dan WP Labuan pada 19 Mac 2025 yang lalu. Tujuannya adalah untuk menilai kesediaan fasiliti tempatan di Sabah dalam menyokong penyediaan bantuan makanan bencana berasaskan sumber tempatan serta membincangkan cadangan pengukuhan stor penyimpanan barangan bencana di peringkat negeri.
 
Sesi ini telah diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Khairi bin Abd Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA bersama pegawai Seksyen Logistik NADMA yang lain. Turut hadir adalah wakil daripada FAMA (Sabah & Labuan dan Pusat), Pejabat SUK Negeri Sabah, APM Negeri Sabah dan WP Labuan serta Perbadanan Labuan. Sesi ini dijangka dapat memperkukuhkan lagi kesiapsiagaan negeri dalam menghadapi bencana melalui penggemblengan sumber tempatan serta kerjasama antara agensi dan industri.
Previous Next

Intergovernmental & NGO Disaster Response and Coordination Workshop for The State of Sarawak (SISCOORD) 2025 | 3 Mei 2025 | Waterfront Kuching, Sarawak
 
Telah berlangsung Program Intergovermental & NGO Disaster Response and Coordination Workshop for State of Sarawak (SISCOORD) 2025 yang dirasmikan oleh Tuan Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA.
 
Program ini telah dihadiri seramai 60 orang peserta daripada pelbagai NGO yang aktif di Sarawak termasuk wakil dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Negeri Sarawak.
 
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada NGO-NGO di Sarawak berkenaan pengurusan pengagihan bantuan bencana dan pengurusan bencana negara sepertimana yang terkandung dalam Arahan NADMA No. 1.
 
Program melalui NADMA dengan kerjasama Yayasan TM, Red A Humanitarian dan kerajaan negeri Sarawak ini sekaligus dapat meningkatkan jaringan kerjasama antara NGO dengan sekretariat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Previous Next

Mesyuarat Post-Mortem Operasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 Negeri Sarawak | 2 Mei 2025 | Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching, Sarawak
 
Seramai 100 orang ahli mesyuarat telah hadir mewakili Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri dan bahagian serta agensi-agensi lain yang terlibat dalam mesyuarat kali ini.
 
Sesi pagi dimulakan dengan Program Post-Mortem Operasi PPS JKM, bagi meneliti semula pelaksanaan pengurusan operasi PPS termasuk isu pendaftaran mangsa, pengagihan bantuan dan mobilisasi petugas serta sukarelawan.
 
Mesyuarat ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dari semua pihak terlibat dalam memperkukuh jaringan kerjasama pengurusan bencana serta memperkemas mekanisme pelaksanaan bantuan dan penyelarasan pengoperasian PPS di peringkat negeri, bahagian dan daerah.
Previous Next

Bengkel Pemantapan dan Pengukuhan Organisasi Bahagian Pelaksanaan Operasi (BPO) 2025 | 27 hingga 30 April 2025 | Pulau Pinang
 
Bengkel ini telah disempurnakan dengan amanat oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA mengenai hala tuju BPO dan disusuli dengan beberapa siri pembentangan dan perbincangan melibatkan semua seksyen di bawah BPO.
 
Objektif utama penganjurannya adalah untuk memperkasakan peranan dan fungsi BPO agar selari dengan ekspektasi pemegang taruh dan Pelan Strategik NADMA 2024-2028, menambahbaik perancangan pelaksanaan gerak kerja dan aktiviti setiap seksyen sepanjang tahun 2025 serta mengukuhkan lagi semangat kerja berpasukan.
 
Tumpuan diberikan kepada cadangan pembangunan PTO BPO, status pelaksanaan aktiviti, cadangan penyusunan semula, keperluan latihan dan takwim 2025. Ini termasuklah aktiviti pembinaan pasukan bagi mengukuhkan lagi semangat kerja berpasukan di kalangan warga kerja BPO serta Kaedah Pelaporan Bencana Melalui MyDIMS 3.0 dan Dashboard Aktiviti BPO.
Previous Next

Sesi Lawatan dan Pembentangan bagi Cadangan Membina Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) SK Mandalom Lama, Tenom, Sabah | 29 April 2025 | Pejabat Daerah Tenom, Sabah

Sesi lawatan ini telah diketuai oleh YBrs. Encik Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA. Sesi pembentangan bagi cadangan PPKB SK Mandalom Lama telah dipengerusikan oleh Puan Christina Gimbad, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan). Pembentangan bagi Pengenalan PPKB telah dibentangkan oleh Encik Muhammad Zulkeflee bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Teknikal & Infrastruktur (STI) NADMA. Manakala, pembentangan bagi skop kerja PPKB SK Mandalom Lama telah dibentangkan oleh Encik Mohd Rizan bin Abran, Timbalan Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Turut hadir Encik Mohd Yusri bin Yusof @ Jusoh, Ketua Penolong Pengarah Kanan STI NADMA, Ketua Polis Daerah Tenom, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah, wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta wakil Kementerian Pendidikan Malaysia. PPKB SK Mandalom Lama merupakan PPKB kedua di negeri Sabah selepas PPKB di Pejabat Daerah Pitas.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search